Kaper

Capparis spinosa atau kaper (Belanda: kapper, Itali: cappero, Sepanyol: alcaparra) ialah tanaman saka berdaun bulat dan berisi serta bunga besar putih kejambuan;[1][2][3] putik bunga dan buah ini terutamanya boleh dimakan jeruk, namun bahagian tanaman lain pohon ini juga digunakan dalam pembuatan ubat dan kosmetik.

Capparis spinosa
Caper
Ilustrasi oleh Otto Wilhelm Thomé
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Capparaceae
Genus:
Capparis
Spesies:
C. spinosa
Nama binomial
Capparis spinosa
Linnaeus, 1753

Tumbuhan ini bertaburan asal dari kawasan laut Mediterranean (ia wujud di hampir kesemua negara rantau), Afrika Timur, Madagascar, Asia Tengah dan barat daya, Pergunungan Himalaya, Kepulauan Pasifik, Indomalaya, dan Australia.[4] namun ia ada dikatakan berasal dari kawasan tropika lalu dibiasakan pembiakannya di lembangan rantau tersebut Mediterranean.[5]

Taksonomi

Status taksonomi spesis ini adalah berkontroversi dan tiada penyelesaian. Spesis dalam genus Capparis adalah sangat beruba-ubah, dan kacukannya antara spesis adalah sangat biasa dalam sejarah evolusi genusnya. Maka, sesetengah penulis dan pengkaji menganggap C. spinosa terdiri daripada pelbagai spesis yang berbeza[6], selain daripada takson tersebut ialah spesis tunggal dengan pemboleh ubah atau subspesis pelbagai,[7][8] atau yang takson C. spinosa ini kajukan antara C. orientalis dan C. sicula [9]

Botani

Tumbuhan reneknya mempunyai banyak cabang, dengan daun yang berselang, tebal dan berkilat serta bulat membujur.

Bunganya lengkap, manis baunya dan mempunyai empat sepal dan empat kelopak putih kemerahan dengan stamen panjang berwarna ungu, dan stigma tunggal yang menaik di atas stamen.[10]

Daun dan putik bunga

Penggunaan

Buah dan bunga tumbuhan ini dijeruk masinkan sebagai suatu perisa atau hiasan makanan dalam masakan seberapa masyarakat Mediterranean seperti Cyprus, Malta dan Yunani. Ia paling diketahui di Sicilia dan selatan Itali sebagai suatu bahan perisa hidangan-hidangan salad, pasta dan lauk berdaging (misalnya spaghetti alla puttanesca)

Jeruk buah tersebut juga merupakan bahan utama dalam sos tartar.

Sebalang jeruk kaper

Rujukan

Pautan luar