Kongres India Malaysia

parti politik di Malaysia

Kongres India Se-Malaysia (MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Vigneswaran Sanasee. MIC merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional. MIC terlibat dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Pahang, Melaka dan Johor.

Malaysian Indian Congress
Nama Bahasa MelayuKongres India Se-Malaysia
Nama Bahasa Tamilமலேசிய இந்திய காங்கிரஸ் Malēciya intiya kāṅkiras
SingkatanMIC
PresidenVigneswaran Sanasee
Setiausaha agungRajasekaran Thiyagarajan
JurucakapThinalan T.Rajagopalu
Timbalan PresidenSaravanan Murugan
Naib PresidenT. Mohan
T. Murugiah
M.Asojan
Vell Paari
Kohilan Pilay
Ketua PemudaRaveen Kumar
Ketua WanitaMohana Muniandy
Ketua Putera
Ketua Puteri
Kishva Ambigapathy
Cik Puvaneswary Rajaram
PengasasJohn A. Thivy
Ditubuhkan4 Ogos 1946
Didahului olehKongres India Malaysia
Ibu pejabatTingkat 6, Menara Manicavasagam, No. 1, Jalan Rahmat, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
AkhbarMIC Times
Tamil Nesan
Sayap beliaPergerakan Pemuda MIC
Sayap wanitaPergerakan Wanita MIC
Sayap Pemuda Lelaki MICPergerakan Putera MIC
Sayap Pemudi Wanita MICPergerakan Puteri MIC
Keanggotaan (2024)54,500
IdeologiNasionalisme
Sosial konservatif
Pergerakan Dravidian
Pergerakan toleransi
Nasionalisme Masyarakat India (sejarah)
Nasionalisme Gandhi (sejarah)
Nasionalisme Tamil (sejarah)
Kedudukan politikPolitik haluan kanan (1946-2018)
Pembangkang di Malaysia (2018-2022)
Penggabungan kebangsaanMajlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA)
(1948–1953)
Parti Perikatan (PA)
(1953–1973)
Barisan Nasional (BN)
(1973–kini)
Warna     Green and white
Dewan Negara:
2 / 70
Dewan Rakyat:
1 / 222
Dewan Undangan Negeri:
5 / 587
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
www.mic.org.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

MIC pernah menjadi parti penaja kepada Perikatan Nasional pada tahun 2020, namun menarik diri setelah UMNO mengumumkan tidak pernah berminat untuk menjadi parti penaja Perikatan Nasional, sebaliknya tetap kukuh bersama Barisan Nasional.[1]

Presiden MIC

NamaTempoh perkhidmatan
Mr. John A. Thivy1946 - 1947
Mr. Budh Singh1947 - 1950
Mr. K. Ramanathan Chettiar1950 - 1951
Mr. K. L. Devaser1951 - 1955
Tun V. T. Sambanthan1955 - 1973
Tan Sri Dato V. Manikavasagam1973 - 1979
Tun Samy Vellu A/L Sangalimuthu(12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010)
Datuk Seri G.Palanivel Govindasamy(6 Disember 2010 – 25 Jun 2015)
Tan Seri Datuk Seri Subramaniam Sathasivam25 Jun 2015 - 14 Julai 2018
Tan Sri Vigneswaran Sanasee14 Julai 2018 - kini

Barisan kepimpinan

  • Presiden: Tan Sri Dato' Sri SA Vigneswaran Sanasee
  • Timbalan Presiden: Datuk Seri M. Saravanan
  • Naib Presiden I: Senator Datuk Mohan Thangarasu
  • Naib Presiden II: Dato' T. Murugiah
  • Naib Presiden III: Datuk M. Asojan
  • Naib Presiden VI: Senator Dato' Sri S.Vell Paari
  • Naib Presiden V: Dato' Kohilan Pillay
  • Setiausaha Agung: Tuan R. T. Rajasekaran
  • Bendahari Agung: Tan Sri Ramasamy
  • Ketua Penerangan: Tuan R. Thinalan
  • Setiausaha Penganjur Kebangsaan: Dato' N.Maneanay @ Muneandy
  • Setiausaha Eksekutif: Tuan T. Kumaressan
  • Ketua Pemuda: YB Raveen Kumar
  • Timbalan Ketua Pemuda: Tuan Andrew David
  • Ketua Wanita: Dato' Mohana Munaiandy
  • Timbalan Ketua Wanita: Puan Vickneswary Babuji
  • Ketua Putera: Dr. A. Kishva
  • Timbalan Ketua Putera: Dr Shatesh Kumar
  • Ketua Puteri: Cik R. Puvaneswary
  • Timbalan Ketua Puteri: Cik S. Teeba

43 lantikan ahli jawatankuasa pusat:

  1. Encik M. Veeran
  2. Dato' K. Subramaniam
  3. Encik D. Tharma Kumaran
  4. Encik K. Balasundaram
  5. Datuk P. Kamalanathan
  6. Encik K. Parthiban
  7. Encik D. Vincent
  8. Encik S. Tamilvanan
  9. Encik S. Suppayah
  10. Encik M. Mathuraiveran
  11. Dato' S. Marathamuthu
  12. Dr. T. Novalan
  13. Encik G. Sivah
  14. Datuk M. Karuppanan
  15. Encik K. Sathasivam
  16. Datuk R. Supramaniam
  17. Encik R. Rajandran
  18. Encik G. Raman
  19. Encik M. Rajandran
  20. Dato' Dr. S. Ananthan
  21. Encik V. Arumugam
  22. Encik J. Dhinagaran
  23. Datuk S. Rajah
  24. Dato' V. Elango
  25. YB Tuan R. Vidyananthan
  26. Dato' L. Manickam
  27. Dr. A. Mangleswaran
  28. Encik S. Renugopal
  29. YB Tuan V. P. Shanmugam
  30. Encik Peer Mohamad Bin Kadir
  31. Dato' C. Sivaraajh
  32. Datuk K. Ramalingam
  33. Encik S. Murugavelu
  34. Datuk A. Sakthivel
  35. Datuk N. Sivakumar
  36. Encik Siva Subramaniam
  37. Encik R. Balasubramaniam
  38. Puan A. Krishnaveny
  39. Puan R. Inbavally
  40. Encik K. Arvind
  41. Encik K. Kesavan
  42. YB Puan N. Saraswati
  43. YB Senator Dato' Dr R. Nelson

Sumber:[2]

Dewan Negara (Senat)

Senator

  1. Mohan a/l Thangarasu, Datuk - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
  2. Vell Paari a/l Samy Vellu, Dato' Sri - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
  3. Nelson a/l Renganathan, Dato' Dr - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

Dewan Rakyat (Parlimen)

Ahli Parlimen

NegeriNo.ParlimenPenyandangParti
 PerakP072TapahM. SaravananMIC

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Dewan Negeri Pahang

1 / 42

Dewan Undangan Negeri Melaka

1 / 28

Dewan Negeri Johor

3 / 56

Ahli Dewan Undangan Negeri

NegeriNo.DUNPenyandangCatatan
 PahangN35SabaiArumugam Vengatarakoo
 MelakaN7GadekShanmugam PtcyhayEXCO Negeri
 JohorN4KemelahSaraswathy Nallathamby
N31KahangVidyananthan Ramanadhan
N33TenggarohRaven Kumar KrishnasamyEXCO Negeri

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar