Kebangkitan kuasa Adolf Hitler

Kebangkitan kuasa Adolf Hitler bermula di Jerman pada September 1919 apabila Hitler menyertai parti politik yang dikenali sebagai Deutsche Arbeiterpartei – DAP (Parti Pekerja Jerman). Namanya telah ditukar pada tahun 1920 kepada Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei – NSDAP (Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional, lebih dikenali sebagai Parti Nazi). Parti politik ini telah dibentuk dan dikembangkan semasa era pasca-Perang Dunia I. Ia adalah anti-Marxist dan bertentangan dengan kerajaan demokratik pasca-perang Republik Weimar dan Persetiaan Versailles; dan ia menyokong semangat kebangsaan dan Pan-Germanisme yang melampau serta anti-Semitisme yang ganas. "Kebangkitan" Hitler boleh dianggap berakhir pada Mac 1933, selepas Reichstag menerima pakai Akta Pengkuasaan 1933 pada bulan itu. Presiden Paul von Hindenburg telahpun melantik Hitler sebagai Canselor pada 30 Januari 1933 selepas beberapa siri pilihanraya parlimen dan komplot belakang tabir yang dikaitkan. Akta Pengkuasaan—apabila digunakan dengan kejam dan dengan penuh kuasa—benar-benar memastikan Hitler dapat melaksanakan kuasa diktator menurut perlembagaan tanpa bantahan undang-undang.

Hitler sedang berbual dengan Ernst Hanfstaengl dan Hermann Göring, 21 Jun 1932.

Adolf Hitler naik ke tahap yang tinggi pada tahun-tahun awal parti. Menjadi salah seorang penceramah terbaik parti, beliau memberitahu ahli-ahli yang lain untuk menjadikannya pemimpin parti atau beliau tidak akan kembali. Beliau dibantu sebahagian kesanggupannya untuk menggunakan kekerasan bagi memajukan matlamat politiknya dan untuk merekrut ahli-ahli parti yang sanggup melakukan perkara yang sama. Peristiwa Beer Hall Putsch pada November 1923 dan pelancaran bukunya Mein Kampf (Terjemahan: "Perjuangan ku") memperkenalkan Hitler kepada khalayak umum. Pada pertengahan tahun 1920an, parti itu terlibat dalam pertembungan pilihan raya dimana Hitler terlibat sebagai seorang penceramah dan penganjur,[a] serta pergaduhan jalanan dan kekerasan antara Rotfrontkämpferbund dan Sturmabteilung (SA) Nazi. Di sepanjang akhir tahun 1920an dan awal 1930an, pihak Nazi mengumpulkan sokongan pilihan raya yang cukup untuk menjadi parti politik terbesar dalam Reichstag, dan Hitler mencampurkan ketajaman politik, tipu daya dan kelicikan yang mengubah parti bukan-majoriti tetapi status undi terbanyak menjadi kuasa mentadbir yang berkesan didalam Republik Weimar 1933 yang lemah.

Selepas berkuasa, pihak Nazi mencipta mitologi yang meliputi kebangkitan kuasa, dan mereka menggambarkan zaman itu hampir bersesuaian dengan skop artikel ini sebagai Kampfzeit (masa perjuangan) atau Kampfjahre (tahun perjuangan).

Lihat juga

  • Garis masa awal Nazisme
  • Gleichschaltung
  • Poison Kitchen
  • Pandangan politik Adolf Hitler
  • Kumpulan separa tentera Weimar
  • Parti-parti politik Weimar
  • Hari Potsdam

Rujukan

Nota kaki

Petikan

Bibliografi

Pautan luar

Templat:NSDAP