Kanak-kanak

orang yang belum dewasa

Kanak-kanak (Jawi: کانق٢[1]); juga budak (Jawi: بودق[2]) atau anak kecil (Jawi: أنق کچيل‎) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana bayi, meningkat kanak-kanak, remaja, dewasa, dan akhirnya tua. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Sekumpulan kanak-kanak dari Iraq

Perkembangan

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.


Umur (tahun)Peringkat
3 hingga 5 hariZigot atau Telur yang disenyawakan; saat perjaninan.
kira-kira minggu ketiga kehamilan sehingga minggu kelapan kehamilanEmbrio
38 hingga 42 mingguJanin
Kanak-kanak
0 - 1.5Bayi
1.5 - 4Kanak-kanak bertatih
4 - 11Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
  10 - 11 (lebih kurang)  Pra akil baligh
11 - 12Pra-remaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat "Pra akil baligh"    
13 - 20Remaja akil baligh
Dewasa
18 -25Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)
26 - 39Kedewasaan awal
40 - 59Separuh umur
60+Orang tua
Terjadi pada umur
yang berbeza-beza
Kematian
Ibu dan anak orang Hupa, oleh Edward S. Curtis, 1924


Perkembangan kognitif

Prodigi kanak-kanak yang ketara

Sila lihat juga: Prodigi kanak-kanak

Pembangunan manusia

"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).

Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.

Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.

Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.

Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.

Lihat juga

Senarai rencana berkaitan dengan kanak-kanak

Rujukan

Pautan luar