Minions: The Rise of Gru

Minions: The Rise of Gru ialah sebuah filem komedi animasi komputer 3D Amerika Syarikat 2022 yang akan datang terbitan Illumination. Sebuah kesinambungan dari filem 2015, Minions, dan terbitan turunan/prekuel dari siri filem utamanya Despicable Me, filem ini sekali lagi diarahkan oley Kyle Balda, bersama Brad Ableson dan Jonathan del Val sebagai pembantu pengarah; bersama dengan Brian Lynch kembali sebagai penulis.[1][2] Filem ini menampilkan menampilkan suara Pierre Coffin dan Steve Carell.[3] Filem ini dijadualkan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 2 Julai 2021 oleh Universal Pictures.[4][5]

Minions: The Rise of Gru
PengarahKyle Balda
Penulis
  • Brian Lynch
BerdasarkanWatak oleh
Sergio Pablos
Dihasilkan oleh
  • Chris Meledandri
  • Janet Healy
  • Chris Renaud
Dibintangi
Disunting olehClaire Dodgson
Muzik olehHeitor Pereira
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 1 Julai 2022 (2022-07-01) (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Pelakon suara

Penerbitan

Pada 25 Januari 2017, Universal Pictures dan Illumination mengumumkan kesinambungan filem animasi 2015 mereka, Minions.[7] Filem ini mula diterbitkan pada 19 Julai 2017, dengan pencipta Good Vibes dan Legends of Chamberlain Heights Brad Ableson disenaraikan sebagai penerbit bersama.[8] Pada 21 Mei 2019, tajuk filem itu didedahkan sebagai Minions: The Rise of Gru.[9] Pada 2 Februari 2020, diumumkan bahawa Pierre Coffin dan Steve Carell akan menjayakan kembali peranan mereka.

Keluaran

Filem ini pada awalnya dijadualkan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai 2020 bagi meraikan ulang tahun ke-10 Despicable Me. Namun pada 19 Mac 2020, Illumination mengumumkan filem ini tertunda akibat pandemik koronavirus 2019–2020 terhadap industri filem, dan filem ini masih belum siap kerana Illumination Mac Guff ditutup sementara untuk membendung pandemik tersebut. Pada 1 April 2020, Illumination mengumumkan filem tersebut dijadualkan untuk tayangan pada 2 Julai 2021, menggantikan tarikh yang sebelum ini ditetapkan untuk filem Sing 2.[10]

Siaran teater Cina filem itu menggantikan adegan penamat dengan mesej yang menyatakan bahawa Wild Knuckles telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara dua puluh tahun, dan bahawa Gru "kembali kepada keluarganya."[11][12]

Rujukan

Pautan luar