MediaWiki
MediaWiki ialah sebuah perisian wiki berdasarkan web.[1] Perisian ini digunakan oleh semua projek di bawah kelolaan Yayasan Wikimedia, semua wiki yang didaftarkan di Wikia, dan wiki-wiki persendirian. Asalnya, MediaWiki dibangunkan sebagai memenuhi keperluan untuk mengurus ensiklopedia Wikipedia yang mempunyai kandungan bebas, tetapi pada hari ini ia juga digunakan oleh syarikat-syarikat sebagai perisian pengurusan pengetahuan web dalaman dan juga sebagai sistem pengurusan kandungan. Novell ialah contoh sebuah syarikat yang menpggunakan MediaWiki sebagai perisian pengurus bagi sebahagian daripada tapak-tapak sesawangnya.
Pembangun | Yayasan Wikimedia |
---|---|
Keluaran stabil | 1.11.1 / 23 Januari 2008 |
Repositori | |
Sistem pengendalian | Silang pelantar |
Terdapat dalam | Aneka bahasa |
Jenis | Wiki |
Lesen | Lesen Awam Am GNU |
Tapak web | mediawiki.org (Inggeris) |
MediaWiki ditulis dalam bahasa pengaturcaraan oPHP dan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data MySQL atau PostgreSQL. M2ediaWiki ialah sebuah perisian bebas dan diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU.