Kemuflisan

Kemuflisan adalah keadaan seseorang individu atau sesebuah syarikat yang diisytiharkan mahkamah tidak lagi mampu membayar balik hutang lapuk, yakni muflis (Jawi: مفليس), juga bankrap diperintah berdasarkan proses undang-undang sedia ada. Aset orang yang jatuh muflis ini diserahkan kepada "pemegang amanah" yang akan menjual aset disebut melangsaikan hutang ini.

Pernyataan sebuah kedai selepas syarikat induknya muflis

Peristilahan

Perkataan bankrap dipinjam daripada bahasa Inggeris: bankrupt yang menyerap istilah bahasa Itali banca rotta “bangku patah” yakni kiasan kepada sesebuah bank (pada asalnya muncul dari urus niaga atas bangku[1]) atau simpanan yang dianggap hancur.[2] Perkataan lama yang pernah digunakan ialah bangkrut yang seakar melalui serapan Belanda: bankroet,[2] ia pernah diberikan maksud "djato dari dagang, roegi dagang".[3]

Sejarah

Pada zaman dahulukala, orang yang tidak mampu membayar hutang akan diperhambakan diri serta keluarganya di mana mereka akan melakukan kerja buruh atau fizikal sehingga kerugian pemiutang dapat dikembalikan dengan perlindungan nyawa badan yang ada tidak seperti perhambaan lainnya. Undang-undang kemuflisan mula terzahir pada zaman Pertengahan di mana pemiutang diberi kelonggaran memulakan sara hidup baru semula setelah penyerahan semua harta milik diri.[4]

Statut Kemuflisan 1542 (The Statute of Bankrupts of 1542) merupakan statut pertama dalam undang-undang Inggeris (mempengaruhi sistem Komanwel) menyentuh kemuflisan;[5] statut ini digubal dengan tujuan menghalang pemuflis dari melarikan diri dari dakwaan sedemikian oleh pihak berkuasa.[6]

Kendalian mengikut negara

Di Malaysia

Semua undang-undang berkaitan pengurusan hutang di Malaysia dimaktubkan dalam Akta Kebankrapan 1967.

Seseorang dikira muflis atau "bankrap" apabila memenuhi tiga kriteria utama:[7]

  1. Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM100,000.
  2. Hutang tidak dapat dibayar dalam tempoh 6 bulan.
  3. penghutang bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Individu yang mendapati diri tidak mampu melangsaikan hutang oleh membuat permohonan mengisytiharkan ketidakmampuan tersebut atau "kebankrapan" diri ke pihak mahkamah tinggi seperti dibenarkan di bawah Seksyen 7 Akta Kebankrapan, di mana segala prosedur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Kaedah dalam akta tersebut.[8]:no. 7 Status "kebankrapan" hanya akan sahih apabila diberikan dalam suatu Perintah Mahkamah setelah permohonan dibuat sendiri mahupun dari pihak yang dihutang ("pemiutang").[8]:no. 13

Di Singapura

Urusan pembayaran hutang di Singapura dikendalikan di bawah Akta Kemuflisan, Penyusunan Semula dan Pembubaran 2018 (Insolvency, Restructuring and Dissolution Act 2018).[9]

Seseorang boleh jatuh muflis sekiranya tidak mampu membayar hutang sebanyak $15,000 baik melalui permohonan oleh pihak penghutang secara sukarela mahupun dari pihak dihutang.[9][10]

Lihat juga

  • Insolvensi

Rujukan

Sumber utama
  • Sandage, Scott A. (2005). Born Losers: A History of Failure in America. Harvard University Press.

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno