Milan Škriniar

Milan Škriniar (sebutan Slovak: [ˈmilan ˈʃkɾiɲɪ̯aɾ]; lahir 11 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Slovakia yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Slovakia. Pada tahun 2016, beliau telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak bawah-21 Slovakia terbaik dengan meraih Anugerah Peter Dubovský.

Milan Škriniar
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-02-11) 11 Februari 1995 (umur 29)
Tempat lahirŽiar nad Hronom, Slovakia
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor37
Kerjaya remaja
2007–2012[1]Žilina
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2016Žilina77(12)
2013ViOn Zlaté Moravce (pinjam)7(0)
2016–2017Sampdoria38(0)
2017–2023Inter Milan193(10)
2023–Paris Saint-Germain4(0)
Pasukan kebangsaan
2011Slovakia B173(0)
2012–2013Slovakia B185(0)
2013–2014Slovakia B193(0)
2012–2017Slovakia B2119(3)
2016–Slovakia60(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:27, 14 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 20 Jun 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

MŠK Žilina

Škriniar sedang beraksi untuk kelab Žilina

Škriniar memulakan kariernya bersama kelab remaja FK Žiar nad Hronom sebelum menyertai kelab MŠK Žilina di peringkat remaja semasa berusia 12 tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Liga Super Slovakia untuk skuad senior pada 27 Mac 2012 ketika berusia 17 tahun dan 49 hari menentang pasukan ViOn Zlaté Moravce. Pada 23 November 2012, beliau menjaringkan gol sulungnya dalam aksi Corgoň Liga ketika menentang ViOn yang berkesudahan MŠK Žilina menang 4–1.[2]

Pada Februari 2013, beliau telah dipinjam ke kelab ViOn Zlaté Moravce untuk menimba banyak pengalaman bersama pasukan besar.

Sampdoria

Pada 29 Januari 2016, Sampdoria telah mengumumkan pembelian Milan Škriniar dan beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya ketika pasukannya menumpaskan Lazio 2–1 pada lewat bulan April.[4] Ketika musim seterusnya, Škriniar memainkan peranan penting dalam menjayakan perancangan Marco Giampaolo dengan menjadi pemain pertahanan termuda yang telah tampil beraksi dalam sekurang-kurangnya 35 perlawanan di Serie A.

Inter Milan

Pada 7 Julai 2017, Škriniar melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan semasa jendela perpindahan dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[5] Inter dilaporkan telah membayar jumlah sebanyak €20 juta termasuk untuk penyerang Gianluca Caprari.[6] Perpindahan tersebut telah menandakan Škriniar merupakan pemain Slovakia termahal sepanjang zaman.[7] Beliau telah dipersembahkan empat hari kemudian dan menyarung jersi bernombor 37. Škriniar melakukan penampilan sulungnya untuk Inter dalam perlawanan pembukaan Serie A menentang Fiorentina yang menyaksikan Inter meraih kemenangan 3–0 di San Siro.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 16 September ketika menentang Crotone sekali gus memberikan kelebihan kepada Inter untuk mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut.[9] Beliau menjaringkan gol keduanya pada perlawanan liga yang ke-10 dalam aksi menentang kelab lamanya, Sampdoria pada 24 Oktober yang berkesudahan Inter menang 3–2.[10] Škriniar telah dilihat sebagai salah satu pemain terbaik Inter dalam kempen musim itu.[11][12] Secara keseluruhannya, Škriniar mengakhiri kempen 2017–18 dengan beraksi dalam setiap perlawanan Inter di Serie A serta berjaya membantu Inter menghuni tangga keempat sekali gus menempah tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah setelah enam tahun tidak menonjol.[13]

Kerjaya antarabangsa

Škriniar melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Slovakia dalam perlawanan persahabatan menentang Georgia pada 27 Mei 2016.[14] Pada akhir tahun 2016, beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan menjadi tonggak penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di mana beliau sering diletakkan di posisi pemain tengah bertahan.

Setelah persaraan Ján Ďurica pada November 2017, Škriniar telah mengisi ruang bagi posisi bek tengah untuk bergandingan dengan Martin Škrtel dalam pasukan Slovakia meskipun usia jauhnya lebih muda berbanding dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman seperti Peter Pekarík dan Tomáš Hubočan).

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 26 Mei 2019.[15]
KelabMusimLigaPialaEropah[nb 1]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Žilina2011–1220100030
2012–131013000131
2013–141511010171
2014–153263200358
2015–161841180275
Jumlah771293909515
ViOn Zlaté Moravce2012–13700070
Sampdoria2015–16300030
2016–1735000350
Jumlah38000380
Inter Milan2017–1838420404
2018–193502090460
2019–2000000000
Jumlah7344090864
Jumlah kerjaya1951613318022619

Antarabangsa

Sehingga 11 Jun 2019.[16]
Pasukan kebangsaan Slovakia
TahunKmnclnGol
201670
201770
201890
201930
Jumlah260

Pencapaian

Kelab

Žilina
  • Liga Super Slovakia: 2011–12
  • Piala Slovakia: 2011–12

Individu

  • Anugerah Peter Dubovský: 2016
  • Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah Bawah-21: 2017[17]

Catatan

Pautan luar