Jorge Luiz Frello

Jorge Luiz Frello Filho (lahir 20 Disember 1991) atau lebih dikenali sebagai Jorginho merupakan pemain bola sepak Itali kelahiran Brazil yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Arsenal dan pasukan kebangsaan Itali.

Jorginho
Maklumat peribadi
Nama penuhJorge Luiz Frello Filho
Tarikh lahir (1991-12-20) 20 Disember 1991 (umur 32)
Tempat lahirImbituba, Brazil
Ketinggian1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor20
Kerjaya remaja
2007–2010Verona
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2010–2014Verona89(11)
2010–2011→ Sambonifacese (pinjaman)31(1)
2014–2018Napoli133(2)
2018–2023Chelsea143(21)
2023–Arsenal18(0)
Pasukan kebangsaan
2016–Itali48(5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:17, 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:50, 15 Jun 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Beliau dilahirkan di Brazil tetapi berpindah ke Itali pada usia yang teramat muda dan dibesarkan di negara itu. Beliau menjadi pemain remaja kelab Verona. Pada Jun 2010, Jorginho dipinjam ke kelab A.C. Sambonifacese] dan beliau bermain pada musim pertamanya sebagai pemain senior di kelab Veneto. Beliau telah beraksi sebanyak 31 kali dan menjaringkan satu gol serta membuat sepuluh hantaran.

Hellas Verona

Selepas menghadapi musim yang baik di Sambonifacese, beliau kemudian kembali ke Verona. Beliau membuat penampilan pertama untuk kelabnya pada 4 Septmber 2011 pada perlawanan menentang Sassuolo, beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-76.

Napoli

Pada 18 Januari 2014, beliau menyertai kelab Napoli dengan kontrak empat tahun setengah. Pada 12 Februari, beliau menjaringkan gol lewat perlawanan dan mengubah kedudukan 3-2 untuk membawa Napoli ke perlawanan akhir Coppa Italia 2014 ke atas Roma. Pada perlawanan akhir, Jorginho bermain 90 minit ketika Napoli menewaskan Fiorentina 3–1.<

Pada Supercoppa Italiana 2014 yang berlangsung di Doha pada 22 Disember, beliau menggantikan Jonathan de Guzmán pada separuh masa kedua masa tambahan. Beliau mengambil tendangan penalti pertama buat pasukan Napoli dalam penentuan penalti tetapi Gianluigi Buffon dapat membaca bola Jorginho. Walau bagaimanapun, Napoli menjuarai kejohanan itu.

Kerjaya antarabangsa

Beliau boleh mewakili negara Itali dan Brazil untuk kejohanan antarabangsa. Pada tahun 2012, beliau memasuki skuad bawah-21 Itali. Beliau merasakan ingin mewakili Itali tetapi tidak termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014.

Penghargaan

Kelab

Verona
Napoli

Pautan luar