Kiraan darah lengkap

Kiraan darah lengkap (CBC, bahasa Inggeris: complete blood count), juga dikenali sebagai kiraan darah penuh (FBC, bahasa Inggeris: full blood count), ialah set ujian makmal perubatan yang memberi maklumat tentang sel di dalam darah seseorang. CBC menunjukkan kiraan sel darah putih, sel darah merah dan platelet, kepekatan hemoglobin, dan hematokrit (peratus isi padu sel darah merah). Indeks sel darah merah, yang menunjukkan saiz purata dan kandungan hemoglobin sel darah merah, juga dilaporkan, dan pembezaan sel darah putih, yang mengira jenis sel darah putih yang berbeza, boleh termasuk.

Kiraan darah lengkap
Lihat keterangan
Spesimen CBC di hadapan cetakan yang memaparkan CBC dan keputusan pembezaan
SinonimKiraan sel darah lengkap,[1] kiraan darah lengkap (FBC),[2] kiraan sel darah lengkap,[3] pemeriksaan darah penuh (FBE),[2] hemogram[4]
MeSHD001772
MedlinePlus003642
LOINCTemplat:SearchLOINC, contohnya, Templat:LOINC
HCPCS-L2Templat:HCPCSlevel2

CBC selalu dijalankan sebahagian daripada penilaian perubatan, dan boleh digunakan untuk memantau penyakit kesihatan atau diagnos. Keputusan ditafsir dengan membandingkannya dengan julat rujukan, yang berbeza-beza dengan jantina dan umur. Keadaan seperti anemia dan trombositopenia ditakrifkan oleh keputusaan kiraan darah lengkap yang abnormal. Indeks sel darah merah boleh memberikan maklumat tentang sebab anemia seseorang seperti kekurangan ferum dan kekurangan vitamin B12, dan keputusan pembezaan sel darah putih boleh membantu mendiagnosis jangkitan virus, bakteria dan parasit dab gangguan darah seperti leukemia. Bukan semua keputusan jatuh di luar julat rujukan memerlukan intervensi perubatan.

CBC dijalankan menggunakan kelengkapan makmal asas atau penganalisis hematologi automatik, yang mengira sel dan mengumpul maklumat tentang saiz dan strukturnya. Kepekatan hemoglobin diukur, dan indeks sel darah merah dihitung dari ukuran sel darah merah dan hemoglobin. Ujian manual boleh digunakan untuk mengesahkan keputusan abnormal dengan bebas. Lebih kurang 10–25% sampel memerlukan semakan lumuran darah manual,[5] di mana darah diwarnakan dan dilihat di bawah mikroskop menentusahkan keputusan penganalisis adalah tekal dengan rupa sel dan mencari keabnormalan. Hematokrit boleh ditentukan secara manual dengan mengempar sampel dan mengukur proportion sel darah merah, dan di makmal tanpa capaian kepada alat automatik, sel darah dikira di bawah mikroskop menggunakan hemositometer.

Pada tahun 1852, Karl Vierordt menerbitkan tatacara pertama untuk menjalankan kiraan darah, yang melibatkan menyebarkan isi padu darah yang diketahui di slaid mikroskop dan mengira setiap sel. Reka cipta hemositometer pada tahun 1874 oleh Louis-Charles Malassez meringkaskan analisis mikroskop sel darah, dan pada akhir abad ke-19, Paul Ehrlich dan Dmitri Leonidovich Romanowsky membangunkan teknik mewarnakan sel darah merah dan putih yang masih digunakan untuk memeriksa lumuran darah. Kaedah automatik untuk mengukur hemoglobin dibangunkan pada 1920-an, dan Maxwell Wintrobe memperkenalkan kaedah hematokrit Wintrobe pada tahun 1929, yang seterusnya membenarkannya mentakrif indeks sel darah merah. Peristiwa penting dalam automasi kiraan sel darah merupakan prinsip Coulter, yang dipatenkan oleh Wallace H. Coulter pada tahun 1953. Prinsip Coulter menggunakan ukuran impedans elektrik untuk mengira sel darah dan menentukan saiznya; ia ialah teknologi yang kekal digunakan dalam banyak penganalisis automatik. Penyelidikan lanjut pada 1970-an melibatkan penggunaan ukuran optik untuk mengira dan mengenal pasti sel, yang membolehkan automasi pembezaan sel darah putih.

Nota penjelasan

Rujukan

Petikan

Bibliografi umum

Templat:Myeloid blood testsTemplat:Abnormal clinical and laboratory findings for blood