Kashima Antlers

Kashima Antlers (Jepun: 鹿島アントラーズ, Hepburn: Kashima Antorāzu) merupakan sebuah kelab profesional Jepun yang bermain di Liga J. Jepun. Nama Antlers diperoleh daripada nama pekan Kashima, yang bermaksud "pulau rusa".

Kashima Antlers
鹿島アントラーズ
Logo
Nama penuhKashima Antlers F.C.
GelaranAntlers
Diasaskan1947
StadiumStadium Bola Sepak Kashima
Kashima, Ibaraki
(Kapasiti: 40,728[1][2])
PengerusiHiroshi Ushijima
PengurusOswaldo de Oliveira
LigaLiga J.
2023ke-5
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Sejak penubuhan Liga J. pada tahun 1993, Kashima Antlers telah membuktikan bahawa mereka adalah kelab bola sepak paling berjaya di Jepun. Antlers telah memenangi liga sebanyak enam kali, Piala Liga J. tiga kali, dan Piala Maharaja Jepun tiga kali. Antlers juga berjaya menamatkan saingan di tempat lima teratas dengan peratusan sebanyak 70%. Sejak 1993, Antlers berjaya menamatkan liga dengan kedudukan purata 3.3.

Setelah berjaya memenangi Liga J. 2007, Antlers menjadi salah satu pasukan Jepun yang berjaya memenangi 10 kejuaraan domestik. Pada 2008, Antlers berjaya memenangi double dengan menjuarai liga dan Piala Maharaja Jepun. Antlers turut mencipta rekod selaku pasukan pertama yang berjaya menjuara liga dua musim berturut-turut.

Rekod

Liga J

MusimLigaKedudukan
1993J12/10
19943/12
19957/14
19961/16
19972/17
19981/18
19999/16
20001/16
20011/16
20024/16
20035/16
20046/16
20053/18
20066/18
20071/18
20081/18
2009

Kejohanan Antarabangsa

MusimPertandinganKeputusanPurata Penonton
1997-98Kejohanan Kelab AsiaSuku Akhir?
1998-99Piala Juara-Juara AsiaKe-3?
1999-00Kejohanan Kelab AsiaSuku Akhir?
2001-02Kejohanan Kelab AsiaSuku Akhir?
2002-03Liga Juara-Juara AFCPusingan Awal?
2003Kejohanan Piala A3Juara-
2008Liga Juara-Juara AFCSuku Akhir-

Sejarah

Kelab ini ditubuhkan selepas Perang Dunia II pada tahun 1947 sebagai Kelab Bola Sepak Kilang Sumitomo Metal Industries di Osaka dan berpindah pangkalan ke Kashima, Prefektur Ibaraki pada tahun 1975. Kelab bermain dalam Liga Bola Sepak Jepun (JSL) yang masih separuh profesional. Kelab ini pernah berada ke senarai teratas JSL pada tahun 1984, tetapi tidak pernah memberi jejas yang besar bagi liga, turun pada musim berikutnya iakni 1985/86, kembali naik pada 1986/87 dan turun ke semula pada 1988/89. Performa kelab ini naik dan turun sepanjang musim sampai di musim terakhir JSL. Kedudukan kelab ini di senarai JSL ada di tempat ke-2 dalam Divisyen Kedua Jepun untuk musim 1991/92.

Selepas pengasasan liga profesional yang sebenar, Liga J. Sumitomo, seperti semua kelab lain, melucutkan jenama korporat daripada nama kelab dan berubah menjadi Kashima Antlers. Kashima pada dasarnya telah dinaikkan ke liga teratas baharu, kerana banyak kelab Divisyen Pertama JSL memutuskan untuk menurunkan diri mereka kerana tidak bersedia untuk bertanding di kejohanan yang profesional. (Dari ke semua 10 [a] kelab ahli pengasas Liga J. Kashima dan Shimizu S-Pulse baru dipromosyenkan. Ironinya, Kashima telah menewaskan pendahulu Shimizu, Nippon Light Metal/Hagoromo Club, untuk mendapat tempat JSL Divisyen Kedua pada tahun 1974).

Sejak penubuhan dan pengenalan bola sepak Jepun profesional Liga J. pada tahun 1993, Kashima secara konsisten menjadi masuk ke dalam senarai kelab terkuat di jepun. Kelab ini memegang beberapa kecemerlangan dan juga rekod sebagai pempimpin. Kelab ini sempat dipimpin oleh bekas bintang Brazil dan jurulatih pasukan kebangsaan Jepun, Zico pada tahun-tahun awal pembentukan kelab itu. Kashima ialah kelab pertama yang berjayamemenangi kejohanan Liga J. dengan menduduki peringkat pertama musim pertama pada tahun 1993. Kehadiran Zico menjadi cambuk pacu bagi pemain-pemainnya dan Kashima masih memenangkan kejohanan liga meskipun sang jurulatih sudah pergi. Pada awal milenia, Kashima menjadi kelab Liga J. pertama yang mencapai "treble", dengan memenangi ketiga-tiga gelaran utama: Liga J., Piala Liga J., dan Piala Maharaja pada tahun yang sama.

Sejak kebelakangan ini, dengan merangkul kejohanan Liga J. 2007 mereka menjadi kelab pertama dan satu-satunya di Jepun yang memenangi sepuluh kejohanan dalam negeri di era profesional. Pada tahun 2008 mereka menjadi kelab pertama dan satu-satunya yang berjaya mempertahankan kejohanan Liga J. sebanyak dua kali. Pada 2009 mereka menjadi kelab pertama dan satu-satunya yang memenangi tiga kejohanan Liga J. berturut-turut dengan kemenangan yang berturut-turut pada Piala J.League tahun 2011, 2012 dan 2015. Kashima melanjutkan rekod tiada tandingan mereka dalam kejohanan dalam negeri utama di musim profesional ke-17 mereka.

Di luar Stadium Bola Sepak Kashima

Sehingga hari ini, Kashima telah membina hubungan yang kukuh dengan komuniti bola sepak di Brazil, dikarenakan hubungan silam Zico dengan kelab itu. Banyak pemain dan jurulatih dari Brazil ingin bermain di kelab ini.

Penduduk pekan Kashima hanyalah 60,000. Dikarenakan bilang penduduk yang kecil, kelab pun berkongsi hasil dengan pekan sekitar seperti Itako, Kamisu, Namegata dan Hokota dan menjadikan pekan-pekan itu senagai wilayah kampung halaman rasminya. Semua pekan-pekan itu berada di Prefektur Ibaraki. Gabungan penduduk lima pekan ialah 280,000 sudah pantas bagi disebut dengan sebutan "bandar". Permainan tuan rumah Antlers dimainkan di Stadium Bola Sepak Kashima, salah satu penyedia acara Piala Dunia FIFA 2002 dengan kapasiti 40,000.

Pada tahun 2016, mereka menjadi kelab Asia pertama yang mara ke final Piala Dunia Kelab FIFA berikutan kemenangan 3–0 ke atas juara Amerika Selatan Atlético Nacional.[3] Pada perlawanan akhir, selepas seri 2–2 menentang juara Eropah Real Madrid, impian mereka bagi menjadi wakil juara dari Asia, dihancurkan oleh Cristiano Ronaldo yang melakukan hattrick ke jala mereka.[4]

Pemain

Pemain Utama

Pemain Kashima bermain di Stadium Azadi, Iran
Sehingga tarikh 1 September 2023.[5][6]

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
26MF Naoki Sutoh
27MF Yuta Matsumura
28DF Shuhei Mizoguchi
29GK Tomoki Hayakawa
30MF Shintaro Nago
31GK Yuya Oki
33MF Hayato Nakama
34MF Yu Funabashi
36FW Shu Morooka
37FW Yuki Kakita
38GK Park Eui-jeong
39DF Keisuke Tsukui
40FW Yuma Suzuki (naib-kapten)
41FW Homare Tokuda Type 2
42DF Haruto Matsumoto Type 2
55DF Naomichi Ueda

Sedang dipinjam

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
DF Kim Min-tae (Dipinjam Shonan Bellmare)
DF Naoki Hayashi (Dipinjam Tokyo Verdy)
MF Yoshihiro Shimoda (Dipinjam Iwaki FC)

Bekas Pemain

Senarai Pemain Terkenal.

 Jepun

 Brazil

Pengurus

PengurusNegaraTahun
Masakatsu Miyamoto  Jepun1993-1994
Edu  Brazil1995
João Carlos  Brazil1996-1998
Takashi Sekizuka  Jepun1998
Zé Mario  Brazil1998–1999
Zico  Brazil1999
Takashi Sekizuka  Jepun1999
Toninho Cerezo  Brazil2000-2005
Paulo Autuori  Brazil2006
Oswaldo de Oliveira  Brazil2007-

Rujukan

Pautan luar


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan