Amir Ahnaf

Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin (lahir 17 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022.[1] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai krocid dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[2]

Amir Ahnaf
Kelahiran
Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin

(2000-02-17) 17 Februari 2000 (umur 24)
PendidikanDiploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Tahun aktif2021–kini
MajikanRocketfuel Entertainment
Terkenal keranaKahar dalam Projek: High Council
Ketinggian179 cm (5 ka 10 in)

Kehidupan awal dan pendidikan

Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.

Beliau dahulu merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu. Amir telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memegang watak Kahar dalam Projek: High Council yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertandingan taranum Al-Quran dan azan. Amir juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.

Kerjaya

Kerjayanya bermula setelah beliau dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.[3]

Amir Ahnaf memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Beliau mendapat perhatian meluas dengan memegang watak sebagai Kahar, pelajar Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) dalam Projek: High Council yang disiarkan serentak di Astro GO dan Astro Ria. Ia turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.[4]

Kehidupan peribadi

Beliau kini menetap di Selangor. Amir juga berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2023Harta BerdaulatAmeer YousofFilem pendek di YouTube, pelakon utama bersama Hazeeq Dean
2024Pendekar Awang: Darah Indera GajahAndakFilem pertama
TBAThe ParcelPos-produksi
Projek: KaharKaharPra-produksi
Tanah KuburDalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022Rindu Darul ImanIjadTV OkeyDrama bersiri, pelakon pembantu
2022–2023Akim & Mira - Kisah Cinta 1999EjoiAstro RiaDrama bersiri, pelakon pembantu
Kisah Cinta Phoebe Dan EjoiAstro GempakPelakon utama, bersama Kimberly Chuah
2023Projek: High CouncilKaharAstro RiaDrama bersiri, pelakon utama
Scammer Geng MarhabanAidilDrama bersiri, pelakon utama
Perempuan ItuRemyTontonDrama bersiri, pelakon pembantu
Sakit Tengkuk Betul LahLatif (20 tahun)TV OkeyDrama bersiri, pelakon tambahan
2023–2024Gamers MangkukTamAstro PremierDrama bersiri, pelakon utama
Syurga Itu Bukan MudahFaridAstro RiaDrama bersiri, pelakon utama

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021Hieraki TelemovieIjanAstro RiaPelakon utama, bergandingan bersama peserta-peserta Hero Remaja 2021

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2021Hero Remaja 2021PesertaAstro RiaTersingkir pada Episod ke-6 (tempat ke-7)
2023Gempak Most Wanted AwardsPenyampaiTetamu khas sebagai penghantar makanan McDonald's, menyampaikan anugerah kepada Sofyank untuk anugerah Hall of Fame
Ubi Superstar LiveBekas KaplaAstro WarnaEpisod 2
Projek High Council: ReunionDirinya sendiriAstro GempakTemubual antara pelajar KUDRAT dengan pengarah Projek: High Council
Big Stage (Musim 5)Presiden NetizenAstro RiaMinggu ke-5

Video Muzik

TahunTajuk LaguPenyanyiSaluranCatatan
2023KudratSekumpulan Orang Gila X Naim DanielYouTubePenampilan khas dalam video muzik sebagai Kahar bersama Fadhli Masoot, Hazeeq Dean, Nik Rifaie & Ameer Asyraf
Raya Janji HappyAizat Amdan, AsmidarPenampilan khas dalam video muzik
Malam Pagi RemixSaixse X MK K-CliquePenampilan khas tidak berkredit dalam muzik video bersama Fadhli Masoot dan Hazeeq Dean, arahan Nadhir Nasar

Diskografi

TahunTajukCiptaanPenyanyiSaluran
2021BidadariAmir AhnafAmir AhnafSoundcloud

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya TercalonKeputusan
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Lelaki PopularDirinya sendiriMenang
2024Gempak Most WantedSelebriti trendingDirinya sendiriTercalon

Pautan luar

Rujukan