Sekolah

Sekolah (Jawi: سکوله pinjaman Portugis escola[1] turunan Latin schola serapan Yunani σχολεῖον skholeion terbitan σχολή skholē "langgang [kerja berat untuk melakukan tugasan utama lain]"[2]) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi memberikan pendidikan kepada pelajar yakni sesiapa sahaja yang menuntut atau belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.

Sekolah di Jerman.

Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.

Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai home-schooling.

Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan.

Binaan pertama yang didirikan dalam rantau Nusantara yang dilihat menepati ciri suatu "sekolah" moden terletak dalam pekarangan Gereja St. Paul di puncak Bukit Melaka dalam Melaka moden untuk para penuntut di bawah kelompok Yesuit pimpinan Francisco Xavier, ia dilancarkan Pd. Francisco Peres dan Pd. Roque de Oliveira pada 29 Mei 1548.[3]

Sekolah-sekolah di Malaysia

Sekolah menengah di Sarawak, Malaysia.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti:

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno