Kekuatan tegangan

Kekuatan tegangan (atau ) ditentukan oleh maksimum dan minimum dari lengkuk tegasan-terikan (stress-strain curve) dan secara umum untuk menunjukkan bila kegentingan berlaku. Oleh kerana sifat ini merupakan ciri sifat intensif, nilainya tidak bergantung pada saiz contoh ujian. Ia bagaimanapun bergantung pada penyediaan contoh dan suhu persekitaran dan bahan uji kaji.

Ujian tegangan yang dijalankan ke atas komposit sabut kelapa. Saiz spesimen tidak mengikut piawai.

Kekuatan tegangan, bersama dengan modulus kekenyalan dan ketahanan hakisan, merupakan tatarajah penting bagi bahan kejuruteraan yang digunakan dalam struktur dan peranti mekanikal. Ia khusus bagi bahan seperti aloi, bahan sebatian, seramik, plastik dan kayu.

Penjelasan

Terdapat tiga takrifan kekuatan tegangan:

Kekuatan alah
Tegangan yang mana terikan bahan berubah daripada ubah bentuk kenyal kepada ubah bentuk plastik, menyebabkannya berubah secara kekal.
Kekuatan muktamad
Kekuatan tegangan maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu bahan apabila dikenakan tegangan, mampatan ataupun ricihan. Ia merupakan kekuatan tegangan maksimum pada lengkuk tegangan-terikan.
Kekuatan putus
Koordinat tegangan pada lengkuk tegangan-terikan pada titik putus atau gagal.


Kekuatan tegangan biasa

Kekuatan tegangan bahan

Jadual menunjukkan kekuatan tegangan biasa bagi sesetengah bahan:

BahanKekuatan alah
(MPa)
Kekuatan muktamad
(MPa)
Ketumpatan
(g/cm³)
Tali nanotiub karbon?3,6001.3
Keluli ASTM struktur keluli A362504007.8
Keluli, API 5L X65 (Fikret Mert Veral)4485317.8
Keluli, aloi kekuatan tinggi ASTM A5146907607.8
Keluli, untaian pratekanan (prestress)1,6501,8607.8
Wayar keluli  7.8
Keluli (AISI 1,060 0.6% karbon) wayar piano2,200-2,482[1] 7.8
Polietilena berketumpatan tinggi (HDPE)26-33370.95
Polipropilena12-4319.7-800.91
Keluli tanah karat AISI 302 - gelek sejuk5208608.19
Besi tuang 4.5% C, ASTM A-48130200 
Aloi titanium (6% Al, 4% V)8309004.51
Aloi aluminium 2014-T6[perlu rujukan]4004552.7
Tembaga 99.9% Cu702208.92
Kupronikel 10% Ni, 1.6% Fe, 1% Mn, baki Cu1303508.94
Loyang200+5505.3
Tungsten 1,51019.25
Kaca 50 (dalam mampatan)2.53
Kaca gentian EN/A3,4502.57
Kaca gentian SN/A4,7102.48
Gentian basaltN/A4,8402.7
MarmarN/A15 
KonkritN/A3 
Gentian karbonN/A5,6501.75
Rambut manusia 380 
Sutera labah-labah (lihat nota di bawah)1,000 
Sutera daripada ulat sutera500  
Aramid (Kevlar atau Twaron)3,620 1.44
UHMWPE23460.97
Gentian UHMWPE[2][3] (Dyneema atau Spectra)2,300-3,5000.97
Vectran 2,850-3,340 
Polibenzoksazol (Zylon) 5,800 
Kayu pain (selari dengan ira kayu) 40 
Tulang (tangan/kaki)104-1211301.6
Nilon, jenis 6/645751.15
Getah-15 
BoronN/A3,1002.46
Silikon, monokristal (m-Si)N/A7,0002.33
Silikon karbida (SiC)N/A3,440 
Nilam (Al2O3)N/A1,9003.9-4.1
Nanotiub karbon (lihat nota di bawah)N/A62,0001.34
Nanotiub karbon sebatianN/A1,200[4]N/A

Nota

  • Nanotiub karbon berbilang dinding memiliki nilai kekuatan tertinggi yang pernah diukur, dengan makmal menghasilkannya dengan kekuatan tegangan 63 GPa, masih di bawah had teori 300 GPa. Wayar-wayar nanotium terawal (20 mm panjang) memiliki kekuatan tegangan sebanyak 3.6 GPa mengikut catatan pada 2000, di bawah had teori.[5]
  • Kebanyakan nilai bergantung kepada proses penghasilan dan komposisi/ketulenan.
  • Kekuatan rambut manusia bergantung kepada etnik dan rawatan kimia.
  • Kekuatan sutera labah-labah boleh banyak berubah-ubah. Kekuatan bahan itu bergantung dengan pelbagai faktor seperti jenis sutera (setiap labah-labah boleh menghasilkan beberapa jenis sutera bagi tujuan tertentu), spesis labah-labah, usia sutera, suhu, kelembapan, kadar tegasan yang dikenakan ketika ujian, jangka masa tegasan dikenakan dan cara sutera dikumpul (penyuteraan paksa atau pusingan semula jadi).[6] Nilai yang ditunjukkan dalam jadual, 1 GPa, ialah anggaran daripada keputusan-keputusan daripada beberapa kajian melibatkan beberapa jenis spesis labah-labah, tetapi keputusan tepat adalah pelbagai.[7]

Kekuatan tegangan unsur

Unsur dalam keadaan sepuh lindapModulus Young
(GPa)
Ofset atau tegasan alah
(MPa)
Kekuatan muktamad
(MPa)
Aluminium7015-2040-50
Tembaga13033210
Emas79 100
Besi21180-100350
Plumbum16 12
Nikel17014-35140-195
Silikon1075,000-9,000 
Perak83 170
Tantalum186180200
Timah479-1415-200
Titanium120100-225240-370
Tungsten411550550-620
Zink (ditempa)105 110-200


Sumber

  • A.M. Howatson, P.G. Lund and J.D. Todd, "Engineering Tables and Data"
  • Giancoli, Douglas. Physics for Scientists & Engineers Third Edition. Upper Saddle River: Prentice Hall, 2000.
  • Köhler, T. and F. Vollrath. 1995. Thread biomechanics in the two orb-weaving spiders Araneus diadematus (Araneae, Araneidae) and Uloboris walckenaerius (Araneae, Uloboridae). Journal of Experimental Zoology 271:1-17.
  • Edwards, Bradly C. "The Space Elevator: A Brief Overview" http://www.liftport.com/files/521Edwards.pdf Diarkibkan 2006-05-24 di Wayback Machine
  • T Follett "Life without metals"
  • Min-Feng Yu et al. (2000), Strength and Breaking Mechanism of Multiwalled Carbon Nanotubes Under Tensile Load, Science 287, 637-640
  • George E. Dieter. Mechanical Metallurgy. McGraw-Hill (UK), 1988

Rujukan

Pautan luar