Kacey Musgraves

Kacey Lee Musgraves (lahir 21 Ogos 1988) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi enam Anugerah Grammy, empat Country Music Association Awards dan Academy of Country Music Award. Musgraves menerbitkan sendiri tiga album secara bebas, sebelum akhirnya muncul pada musim kelima pertandingan nyanyian USA Network, Nashville Star pada 2007, yang mana beliau merupakan pemenang tempat ketujuh. Pada tahun 2008, Kacey merakamkan dua lagu untuk Triple Pop di Austin, Texas.[2][3][4]

Kacey Musgraves
Musgraves di Anugerah iHeartRadio 2019
Kelahiran
Kacey Lee Musgraves

(1988-08-21) 21 Ogos 1988 (umur 35)
Golden, Texas, Amerika Syarikat
PekerjaanPenyanyi, pemuzik
PasanganRuston Kelly (k. 2017)
Kerjaya muzik
Berasal dariMineola, Texas, Amerika Syarikat
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pencipta lagu
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
  • mandolin
  • harmonika
  • banjo
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
  • Mercury Nashville
  • MCA Nashville
Laman sesawang
kaceymusgraves.com

Bwliau kemudian menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Mercury Nashville pada tahun 2012 dan melancarkan album sulungnya yang mendapat banyak pujian Same Trailer Different Park pada tahun 2013, hingga memenangi Anugerah Grammy untuk Album Country Terbaik. Single utama dalam album tersebut yang bertajuk "Merry Go 'Round" memenangi Amugerah Grammy untuk Lagu Country Terbaik. Album ini juga menampilkan single berpensijila platinum berjudul "Follow Your Arrow" yang memenangi Anugerah Persatuan Muzik Country untuk Song of the Year. Pada pertengahan 2015, beliau melancarkan album studio keduanya, Pageant Material (2015) yang juga menerima pujian kritis dan pencalonan di Anugerah Grammy untuk Album Country Terbaik.[5][6] Musgraves juga merakamkan album bertemakan Krismas, A Very Kacey Christmas, pada 2016.[7]

Album studio keempatnya Golden Hour (2018) dikeluarkan dengan menerima banyak pujian dari para pengkritik muzik secara meluas. Beliau menerima empat pemcalonan dan memenangi empat pencalonan itu di Anugerah Rammy 2019 termasuk untuk kategori paling berprestij Album of the Year (Album Tebaik Tahun Ini) dan Album Country Terbaik.[8] Dua single pertama album ini, "Butterflies" dan "Space Cowboy", masing-masing memenangi Penampilan Solo Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik.[9] Golden Hour juga memenangi Anugerah Persatuan Muzik Country untuk Album Terbaik Tahun Ini.

Diskografi

  • Same Trailer Different Park (2013)
  • Pageant Material (2015)
  • A Very Kacey Christmas (2016)
  • Golden Hour (2018)

Jelajah

Utama
  • Same Trailer Different Tour (2013–2015)[10]
  • The Kacey Musgraves Country & Western Rhinestone Revue (2015–2016)[11]
  • A Very Kacey Christmas Tour (2016)[12]
  • Oh, What a World: Tour (2018–2019)
  • Oh, What a World: Tour II (2019)[13]
  • Martin Musgraves Foundation Special World Tour

Rujukan

Pautan luar