LAMP

LAMP ialah akronim yang merujuk kepada tindanan penyelesaian aturcara-aturcara perisian, biasanya atur cara sumber terbuka, yang digunakan bersama-sama untuk mengendalikan laman web dinamik atau pelayan. LAMP pada asalnya merupakan singkatan untuk:

The LAMP software bundle (here additionally with Squid as web cache). A high performance and high-availability solution for a hostile environment

Gabungan teknologi ini digunakan khususnya untuk mentakrifkan infrakstruktur pelayan web, paradigma pengaturcaraan untuk membangun perisian, serta untuk mengasaskan pakej pengedaran perisian. Lebih terkini, P kerap kali digunakan untuk merujuk kepada Perl atau Python sebagai bahasa-bahasa pengaturcaraan yang alternatif. Sila lihat Kelainan-kelainan di bawah.

Walaupun para pencipta tidak mereka bentuk aturcara-atur cara sumber terbuka mereka supaya dapat saling digunakan bersama-sama, gabungan itu telah menjadi popular kerana kos pemerolehannya yang rendah serta juga kerana komponen-komponennya mudah didapati (ditawarkan secara percuma dengan kebanyakan edaran Linux). Apabila digunakan bersama-sama, aturcara-aturcara ini merupakan satu tindanan penyelesaian teknologi yang menyokong pelayan-pelayan aplikasi. Tindanan-tindanan yang lain termasuk persekitaran-persekitaran pembangunan aplikasi seperti WebObjects Apple Computer, Java/Java EE, Grails, dan seni bina .NET Microsoft.

Komponen penskripan tindanan LAMP berasal daripada antaramuka-antaramuka web CGI yang mecapai satu kepopularan pada awal dekad 1990-an. Teknologi ini membenarkan para pengguna pelayar web melaksanakan atur cara mereka pada pelayan web dan dengan itu, dapat menerima kandungan dinamik serta juga statik. Para pengaturcara menggunakan bahasa penskripan bersama-sama aturcara-aturcara ini kerana mereka berupaya memanipulasi aliran-aliran teks dengan lebih mudah dan cekap, walaupun jika komponen-komponen tersebut berasal daripada sumber yang berbeza. Atas alasan ini, para pereka bentuk sistem sering merujuk kepada sistem-sistem penskripan itu sebagai bahasa-bahasa glu.

Pada tahun 1998, Michael Kunze mencipta akronim LAMP dalam rencananya untuk c't, sebuah majalah perkomputeran Jerman (12/98, m.s. 230). Rencana itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa seberkas perisian bebas dapat memberikan alternatif yang berdaya maju terhadap pakej-pakej komersil. Memahami kegemaran dunia teknologi maklumat akan akronim, Kunze mecipta akronim LAMP sebagai istilah pemasaran untuk meningkatkan kepopularan perisian bebas, dengan O'Reilly dan MySQL AB kemudian mempopularkan istilah tersebut di kalangan penutur bahasa Inggeris. Sebenarnya, sejak dari masa itu, MySQL AB telah mendasarkan sesetengah usaha pemasarannya pada kepopularan tindanan LAMP.

Perisian

Linux

Linux (juga dikenali sebagai GNU/Linux) ialah sistem pengendalian komputer bak Unix.

Pelayan HTTP Apache

Pelayan HTTP Apache ialah pelayan web perisian bebas/sumber terbuka yang paling popular, [1] dan yang bertindak sebagai pelantar rujukan de facto untuk mereka bentuk dan menilai pelayan-pelayan web yang lain.

MySQL

MySQL ialah Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) pengguna berbilang dan bebenang berbilang, dengan melebihi sepuluh juta pemasangan [2]

PHP

PHP (PHP: Prapemproses Hiperteks) ialah bahasa pengaturcaraan reflektif yang pada asalnya direka bentuk untuk mencipta halaman web dinamik. Ia digunakan terutamanya untuk perisian aplikasi pelayan, tetapi juga boleh digunakan untuk antara muka baris perintah atau aplikasi grafik tersendiri.

Kelainan-kelainan

Bahasa-bahasa pengaturcaraan Perl dan Python kekadang digunakan sebagai ganti untuk PHP dan seringnya dirujuk juga sebagai sistem-sistem LAMP. Sebuah ulasan pelantar berani mencadangkan: "Biar P merujuk kepada PHP, Perl, Python, dan Ruby." [3] Bagaimanapun, sesetengah pembangun lebih suka menggunakan M untuk merujuk kepada mod perl atau mod python dan P untuk bermaksud PostgreSQL dan dengan itu, menterbalikkan kefungisan M dan P serta mengakibatkan setakat kekeliruan.

Lagi satu kelainan merujuk kepada M sebagai Middleware (termasuk Ruby (bahasa pengaturcaraan, Perl, Python dll.) dan P sebagai PostgreSQL. Walaupun umumnya tidak diterima, takrif ini boleh diperlihatkan sebagai suatu tanda perkembangan yang berterusan di kalangan komuniti perisian bebas semasa mentakrifkan semula matlumat dan sempadan masing-masing.

Sistem pengendalian

Pelayan web

Alternatif bukan bebas yang biasa untuk Pelayan HTTP Apache ialah Perkhidmatan Maklumat Internet (IIS) Microsoft. Oleh sebab ia hanya dapat dilaksanakan dengan perisian Microsoft, sistem pengendalian Microsoft Windows harus digunakan sebagai ganti untuk Linux.

  • FWIP untuk Firebird, Windows, IIS, and PHP
  • WIMP untuk Windows, IIS, MySQL, and PHP
  • WIMSA atau WISA untuk Windows, IIS, Pelayan SQL Microsoft, dan ASP
  • WISC untuk Windows, IIS, Pelayan SQL, dan C#
  • WISP untuk Windows, IIS, Pelayan SQL, dan PHP
  • WIPP untuk Windows, IIS, PostgreSQL, dan PHP (sama bagi sistem-sistem SBS Windows)

Pangkalan data

  • BAPP yang menggunakan BSD dan PostgreSQL
  • FAPP yang menggunakan FreeBSD dan PostgreSQL (dicipta oleh Simon Walduck) *FLAP yang menggunakan Firebird
  • LAIP yang menggunakan Informix
  • LAPP yang menggunakan PostgreSQL
  • LAPS yang menggunakan pelayan kecil PostgreSQL
  • OPAL yang menggunakan Oracle
  • WASP yang menggunakan Windows, Apache, Pelayan SQL, dan PHP

Bahasa pengaturcaraan

  • LAMP, dengan P melambangkan Perl atau Python
  • MALT yang menggunakan Apache Tapestry
  • GLAM yang menggunakan Groovy
  • LAMJ yang menggunakan pelayan kecil JSP
  • LAMR yang menggunakan Ruby

Kelainan-kelainan lain

  • "A Brighter LAMP" (LAMP yang lebih terang), dengan dua huruf terakhir bermaksud Middleware dan PostgreSQL; ini membenarkan pemilihan bahasa yang tidak bermula dengan huruf P, seperti Tcl dan Ruby
  • AMPLE, dengan E merujuk kepada Eclipse
  • FAMP untuk FreeBSD, Apache, MySQL, dan PHP
  • FWAP untuk Firebird, Windows, Apache, dan PHP
  • JOLT untuk Java, Oracle, Linux, dan Tomcat
  • JSAS untuk Pelayan Tersendiri Joomla!
  • LAMAR untuk Linux, Apache, MySQL, AJAX, dan Ruby
  • LAMP untuk "Linux, Apache, dan kebanyakan bahasa penskripan yang bermula dengan 'P' dan PostgreSQL" (digunakan oleh Jeff Waugh)
  • LAMPS, dengan S untuk Lapisan Soket Selamat (SSL) atau SugarCRM
  • LAPDANCE untuk Linux, Apache, Python Distributed Architecture for Network Computing Environments (Seni Bina Teredar untuk Persekitaran Perkomputeran Rangkaian), reka bentuk FLOSS untuk perkomputeran teredar
  • Grandma's LAMP yang merupakan mesin maya LAMP yang amat mudah penggunaannya
  • MARS untuk MySQL, Apache, Ruby, dan Solaris [1]
  • MSAS untuk Pelayan Tersendiri Mambo
  • STOJ untuk Solaris , Tomcat, Oracle, dan Java
  • WAPP untuk Windows, Apache, PostgreSQL, dan PHP
  • LAMPH, sebutan bahasa Jerman untuk kelompok LAMP yang menggunakan perisian kelompok Heartbeart.

Sesetengah orang menggunakan istilah LAMP secara generik untuk sistem-sistem alternatif sebagai ganti untuk mencipta akronim yang baru, dan menggunakannya untuk membezakan antara sistem-sistem ini dengan persekitaran pembangunan aplikasi web bersepadu.

Lihat juga

  • Perbandingan berbagai-bagai WAMP
  • Senarai rangka aplikasi web
  • Senarai pakej AMP – pemasangan gabungan untuk Apache, MySQL, dan PHP.
  • WISA

Rujukan

Bacaan tambahan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno