Kelabu

Kelabu ialah warna yang biasa dilihat di dalam alam semula jadi. Untuk pigmen, atau warna subtraktif (CMYK), warna ini diwujudkan melalui penambahan warna hitam. Untuk cahaya, atau warna tambah (RGB), warna kelabu dicipta dengan menambahkan R, G, dan B pada jumlah yang sama, dengan R,G,B melebihi 0% tetapi kurang daripada 100% (melebihi 0 dan kurang daripada 255, dalam notasi 8-bit yang biasa digunakan dalam perkomputeran). Bergantung kepada suhu warna cahaya (diukur dalam kelvin penyinar jasad hitam), mata manusia dapat mentafsirkan objek yang sama sebagai kelabu atau warna yang lain, dengan cahaya yang lebih sejuk menambahkan warna jingga-kuning, dan cahaya lebih hangat menambahkan warna biru.

KelabuHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#808080
sRGBB  (rgb)(128, 128, 128)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 0, 0, 50)
HSV       (h, s, v)(0°, 0%, 50%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Dua warna akan dipanggil warna pelengkap apabila pencantuman kedua-dua warna tersebut menghasilkan warna kelabu. Warna kelabu ialah warna pelengkap diri sendiri. Oleh itu, warna kelabu masih merupakan warna kelabu ketika spektrum warnanya disongsangkan dan oleh itu, tidak mempunyai lawan atau dengan kata lain, warna ini adalah lawan diri.

Penggunaan, perlambangan dan ungkapan basahan

  • Kelabu melambangkan suram, tidak ceria, umpamanya perasaannya tetap kelabu.
  • Warna kelabu telah dipergunakan untuk memerihalkan industrialisme kerana warna ini ialah warna granit, konkrit, dan bahan-bahan bandar raya, bertentangan dengan hijau yang memerihalkan environmentalisme, klorofil dan tumbuh-tumbuhan.
  • Penyamaran bandar terdiri daripada warna kelabu, manakala penyamaran luar bandar menggunakan warna-warna perang dan hijau.
  • Sedangkan rambut sebenarnya menjadi putih ketika seseorang menjadi tua, warna itu sering salah ditafsirkan sebagai warna kelabu (warna putih kelihatan lebih gelap di sebelah warna yang lain) dan oleh itu, warna ini dikaitkan dengan orang-orang tua, dan telah mengilhami nama Harimau Kumbang Kelabu (Gray Panthers) dan ungkapan-ungkapan seperti paun kelabu.
  • Bahan yang membentuk otak dirujuk sebagai "jirim kelabu" dan atas alasan ini, warna kelabu dikaitkan kepada perkara-perkara intelek.
  • Dalam agama Kristian, warna kelabu ialah warna abu dan oleh itu, merupakan lambang kitab Bible untuk perkabungan dan taubat. Warna ini boleh digunakan semasa Lent atau hari-hari puasa dan sembahyang yang istimewa.
  • Kelabu ialah warna pakaian seragam Tentera Negeri-negeri Gabungan Amerika dalam Perang Saudara Amerika.
  • "Wanita Kelabu" ialah nama samaran akhbar New York Times.
  • Feldgrau (bahasa Inggeris: field grey; kelabu medan) ialah warna biasa untuk pakaian seragam Wehrmacht.
  • Makhluk asing yang amat kecil dan berwarna kelabu, dengan mata hitam yang besar dan berbentuk air mata, dirujuk sebagai "si kelabu kecil" dalam teori-teori pengkomplotan UFO yang popular.

Dalam bahasa Inggeris:

  • Kelabu melambangkan kesederhanaan yang tidak berapa baik, serta hingar latar.
    • "Kehidupan kelabu" bermaksud kewujudan tanpa banyak tujuan.
    • "Orang kelabu" ialah seorang yang tidak disedari orang lain.
  • Dala segi kesusilaan, kelabu digunakan:
    • dengan erti memburuk untuk memerihalkan keadaan-keadaan yang tidak mempunyai nilai kesusilaan yang jelas; atau
    • dengan erti positif untuk mengimbangkan pandangan semua-hitam atau semua-putih (umpamanya, warna-warna kelabu (shades of grey) = besarnya kebaikan/keburukan)
  • Kelabu dikaitkan dengan musim luruh, cuaca buruk dan kesedihan.

Dalam fiksyen

  • Dalam karya Tolkien:
    • Gandalf digelarkan "Penziarah Kelabu".
    • Tempat Perlindungan Kelabu
    • Orang Bunian Kelabu
    • Perbukitan Kelabu
  • Dalam karya Michael Ende, Momo, "lelaki-lelaki dalam pakaian kelabu" merupakan makhluk halus berniat jahat yang membazirkan masa orang-orang dan kemudian menipu mereka supaya "menyelamatkan" masa mereka itu.
  • Dalam siri T*Witches, mereka yang mempunyai kuasa ajaib diperihalkan sebagai mempunyai mata kelabu.
  • Kelabu ialah warna Dr. Evil yang bertentangan dengan warna terang Austin Powers.
  • "Majlis Kelabu" terdiri daripada sembilan orang pemimpin Minbari di alam semesta Babylon 5.
  • Brenin Llwyd merupakan penentang eponim dalam karya Susan Cooper, Raja Kelabu.

Koordinat warna

RGB
Semua nilai kelabu dalam skala kelabu adalah penyelesaian untuk ketaksamaan:
CMYK
Semua nilai kelabu dalam skala kelabu adalah penyelesaian untuk ketaksamaan:
apabila .
Secara teori, skala kelabu dengan dakwat-dakwat sempurna juga dapat dihasilkan apabila:
dan
HSL
Semua nilai kelabu dalam skala kelabu adalah padan dengan salah satu daripada tiga kesamaan yang berikut:
atau (hitam) atau (putih).
HSV
Semua nilai kelabu dalam skala kelabu adalah penyelesaian untuk ketaksamaan:
apabila .

Warna web

Terdapat beberapa warna kelabu yang boleh digunakan dengan HTML and CSS. Secara aneh, semua warna kelabu dalam bahasa Inggeris dieja dengan huruf a kecuali kelabu muda (lightgrey): ini boleh mengakibatkan kesilapan (percanggahan ini diwarisi daripada senarai warna X11). Perhatikanlah bahawa ketiga-tiga warna "kelabu sabak" pada dirinya bukan dalam skala kelabu, tetapi menepukan sedikit ke warna sian (hijau + biru).


Nama Warna HTMLSampelTriplet Heks
(dihasilkan mengikut nama)(dihasilkan mengikut triplet hex)
kelabu muda (lightgrey)#D3D3D3
kelabu (gray)#808080
kelabu tua (darkgray)#A9A9A9
kelabu kelam (dimgray)#696969
kelabu sabak muda (lightslategray)#778899
kelabu sabak (slategray)#708090
kelabu sabak tua (darkslategray)#2F4F4F
 

Lihat juga


 hitamperakkelabuputihmerahmerah manggisungufuksiahijauhijau pucuk pisanghijau buah zaitunkuningjinggabirubiru kelasibiru belibisakua-marin
Warna Web