Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (Jepun: サッカー日本代表, Hepburn: Sakkā Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Hajime Moriyasu.

 Jepun
Shirt badge/Association crest
Gelaranサムライ・ブルー
(Samurai Biru)
Persatuan日本サッカー協会
(Persatuan Bola Sepak Jepun)
Sub-konfederasiEAFF (Asia Timur)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihHajime Moriyasu
KaptenWataru Endō
Kaps terbanyakYasuhito Endō (152)
Penjaring terbanyakKunishige Kamamoto (75)[1]
Kod FIFAJPN
Kedudukan FIFA 17 1 (30 November 2023)[2]
Kedudukan tertinggi FIFA9 (Februari 1998)
Kedudukan terendah FIFA66 (Disember 1992)
Kedudukan Elo 13 14 (27 November 2023)[3]
Kedudukan tertinggi Elo8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Kedudukan terendah Elo123 (September 1962)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Jepun 0–5 Republik China Republik China
(Tokyo, Jepun; 9 Mei 1917)
Kemenangan terbesar
 Jepun 15–0 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 27 September 1967)
Kekalahan terbesar
 Jepun 2–15 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 10 Mei 1917)
Piala Dunia
Kemunculan7 (Kali pertama pada 1998)
Keputusan terbaikPusingan 2 (2002, 2010, 2018, 2022)
Piala Asia
Kemunculan10 (Kali pertama pada 1988)
Keputusan terbaikJuara (1992, 2000, 2004, 2011)
Copa América
Kemunculan2 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1999)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan4 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaikNaib Juara (2001)
Anugerah

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (Jepun: サッカー日本代表), Nippon Daihyō (Jepun: 日本代表), atau Daihyō (Jepun: 代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (Jepun: 岡田ジャパン, Hepburn: Okada Jepun).[4] Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (Jepun: ザッケローニジャパン, Hepburn: Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (Jepun: ザックジャパン, Hepburn: Zakku Jepun) sebagai singkatan.

Sejarah

Jepun menentang Brazil di Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2006

Pencapaian besar pertama Jepun di peringkat antarabangsa datang ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1968 di Mexico City, dimana mereka menang pingat gangsa. Walaupun keputusan ini membolehkan sukan bola sepak meningkat di Jepun, ketiadaan liga domestik profesional menghalang peningkatan dan Jepun tidak layak ke Piala Dunia FIFA sehingga 30 tahun kemudian..[5]

Pada tahun 1991, pemilik liga semi-pro Japan Soccer League bersetuju untuk membubarkan liga dan membentuk semula liga profesional Liga J., untuk meningkatkan profil sukan dan mengukuhkan program pasukan kebangsaan. Dengan pelancaran liga baru pada tahun 1993, minat terhadap bola sepak dan pasukan kebangsaan bertambah.

Walau bagaimanapun, dalam percubaan pertama untuk layak dengan menggunakan pemain profesional, Jepun terlepas tiket ke Piala Dunia FIFA 1994 selepas seri dengan Iraq dalam perlawanan akhir pusingan kelayakan, diingati oleh peminat sebagai Kesakitan Doha.

Penampilan pertama Jepun di Piala Dunia FIFA berlaku pada tahun 1998. Dua perlawanan pertama Jepun berakhir dengan kekalahan 1–0 kepada Argentina dan Croatia, walaupun beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan. Kempen mereka berakhir dengan kekalahan 2–1 kepada Jamaica.

Empat tahun kemudian, Jepun menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2002 dengan Korea Selatan. Selepas seri 2–2 dengan Belgium dalam perlawanan pembukaan, pasukan Jepun layak ke pusingan kedua selepas kemenangan 1–0 ke atas Rusia dan 2–0 ke atas Tunisia. Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya terkeluar daripada kejohanan itu ketik Pusingan 16 terakhir, selepas tewas 1-0 kepada pemenang tempat ketiga, Turki.

Pada 8 Jun 2005, Jepun layak ke Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, Piala Dunia ketiga berturut-turut mereka, dengan menewaskn Korea Utara 2–0 di tempat berkecuali. Walau bagaimanapun, Jepun gagal layak ke Pusingn 16 terakhir, tewas kepada Australia 1–3, seri dengan Croatia 0–0 dan tewas kepada Brazil 1–4.

Jepun memperoleh banyak kejayaan dalam Piala Asia, membawa pulang trofi pemenang dalam empat daripada enam kejohanan terakhir, di 1992, 2000, 2004 dan 2011. Pesaing benua utama mereka ialah Korea Selatan, diikuti oleh Arab Saudi dan yang terbaru Australia.

Jepun merupakan satu-satunya pasukan daripada luar Amerika untuk mengambil bahagian dalam Copa América, setelah dijemput pada tahun 1999 dan 2011.[6]

Ketika pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, dalam pusingan keempat kelayakan Asia, Jepun menjadi pasukan pertama selain daripada tuan rumah Afrika Selatan untuk layak selepas menewaskan Uzbekistan 1–0 di tempat lawan. Jepun diletakkan dalam kumpulan E bersama Belanda, Denmark and Cameroon.[7] Jepun menang perlawanan pembukaan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Cameroon 1–0 tetapi tews kepada Belanda 0–1 sebelum menewaskan Denmark 3–1 untuk layak ke pusingan seterusnya menentang Paraguay. Dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati, Jepun tersingkir daripada pertandingan susulan penalti selepas seri 0–0 dengan Paraguay.

Selepas Piala Dunia, ketua jurulatih Takeshi Okada meletak jawatan. Beliau diganti oleh beks jurulatih Juventus dan AC Milan, Alberto Zaccheroni. Dalam beberapa perlawanan pertamanya, Jepun merekodkan kemenangan ke atas Guatemala (2–1) dan Paraguay (1–0), termasuk keputusan terbaik mereka – kemenangan 1–0 ke atas Argentina.

Pada permulaan tahun 2011, Jepun telah mengambil bahagian dalam Piala Asia 2011 di Qatar. Pada 29 Januari, mereka mengalahkan Australia 1–0 dalam perlawanan akhir selepas masa tambahan, memenangi Piala Asia keempat mereka dan layak ke Piala Konfederasi FIFA.[8]

Jepun kemudiannya memulakan kempen mereka untuk layak ke Piala Dunia 2014 Brazil dengan beberapa siri kelayakan. Mereka hany mengalami dua kekalahan kepada Uzbekistan dan Jordan, dan seri dengan Australia. Selepas itu pada 12 Oktober, Jepun mencatat kemengan bersejarah 1-0 ke ats Perancis, pasukan yang mereka tidak pernah kalahkan sebelum ini. Selepas seri 1-1 dengan Australia mereka layak ke Piala Dunia FIFA 2014, menjadi pasukan pertama selain tuan rumah Brazil untuk layak.

Jepun memulakan kempen Piala Konfederasi FIFA 2013 mereka dengan kekalahan 3–0 kepada Brazil. Mereka disingkirkan daripada pertandingan selepas kalah kepada Itali 3–4 tetapi mendapat pujian kerana gaya permainan mereka dalam perlawanan. Mereka kalah perlawanan terakhir mereka 1-2 kepada Mexico dan menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2013. Sebulan kemudian, dalam Piala Asia Timur EAFF, mereka bermula dengan seri 3-3 dengan China. Mereka kemudiannya mengalahkan Australia 3-2 dan mengalahkan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan ketiga dan akhir Piala Asia Timur EAFF 2013 untuk memenangi kejohanan itu.

Mereka diletakkan dalam kumpulan bersama Ivory Coast, Greece dan Colombia ketika Piala Dunia FIFA 2014. Mereka kalah perlawanan pertama mereka kepada Ivory Coast 2-1 walaupun mendahului perlawanan, bolos du gol dalam jarak dua minit. Mereka seri dengan Greece 0-0 dalam perlawanan kedua mereka. Untuk layak ke pusingan kedua mereka perlu menang ke atas Colombia dan Greece perlu mengalahkan Ivory Coast. Greece mengalahkan Ivory Coast 2-1 tetapi Jepun gagal beraksi cemerlang menentang Colombia dan kalah 4-1, menyingkirkan mereka dari Piala Dunia. Alberto Zaccheroni meletak jawatan sebagai ketua jurulatih selepas Piala Dunia. Pada bulan Julai 2014, bekas jurulatih Mexico dan pengurus Espanyol, Javier Aguirre mengambil alih dan Jepun kalah 0-2 kepada Uruguay dalam perlawanan pertamanya.

Imej pasukan

Laungan penyokong

Penyokong pasukan kebangsaan Jepun dikenali kerana melaungkan "Nippon Ole" (Nippon ialah istilah orang Jepun untuk Jepun) di tempat sendiri.[9]

Kit dan warna

Kit semasa Jepun disediakan oleh syarikat Jerman, Adidas, penaja rasmi pakaian pasukan sejak tahun 1986.

Kit semasa tuan rumah terdiri daripada jersi biru dengan lambang dan bendera Jepun di dada, seluar pendek biru dengan tompok merah jambu cerah di tepi dan sarung kaki berwarna merah jambu di atas. Kit tempat lawan adalah berwarna neon kuning, dengan aksen biru tentera laut dan oren. Pada tahun 2011, Jepun menukar warna nombor daripada putih kepada emas untuk sementara waktu.

Sebelum Adidas, Asics dan Puma telah menjadi penaja rasmi pakaian pasukan. Reka bentuk kit pasukan telah melalui beberapa perubahan pada masa lalu. Semasa awal tahun 80an, kit pasukan berwarna putih dengan trim biru. Semasa Jepun dilatih oleh Kenzo Yokoyama (1988–1991) kit berwarna merah dan putih, menyamai warna bendera negara Jepun. Kit yang dipakai untuk Piala Asia 1992 terdiri daripada jalur putih (diolah untuk membentuk sayap) dengan berlian merah. Semasa penampilan pertama Jepun di Piala Duni pada tahun 1998, kit pasukan kebangsaan merupakan jersi biru dengan dengan reka bentuk api merah dan putih di lengan. Kit telah direka oleh JFA (dengan penaja berselang-seli setiap tahun antara Asics, Puma dan Adidas).

Jepun menggunkan warna biru dan merah dan bukannya merah dan putih kerana kepercayaan karut. Ketika pertandingan antarabangsa besar pertama, Sukan Olimpik Musim Panas 1936, Jepun menggunakan kit biru ketika perlawanan menentang Sweden dan Jepun menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[10]

Tajaan

Jepun merupakan salah satu pasukan dengan pendapatan penajaan yang paling tinggi untuk skuad kebangsaan. Pada tahun 2006, pendapatan penajaan mereka berjumlah lebih £ 16.5 juta.

Penaja utama termasuklah Adidas, Kirin, Saison Card International, FamilyMart, JAL, Mitsui Sumitomo Insurance, Sony, Asahi Shinbun, Konami, Mizuho Financial dan Audi.[11]

Maskot

Maskot pasukan ialah "Karappe" dan "Karara" , dua Yatagarasu memakai seragam pasukan kebangsaan Jepun. Maskot ini telah direka oleh artis manga Jepun, Susumu Matsushita. Setiap tahun apabila kit baru dilancarkan, maskot ini menukar seragam.

Rekod Kejohanan

Piala Dunia FIFA

Rekod Piala Dunia
TahunPusinganPosisi BP M S* K JG GB
1930Tidak menyertai
1934
1938Menarik diri
1950
1954Tidak layak
1958Tidak menyertai
1962Tidak layak
1966Tidak menyertai
1970Tidak layak
1974
1978
1982
1986
1990
1994
1998Pusingan 131/32300314
2002Pusingan 29/32421153
2006Pusingan 128/32301227
2010Pusingan 29/32421142
2014Pusingan 129/32301226
2018Pusingan 215/32411267
20229/32421154
JumlahTerbaik: Pusingan 27/222576122533

Piala Konfederasi FIFA

Rekod Piala Konfederasi FIFA
TahunPusinganPosisi BP M S* K JG GB
1992Tidak layak
1995Pusingan 16/6200218
1997Tidak layak
1999
2001Naib Juara2/8531161
2003Pusingan 16/8310243
20055/8311144
2009Tidak layak
2013Pusingan 16/8300349
2017Tidak layak
JumlahTerbaik: Naib Juara4/8165291825

Piala Asia

Rekod Piala Asia
TahunPusinganPosisi BP M S* K JG GB
1956Tidak menyertai
1960
1964
1968Tidak layak
1972Tidak menyertai
1976Tidak layak
1980Tidak menyertai
1984
1988Pusingan 110/10401306
1992Juara1/8532063
1996Suku Akhir7/12430173
2000Juara1/126510216
20041/166420136

2007
Tempat Keempat4/166231117
2011Juara1/166420146
2015Suku Akhir5/16431081
2019Naib Juara2/247601126
2023Suku Akhir6/245302128
JumlahTerbaik: Juara10/18533312810452

Sukan Olimpik

Rekod Sukan Olimpik
TahunPusinganPosisi BP M S* K JG GB
1900Tidak layak
1904
1908
1912
1920
1924
1928
1936Suku Akhir8/162101310
1948Digantung
1952Tidak menyertai
1956Pusingan 110/11100102
1960Tidak layak
1964Suku Akhir8/14310259
1968Tempat Ketiga3/16632198
1972Tidak layak
1976
1980
1984
1988
JumlahTerbaik: Tempat Ketiga8/2425103123449

