Lebuh raya antara negeri

Sistem Lebuh Raya Antara Negeri (SLRAN) atau nama rasminya Sistem Lebuh Raya Antara Negeri dan Pertahanan Kebangsaan Dwight D. Eisenhower[a] merupakan rangkaian lebuh raya capaian terkawal yang membentuk Sistem Lebuh Raya Kebangsaan di Amerika Syarikat. Sistem ini menjangkau di seluruh tanah besar Amerika Syarikat dan turut mempunyai laluan di Hawaii, Alaska dan Puerto Rico.

Gambar rajah contoh penomboran sistem, di mana nombor-nombor ganjil untuk arah utara-selatan, manakala nombor-nombor genap untuk arah timur-barat.

Setakat tahun 2020, kira-kira suku daripada semua kenderaan yang dipandu di Amerika Syarikat menggunakan lebuh raya antara negeri,[1] yang mempunyai panjang keseluruhan 48,756 batu (78,465 km).[2]

Catatan

Rujukan

Pautan luar