Lingling-o

Lingling-o atau ling-ling-o ialah sejenis loket atau azimat berbentuk cincin atau berkepala dua yang telah dikaitkan dengan pelbagai budaya akhir zaman Neolitik hingga zaman Besi di rantau Austronesia. Sebilangan besar lingling-o dibuat di bengkel jed di Filipina, dan pada secara minoriti, dalam budaya Sa Huỳnh di Vietnam, walaupun batu jed mentah yang digunakan kebanyakannya berasal dari Taiwan.[1][2][3][4]

Lingling-o jed dari Vietnam.
Lingling-o jed dengan motif kepala dua dari Vietnam.

Artifak-artifak terawal lingling-o yang ditemui bertarikh sekitar 500 SM dan diperbuat daripada batu nefrit, tetapi banyak artifak yang ditemui kemudian dibuat daripada cangkerang, emas, tembaga dan kayu;[2] jenis bahan menunjukkan perbezaan kedudukan sosial pemakainya.[2] Istilah ini pertama kali dipopularkan oleh H. Otley Beyer yang mengambil istilah dari nama perhiasan sebegitu dalam Ifugao Selatan.[5] Istilah ini sejak itu juga digunakan sebagai istilah pukul rata bagi pelbagai perhiasan zaman Austronesia yang terdapat di Filipina, Taiwan dan Vietnam.[5]

Rujukan