Copa América

Jepun adalah satu-satunya pasukan dari luar Amerika mengambil bahagian dalam Copa América, yang telah dijemput dalam kedua-dua kejohanan pada 1999 dan 2011.[6] Walau bagaimanapun, Jepun menolak jemputan mereka pada 16 Mei 2011 selepas acara berkaitan dengan kesukaran untuk melepaskan beberapa pemain Jepun dari pasukan Eropah untuk bermain sebagai pengganti. Pada 17 Mei, 2011, CONMEBOL menjemput Costa Rica untuk menggantikan Jepun pada pertandingan itu, Persekutuan Bola Sepak Costa Rica menerima jemputan mereka pada hari yang sama.

Rekod CONMEBOL Copa América
TahunPusinganPosisi BP M S* K JG GB
1999Pusingan 110301238
2011Menarik diri
2015
2019Pusingan 19302137
JumlahTerbaik: Pusingan 12/466033615

Piala Asia Timur EAFF

Rekod Piala Asia Timur EAFF
TahunPusingan BP M S* K JG GB
2003Naib Juara321041
2005Naib Juara311133
2008Naib Juara312032
2010Tempat Ketiga311143
2013Juara321086
2015Tempat Keempat302134
2017Naib Juara320145
JumlahTerbaik: Juara2491053226
*Dianggap seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pemain

Skuad semasa

Berikut 26 pemain telah dipanggil untuk Piala Asia AFC 2023.[12]

Kaps dan gol betul pada 19 Januari 2024, selepas perlawanan menentang Iraq.

No.Pos.PemainTarikh Lahir (Umur)KapsGolKelab
1GKDaiya Maekawa (1994-09-08) 8 September 1994 (umur 29)10 Vissel Kobe
12GKTaishi Brandon Nozawa (2002-12-25) 25 Disember 2002 (umur 21)00 FC Tokyo
23GKZion Suzuki (2002-08-21) 21 Ogos 2002 (umur 21)60 Sint-Truiden
2DFYukinari Sugawara (2000-06-28) 28 Jun 2000 (umur 23)111 AZ
3DFShogo Taniguchi (1991-07-15) 15 Julai 1991 (umur 32)261 Al-Rayyan
4DFKo Itakura (1997-01-27) 27 Januari 1997 (umur 27)241 Borussia Mönchengladbach
15DFKoki Machida (1997-08-25) 25 Ogos 1997 (umur 26)60 Union SG
16DFSeiya Maikuma (1997-10-16) 16 Oktober 1997 (umur 26)50 Cerezo Osaka
19DFYuta Nakayama (1997-02-16) 16 Februari 1997 (umur 27)200 Huddersfield Town
21DFHiroki Itō (1999-05-12) 12 Mei 1999 (umur 24)151 VfB Stuttgart
22DFTakehiro Tomiyasu (1998-11-05) 5 November 1998 (umur 25)381 Arsenal
24DFTsuyoshi Watanabe (1997-02-05) 5 Februari 1997 (umur 27)20 Gent
5MFHidemasa Morita (1995-05-10) 10 Mei 1995 (umur 28)302 Sporting CP
6MFWataru Endō (kapten) (1993-02-09) 9 Februari 1993 (umur 31)573 Liverpool
7MFKaoru Mitoma (1997-05-20) 20 Mei 1997 (umur 26)187 Brighton & Hove Albion
8MFTakumi Minamino (1995-01-16) 16 Januari 1995 (umur 29)5420 Monaco[a]
10MFRitsu Dōan (1998-06-16) 16 Jun 1998 (umur 25)447 SC Freiburg
13MFKeito Nakamura (2000-07-28) 28 Julai 2000 (umur 23)66 Reims
14MFJunya Itō (1993-03-09) 9 Mac 1993 (umur 31)5313 Reims
17MFReo Hatate (1997-11-21) 21 November 1997 (umur 26)60 Celtic
20MFTakefusa Kubo (2001-06-04) 4 Jun 2001 (umur 22)313 Real Sociedad
26MFKaishu Sano (2000-12-30) 30 Disember 2000 (umur 23)30 Kashima Antlers
9FWAyase Ueda (1998-08-28) 28 Ogos 1998 (umur 25)218 Feyenoord
11FWMao Hosoya (2001-09-07) 7 September 2001 (umur 22)51 Kashiwa Reysol
18FWTakuma Asano (1994-11-10) 10 November 1994 (umur 29)499 VfL Bochum
25FWDaizen Maeda (1997-10-20) 20 Oktober 1997 (umur 26)143 Celtic

Senarai jemputan

Carta ini ialah bagi pemain yang telah bermain nagi skuad semasa dalam 12 bulan terakhir.

Penanda:

INJ Bukan skuad semasa kerana cedera
PRE Skuad kelayakan
RET Bersara dari pasukan kebangsaan
SUS Dihukum sekatan
WD Pemain menarik diri dari skuad utama berkaitan dengan perkara bukan cedera.
Pos.PemainTarikh Lahir (Umur)KapsGolKelabPanggilan Terakhir
GKKeisuke Osako (1999-07-28) 28 Julai 1999 (umur 24)70 Sanfrecce Hiroshimav.  Syria, 21 November 2023
GKRyosuke Kojima (1997-01-30) 30 Januari 1997 (umur 27)00 Albirex Niigatav.  Tunisia, 17 Oktober 2023
GKDaniel Schmidt (1992-02-03) 3 Februari 1992 (umur 32)140 Gentv.  Turki, 12 September 2023
GKKosuke Nakamura (1995-02-27) 27 Februari 1995 (umur 29)80 Portimonensev.  Turki, 12 September 2023
GKKosei Tani (2000-11-22) 22 November 2000 (umur 23)10 Machida Zelviav.  Colombia, 28 Mac 2023
DFRyoya Morishita (1997-04-11) 11 April 1997 (umur 27)20 Legia Warsawv.  Thailand, 1 Januari 2024
DFHaruya Fujii (2000-12-26) 26 Disember 2000 (umur 23)10 Kortrijkv.  Thailand, 1 Januari 2024
DFSota Miura (2000-09-07) 7 September 2000 (umur 23)10 Ventforet Kofuv.  Thailand, 1 Januari 2024
DFDaiki Hashioka (1999-05-17) 17 Mei 1999 (umur 24)70 Sint-Truidenv.  Tunisia, 17 Oktober 2023
DFAyumu Seko (2000-06-07) 7 Jun 2000 (umur 23)30 Grasshopper Zürichv.  Peru, 20 Jun 2023
DFKashif Bangnagande (2001-09-24) 24 September 2001 (umur 22)10 FC Tokyov.  Colombia, 28 Mac 2023
DFRiku Handa (2002-01-01) 1 Januari 2002 (umur 22)00 Gamba Osakav.  Colombia, 28 Mac 2023
DFRyotaro Tsunoda (1999-06-27) 27 Jun 1999 (umur 24)00 Yokohama F. Marinosv.  Uruguay, 24 Mac 2023 INJ
MFAo Tanaka (1998-09-10) 10 September 1998 (umur 25)257 Fortuna Düsseldorfv.  Thailand, 1 Januari 2024
MFTakumu Kawamura (1999-08-28) 28 Ogos 1999 (umur 24)11 Sanfrecce Hiroshimav.  Thailand, 1 Januari 2024
MFRyotaro Ito (1998-02-06) 6 Februari 1998 (umur 26)10 Sint-Truidenv.  Thailand, 1 Januari 2024
MFKanji Okunuki (1999-08-11) 11 Ogos 1999 (umur 24)10 1. FC Nürnbergv.  Thailand, 1 January 2024
MFYuki Soma (1997-02-25) 25 Februari 1997 (umur 27)124 Casa Piav.  Syria, 21 November 2023
MFDaichi Kamada (1996-08-05) 5 Ogos 1996 (umur 27)317 Laziov.  Syria, 21 November 2023 INJ
MFHayao Kawabe (1995-09-08) 8 September 1995 (umur 28)61 Standard Liègev.  Myanmar, 16 November 2023 INJ
MFAtsuki Ito (1998-08-11) 11 Ogos 1998 (umur 25)31 Urawa Red Diamondsv.  Myanmar, 16 November 2023 INJ
MFSota Kawasaki (2001-07-30) 30 Julai 2001 (umur 22)00 Kyoto Sangav.  Peru, 20 Jun 2023
FWKyogo Furuhashi (1995-01-20) 20 Januari 1995 (umur 29)215 Celticv.  Myanmar, 16 November 2023 INJ
FWShuto Machino (1999-09-30) 30 September 1999 (umur 24)53 Holstein Kielv.  Colombia, 28 Mac 2023
FWTakuma Nishimura (1996-10-22) 22 Oktober 1996 (umur 27)53 Yokohama F. Marinosv.  Colombia, 28 Mac 2023

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar