NU'EST

NU'EST (Hangul: 뉴이스트 singkatan daripada New Establish Style Tempo; makna harfiah: "Gaya Tempo Mantap yang Baru) ialah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh Pledis Entertainment pada tahun 2012, ia terdiri daripada lima orang ahli iaitu Aron, JR, Minhyun, Baekho and Ren.[1] Mereka membuat penampilan sulung pertama pada 15 Mac 2012, dengan single "Face". Kumpulan ini dibubarkan pada 15 Mac 2022, selepas Aron, JR dan Ren meninggalkan Pledis Entertainment selepas kontrak 10 tahun mereka tamat.

NU'EST
NU'EST pada bulan Mei 2019
dari kiri ke kanan: Ren, JR, Aron, Minhyun dan Baekho
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2012 (2012)–2022 (2022)
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • NU'EST-M
  • NU'EST W
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Bekas ahli
  • Aron
  • JR
  • Baekho
  • Minhyun
  • Ren
NU'EST
Hangul뉴이스트
Perumian SemakanNyuiseuteu
McCune–ReischauerNyuisŭtŭ

Sejarah

Pra-debut

Sebelum debut mereka, NU'EST membuat penampilan dalam perilisan muzik rakan seagensi mereka. Mereka adalah penari sandaran untuk video muzik After School Blue "Wonder boy", dan tampil juga dalam perilisan lagu label Krismas "Love Letter" mereka. Mereka juga mengeluarkan video muzik mereka sendiri untuk "Love Letter" sebagai Pledis Boys.[2] JR muncul dalam video muzik Orange Caramel "Bangkok City" , dan juga dalam lagu solo Uee "Sok Sok Sok". Baekho muncul dalam video muzik After School "Play Ur Love", dan Minhyun membintangi video muzik Orange Caramel "Shanghai Romance".

JR, Minhyun, Aron, dan Ren juga tampil dengan Lizzy After School dalam iklan untuk New Balance. JR dan Baekho muncul di program televisyen KBS Hello Counselor dan didedahkan oleh Kahi After School sebagai dua ahli kumpulan. Ini menarik perhatian penonton dan mereka menjadi topik minat dalam talian.[3] Pledis Boys, sekarang digelar "After School Boys", kemudian tampil dengan After School di SBS Gayo Daejeon.[4] Minhyun dan Ren juga mendapat perhatian pemodelan untuk pereka Park Yoon-so's F/W 2012–13 Seoul Fashion Week show, bertajuk 'Big Park'.[5]

2012: Debut dengan Face dan Action

NU'EST pada bulan September 2012

NU'EST debut dengan single pertama mereka, "Face", pada 15 Mac 2012.[6] Pentas debut mereka di M! Countdown pada hari yang sama.

Kumpulan ini mula menayangkan rancangan realiti mereka sendiri, Making of a Star: NU'EST Landing Operation, dalam tempoh promosi.[7]

Mereka comeback dengan album mini pertama mereka, Action, pada 11 Julai,[8] dan menjadi duta untuk Persatuan Pengakap Korea.[9] Selama tempoh promosi mereka dan sepanjang tahun itu, NU'EST mula berkembang ke pasaran global, mengadakan acara di Jepun, Australia, bahagian lain di Asia, dan Amerika Syarikat, termasuk persembahan di KCON.[10] Pada bulan Disember, NU'EST memulakan sokongan dengan McDonald's.[11]

2013–2014: Hello, Sleep Talking, Re:BIRTH and Japanese debut

Baekho dan Ren membuat penampilan lakonan dalam drama Jeon Woo-chi bersama rakan seagensi Uee pada Januari 2013.[12] Kumpulan ini kembali dengan album mini kedua mereka, Hello, pada 13 Februari.[13] Mereka mengadakan konsert eksklusif pertama mereka, Show Time NU'EST Time, pada hari yang sama untuk memperingati perilisan tersebut.[14][15] Semasa tempoh promosi, mereka dilantik untuk SBS MTV Diary bersama pasangan seagensi mereka yang bernama Hello Venus.[16] Pada bulan Mac, NU'EST meraikan ulang tahun pertama mereka melalui konsert di Jepun, NU′EST Debut 1st Anniversary Live Show Time.[15] Pada 8 April, Aron menjadi DJ untuk Music Access Arirang.[17]

Pada 22 Ogos 2013, NU'EST melancarkan album mini ketiga mereka, Sleep Talking, dengan tajuk lagu dengan nama yang sama.[18]

Untuk meraikan episod ke-400 Music Core pada bulan Mac 2014, Ren mempersembahkan "Something" lagu daripada Girl's Day bersama Minhyuk BtoB, Seungjin A-Jax, dan Hongbin VIXX.[19]

Pada 9 Julai 2014, NU'EST mengeluarkan album penuh pertama mereka, Re: Birth, dengan single utama "Good Bye Bye".[20] Mereka juga memulakan debut di Jepun pada 5 November, dengan single "Shalala Ring".[21]

2015–2016: Promosi Jepun, Q Is dan Canvas

NU'EST pada bulan April 2016

NU'EST mengeluarkan single digital "I'm Bad" pada 27 Februari 2015, [22] dengan perilisan fizikal edisi terhad pada 15 Mac untuk meraikan ulang tahun ketiga mereka. Baekho tidak ikut serta dalam single utama ketika itu disebabkan dia baru pulih dari pembedahan polip pita suara, tetapi dia turut menyumbang pada trek sisi B, "A Scene Without You" Pada 2 April, Minhyun bekerjasama dengan artis indie Korea Fromm dalam single "The Aftermath". Pada 19 April, Aron mengakhiri kedudukannya sebagai DJ di Arirang's Music Access. Kumpulan ini mengadakan showcase solo pertama mereka di Amerika Utara di Dallas, yang disatukan oleh My Music Taste, pada 3 Mei.[23]

NU'EST melancarkan single Jepun kedua mereka, "Nanananamida", pada 20 Mei.[24] Pada 14 Ogos, Aron mengambil kedudukan sebagai DJ di SBS PopAsia dengan rancangannya sendiri Aron's Hangout.[25] NU'EST melancarkan album studio Jepun pertama mereka, Bridge the World, pada 18 November, selepas pra-perilisan lagu "Bridge the World", "Cherry", "Access to You", dan "Ame Nochi Eien". [26] "Cherry" digunakan sebagai lagu tema untuk filem Their Distance, yang dibintangi oleh para ahlk sebagai filem debut Jepun mereka.[27]

Album mini keempat mereka, Q is, dikeluarkan pada 17 Februari 2016 dengan single utama "Overcome". Mereka memulakan promosi untuk album tersebut pada hari berikutnya.[28] NU'EST mengeluarkan album mini kelima mereka Canvas dengan single utama "Love Paint (Every Afternoon)" pada 29 Ogos 2016.[29] Selepas empat tahun promosi, kumpulan ini menerima pencalonan rancangan muzik pertama mereka di The Show. Pada 6 Oktober 2016, video muzik untuk "Daybreak", duet antara Minhyun dan JR dari album mini Canvas, dikeluarkan.[30]

2017–2018: Produce 101 Season 2 dan NU'EST W

Setelah penurunan komersial dari perilisan sebelumnya dan mereka pertimbangan untuk melakukan pembubaran,[31][32] JR, Baekho, Minhyun, dan Ren telah mengambil bahagian dalam siri televisyen realiti Produce 101 Season 2 pada separuh pertama tahun 2017.[33] Semasa penampilan mereka di acara itu, album yang dirilis sebelumnya, termasuk Q Is dan Canvas, melonjak naik di carta album Korea Selatan, yang mencerminkan lonjakan populariti kumpulan secara tiba-tiba.[34][35]

Selepas episod terakhir Produce 101 Season 2 ditayangkan, siaran sebelumnya NU'EST kembali muncul di carta muzik dan menduduki puncak teratas Gaon Chart.[36] Hanya Minhyun yang berada di kedudukan 11 teratas, memperoleh kedudukan dalam kumpulan lelaki sementara Wanna One, dan Minhyun mempromosikan secara eksklusif bersama mereka selama 1.5 tahun.[37][38] Ahli yang tinggal mengumumkan bahawa mereka akan mempromosikan sebagai NU'EST W sehingga Minhyun kembali.[39] Kerana lonjakan populariti kumpulan ini secara tiba-tiba, mereka (sebagai NU'EST W) kembali ke rancangan muzik untuk mempromosikan single mereka "Hello" (pertama kali dikeluarkan pada tahun 2013), dan menduduki tempat nombor 11 di Inkigayo.[40]

Mengikut kesimpulan Produce 101 Season 2, JR dan Ren juga menjadi model bagi syarikat kosmetik Labiotte.[41] Selepas itu, Baekho dan Aron juga bergabung dengan rakan sekumpulan mereka dalam mempromosikan jenama tersebut. Ren menyertai rancangan aneka ragam JTBC "Learning the Hard Way", di mana dia adalah ahli tetap.[42] Aron tampil di single Raina "Loop".[43]

Walaupun kontrak Minhyun bersama Wanna One secara rasmi berakhir pada 31 Disember 2018, tetapi Minhyun kembali kepada NU'EST selepas sebulan kemudian.[44] Ini disebabkan Pledis dan Swing Entertainment mencapai kesepakatan yang membolehkan Minhyun menghadiri pertunjukan akhir tahun dan upacara penganugerahan sepanjang Januari 2019 sebagai ahli Wanna One.[44] Aktiviti terakhir Minhyun bersama Wanna One sebelum kembali ke NU'EST adalah konsert terakhir (bertajuk Therefore) yang diadakan selama empat hari, berakhir pada 27 Januari 2019.[44]

2019: Happily Ever After dan The Table

Setelah berkumpul semula, NU'EST mengumumkan pembaharuan kontrak mereka dengan Pledis Entertainment.[45][46] Pada 15 Mac, mereka mengeluarkan single digital khas "A Song For You" untuk meraikan ulang tahun ketujuh debut mereka.[47]

Pada 3 April, Minhyun mengeluarkan single solo digital "Universe" sebagai single pra-rilis dari album NU'EST yang akan datang.[48] Single ini disertai dengan rakaman video muzik di Budapest dan Milan.[49] Kumpulan ini mengadakan konsert solo pertama mereka dalam enam tahun bertajuk "Segno" pada 12-14 April kepada 36,000 penonton.[50][51] Album mini keenam mereka Happily Ever After dikeluarkan pada 29 April dengan single utama "Bet Bet".[52] Ini adalah perilisan pertama mereka dalam tiga tahun dan yang terakhir dalam siri tiga bahagian naratif "Knights searching for the Queen" yang bermula dengan album mini keempat mereka pada tahun 2016.[53] Album mini ini memperoleh tiga mahkota di Gaon Chart untuk minggu 28 April - 4 Mei dengan memuncak di album chart, digital download chart, dan carta BGM setelah dikeluarkan.[54] Pada bulan Mei 2019, NU'EST mengeluarkan rakaman audio rasmi lagu "Blessing", yang telah dirakam sebagai calon lagu debut mereka pada tahun 2012.[55]

Pada 21 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketujuh mereka The Table dengan single utama "Love Me".[56] Single ini menang di kelima-lima rancangan penyiaran muzik utama, yang juga menandakan kemenangan pertama kumpulan sejak debut di Show! Music Core dan Inkigayo.[57]

2020: The Nocturne dan Drive

Tujuh bulan selepas comeback terakhir mereka, kumpulan ini melancarkan album mini kelapan mereka The Nocturne dengan single utama "I'm in Trouble" pada 11 Mei.[58] Album ini menduduki tangga teratas di Album Sales, Retail Album, Download, dan BGM charts di Gaon's Weekly Chart.[59] "I'm in Trouble" juga debut di no. 6 di Gaon's Digital Chart, menjadi single utama kumpulan pertama sejak debut masuk ke 10 teratas, tidak termasuk single mereka sebagai NU'EST W.[60]

Pada 7 Oktober, NU'EST mengeluarka album Jepun kedua mereka, "Drive". "Drive" adalah perilisan album Jepun pertama kumpulan ini dalam 5 tahun selepas "Bridge the World".[61]

2021–2022: Romanticize, projek solo, Needle & Bubble dan dibubarkan

Pada 19 April, kumpulan ini mengeluarkan album studio kedua mereka Romanticize dengan single utama "Inside Out".[62] Hanya empat orang ahli sahaja yang mengambil bahagian dalam promosi penuh untuk album ini kerana Aron berehat seketika pada bulan Januari 2021 disebabkan isu kebimbangan (tetapi membuat persembahan bersama kumpulan dalam program muzik), akhirnya menyertai semula kumpulan ini pada bulan Jun.[63] Album ini mengungguli carta jualan album mingguan Hanteo dan memperoleh dua mahkota di Gaon Music Chart.[64] Single utama juga mendapat kemenangan pada M! Countdown, Music Bank, Show! Music Core dan Inkigayo, menjadikan kumpulan ini mendapat persembahan muzik kedua grand slam sejak single mereka bertajuk "Love Me" pada akhir tahun 2019.[64]

Berikutan kejayaan album kedua mereka, kumpulan itu menghabiskan baki tahun 2021 kebanyakannya mengerjakan projek solo mereka. JR membuat debut lakonannya dalam siri televisyen SBS Let Me Be Your Knight; Minhyun mula merakam siri tvN Soul Marriage dan bertemu semula secara ringkas dengan Wanna One di 2021 Mnet Asian Music Awards; Aron menjadi pengacara Circle Room, sebuah rancangan bual bicara secara eksklusif di Twitter; Baekho membuat debut teater muzikalnya dalam produksi Seoul 'Midnight Sun dan Altar Boyz dan Ren memainkan peranan utama dalam muzikal Hedwig and the Angry Inch.[65][66][67][68][69][70][71]

Kumpulan ini mengadakan konsert langsung pertama mereka dalam tempoh 2 tahun bertajuk The Black dari 26 hingga 28 November 2021 di Stadium Tertutup Jamsil di Seoul.[72] Pada 2 Disember, kumpulan ini membuat persembahan dan memenangi anugerah Pencapaian Terbaik pada 2021 Asia Artist Awards.[73] Lewat bulan itu, mereka membuat persembahan di 2021 KBS Song Festival dan SBS Gayo Daejeon, masing-masing yang diadakan pada 17 dan 25 Disember.[74]

Selepas hampir setahun tiada perilisan baharu, telah diumumkan pada 28 Februari 2022 bahawa kontrak eksklusif kumpulan ini dengan Pledis Entertainment akan berakhir pada 14 Mac.[75] Ia juga diumumkan bahawa ahli Aron, JR dan Ren akan meninggalkan agensi itu selepas kontrak mereka tamat, manakala Baekho dan Minhyun memilih untuk memperbaharui.[76] Dengan berita kontrak mereka tamat, kumpulan ini mengesahkan pembubaran mereka melalui surat tulisan tangan kepada peminat mereka, mengumumkan keputusan mereka untuk meneruskan projek individu.[77] Album kompilasi Needle & Bubble telah dikeluarkan pada 15 Mac untuk menandakan ulang tahun ke-10 tahun kumpulan ini dan mereka secara rasmi dibubarkan pada hari yang sama.[78][79]

Bekas ahli

Nama pentasPengenalan ringkas

Aron
(아론)

  • Nama penuh : Kwak Aaron (곽애론)
  • Tarikh lahir : (1993-05-21) 21 Mei 1993 (umur 30)
  • Peranan : Ketua rapper, ketua penari, vokalis
JR
(제이알)
  • Nama penuh : Kim Jong-hyun (김종현)
  • Tarikh lahir : (1995-06-08) 8 Jun 1995 (umur 28)
  • Peranan : Ketua kumpulan, rapper utama, penari utama
Baekho
(백호)
  • Nama penuh : Kang Dong-ho (강동호)
  • Tarikh lahir : (1995-07-21) 21 Julai 1995 (umur 28)
  • Peranan : Vokalis utama
Minhyun
(민현)
  • Nama penuh : Hwang Min-hyun (황민현)
  • Tarikh lahir : (1995-08-09) 9 Ogos 1995 (umur 28)
  • Peranan : Ketua vokalis, visual
Ren
(렌)
  • Nama penuh : Choi Min-ki (최민기)
  • Tarikh lahir : (1995-11-03) 3 November 1995 (umur 28)
  • Peranan : Vokalis, ahli termuda (maknae)

Diskografi

Album

  • Re:Birth (2014)
  • Romanticize (2021)

Album jepun

  • Bridge the World (2015)
  • Drive (2020)

Album mini

  • Action (2012)
  • Hello (2013)
  • Sleep Talking (2013)
  • Q Is (2016)
  • Canvas (2016)
  • Happily Ever After (2019)
  • The Table (2019)
  • The Nocturne (2020)

NU'EST W (Unit khas)

  • W, Here (2017)
  • Who, You (2018)
  • Wake, N (2018)

Filmografi

Televisyen

TahunTajukSaluranNotaRef.
2012Making of A Star: Landing OperationMBC Every 18 episod
2013NU'EST MTV DiarySBS MTV5 episod
NU'EST in LoveMnet5 episod
2014NU'EST's Latin Dream ShowMBC Every 1
2016NU'EST Private lifeMBC4 episod
2019NU'EST RoadMnet4 episod[80]

Filem

  • Their Distance (2015)[81]

Konsert dan jelajah

Konsert

TahunTajukRef
2013NU'EST Show Time in Seoul
NU'EST Debut 1st Anniversary Live ~ Show Time[82][83]
NU'EST L.O.Λ.E.'s Party
2014NU'EST Debut 2nd Anniversary Live ~ Show Time 2[84]
NU'EST Autumn Live
2015NU'EST First Solo Show In Dallas[85]
2016NU'EST Live ~ Show Time 4[86]
2017NU'EST W Special Mini Concert[87][88]
2018NU'EST W - Double You Encore[89]
2019NU'EST Love Page[90]
2021NU'EST Concert <The Black>

Jelajah

TahunTajukRef
2014NU'EST Japan Tour One L.O.Λ.E.[91][92]
NU'EST Latin America Tour[93]
Re:Sponse Europe Tour[94]
2015NU'EST Japan Tour ~ Show Time 3[95]
NU'EST World Tour Concert RE:VIVE[96]
NU'EST Japan Tour ~ Bridge the World[97]
2016NU'EST Japan Tour 'One for L.O.Λ.E'[98][99]
2018NU'EST W <Double You>[100]
2019NU'EST Tour <Segno>[101][102]

Nota

Rujukan

Pautan luar