Nadhir Nasar

Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat ini memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara.[1][2] Nadhir juga mesra dengan panggilan Lucky.[3]

Nadhir Nasar
Kelahiran
Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar

(1996-12-17) 17 Disember 1996 (umur 27)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Komunikasi Massa (Penyiaran)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)

Kerjaya

Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, dari 2016 sehingga 2019.[4] Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan.[5]

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother of All Lies[6] dan Naim dalam siri Astro Originals Projek: High Council.[7][8]

Nadhir juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Tujuh Hari Di Bawah Matahari dengan memegang watak sebagai Emil Zulkifli.[9][10]

Sebagai pengarah, beliau mengarahkan muzik video lagu "Malampagi" nyanyian Saixse menampilkan MK K-Clique untuk versi adunan semula.[11]

Kehidupan peribadi

Nadhir Nasar dilahirkan di Lansing, Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun.[12] Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak. Nadhir merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dengan mempunyai seorang kakak dan abang. Nadhir mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sebelum meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di universiti awam tersebut.[4]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2022Tujuh Hari Di Bawah MatahariEmil ZulkifliFilem pendek
2024Pendekar Awang: Darah Indera GajahTahirFilem pertama
KlepetJaniPos-produksi
Mami Jarum KembaliMarioPos-produksi
TBANurDalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Cerita Hantu AsramaNadhirAstro PrimaEpisod 4
2020–2021Tercipta Satu IkatanSirhanAstro Ria
2021Projek: Anchor SPMHilmi ZulkarnainAstro Citra
I-Tanggang: Mother of All LiesSyafiq Hambali
2022Nusyuz Berkiblat CintaErfhanAstro Ria
Ash & AishIzhan
2023Projek: High CouncilNaim Ismet
SuperWiraRoyAstro Ceria
My Famous Ex-BoyfriendJamieAstro Ria

Web drama

TahunTajukPerananRangkaianCatatan
2022Runway In SeoulDirinya sendiriViuBersama Meerqeen
2024Strong Girl Bong Soon

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022Kebal Janji SyaitanIdin IshakAstro Citra
AbahNukmanTV1
2024My Famous Ex-Boyfriend RayaJamieAstro Ria

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2021Selebriti First JobDirinya sendiriAstro Ria
Hero Remaja 2021/2022PengacaraBersama Shaza Bae
2022Kelentang Kelentung Pom PomArtis jemputanepisod 10

Iklan

TahunIklanPerananCatatan
2022YesDirinya sendiri
2023Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam StarDirinya sendiri

Muzik video

TahunMuzik videoPenyanyiPerananCatatan
2023Malampagi RemixSaixse ft. MK K-CliquePengarahMenampilkan Fadhli Masoot, Amir Ahnaf Hazeeq Dean

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Artis Baharu Lelaki PopularDirinya sendiriTercalon
2023Gempak Most WantedSelebriti TrendingDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar