Miyeok-guk

Miyeok-guk[1] (미역국) atau sup rumpai laut[1] ialah sup Korea yang tidak pedas yang bahan utamanya ialah miyeok, atau rumpai laut. Ia secara tradisinya dimakan sebagai sarapan pada hari lahir sebagai penghormatan kepada ibu dan wanita selama beberapa bulan selepas bersalin.

Miyeok-guk
Nama alternatifSup rumpai laut
JenisGuk
Tempat asalKorea
Bahan utamaRumpai laut coklat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Miyeok-guk
Hangul미역국
Perumian Semakanmiyeok-guk
McCune–Reischauermiyŏk-kuk

Persediaan

Miyeok-guk jarang di antara sup Korea yang lain kerana ia tidak mempunyai bahan-bahan pedas.[2] Bahan utamanya ialah miyeok, juga dikenali sebagai sawi laut. Ia biasanya disediakan daripada produk kering, dan kelihatan helai berselirat berwarna coklat. Untuk menyediakan, rumpai laut dihidrasi semula, ditoskan, dicincang, ditumis dengan bawang putih dan minyak bijan, kemudian direneh dalam stok daging lembu atau ikan.

Sejarah dan budaya

Wanita secara tradisinya memakan sup selama beberapa bulan selepas bersalin. Amalan memakan sup rumpai laut selepas bersalin dipercayai sejak zaman Dinasti Goryeo dan bermula kerana orang ramai perasan ikan paus memakan rumpai laut selepas bersalin.[3] Secara tradisinya sup melambangkan dan menghormati Samsin Halmoni, seorang dewi yang membantu wanita melalui kehamilan dan melahirkan anak.[4] Orang yang memakan sup pada hari lahir, ia dikira mereka menghormati ibu mereka kerana melahirkan mereka.[5]

Orang ramai juga makan sup untuk sarapan pada hari lahir mereka sebagai penghormatan kepada ibu mereka. Sebagai sebahagian daripada sambutan hari lahir, tetamu dihidangkan miyeok-guk bersama kuih beras dan makanan tradisional lain. Miyeok-guk juga dimakan di luar majlis khas sepanjang tahun. Ia adalah hidangan sampingan yang biasa dihidangkan bersama nasi.

Faedah kesihatan

Rumpai laut adalah sumber vitamin K yang baik, sebagai faktor penting dalam pembekuan darah. Miyeok-guk yang mengandungi secawan rumpai laut membolehkan seseorang menyerap sekitar 22% daripada keperluan vitamin K harian yang disyorkan untuk wanita dan 29% daripada keperluan vitamin K harian yang disyorkan untuk lelaki.

Kepercayaan popular

Sebuah kamus yang diterbitkan oleh Persatuan Hangeul pada tahun 1957 menyatakan bahawa "Makan Miyeok-guk " ditakrifkan sebagai "perkataan yang bermaksud organisasi larut atau runtuh." Ini dipercayai berpunca daripada fakta bahawa apabila Tentera Joseon dibubarkan, ia tidak dapat menyatakannya secara langsung, sebaliknya menyatakan "Saya makan Miyeok-guk ."[6]

Lihat juga

  • Jenis-jenis sup

Rujukan

Pautan luar