Nama Jepun

ciri-ciri nama dalam budaya Jepun

Nama Jepun moden terdiri dari nama keluarga,[1] diikuti oleh nama kecil.[2] Nama tengah tidak diiktiraf di Jepun. Setelah nama, gelaran seperti san, mirip dengan baba atau nyonya, atau sensei, mirip dengan Doktor atau Guru, juga digunakan. Dalam bahasa Melayu, setara dengan sebutan Bapa atau Ibu atau Doktor. Contoh: Tanaka-san, yang bermaksud Bapa Tanaka, atau Ibu Tanaka, atau Saudara Tanaka. Gelaran ini digunakan untuk memanggil seseorang, bukan diri sendiri. Misalnya jika seseorang bernama Budi, seyogianya jangan memperkenalkan dirinya sebagai 'saya Budi-san' sebab nanti akan ditertawakan.

Nama keluarga Jepun harus ditulis dalam aksara Kanji, tiada nama keluarga Jepum yang tidak mempunyai Kanji. Nama panggilan juga biasanya ditulis dalam aksara Kanji meskipun tidak begitu lazim. Terdapat juga orang Jepun yang menggunakan huruf hiragana atau katakana sahaja untuk nama panggilannya. Suatu tulisan kanji dari sebuah nama dapat memiliki beberapa kemungkinan sebutan. Nama Jepun biasanya juga mempunyai nama seperti nama keluarga Cina.

Nama keluarga terpendek di Jepun:[3]

  • "I" 井(い)
  • "O" 尾(お)
  • "Ki" 紀(き)
  • "Ku" 区(く)
  • "Se" 瀬(せ)
  • "Ga" 何(が)
  • "Ta" 田(た)
  • "Tsu" 津(つ)
  • "No" 野(の)
  • "Ho" 帆(ほ)
  • "Yu" 湯(ゆ).

Nama keluarga terpanjang di Jepun:

  • "Kadenokooji" 勘解由小路(かでのこうじ)
  • "Saemonzaburou" 左衛門三郎(さえもんさぶろう).

Di luar Jepun, terutama di negara-negara yang menggunakan nama keluarga di belakang (Eropah, Amerika Syarikat, dll), urutan nama Jepun biasannya dibalikkan. Misalnya pengarah Kurosawa Akira, yang memiliki nama keluarga Kurosawa dan nama pemberian Akira, menjadi "Akira Kurosawa".

Catatan

Rujukan

  • Power, John. "Japanese names." (Archive) The Indexer. June 2008. Volume 26, Issue 2, p. C4-2-C4-8 (7 pages). ISSN 0019-4131. Accession number 502948569. Available on EBSCOHost.
  • Terry, Edith. How Asia Got Rich: Japan, China and the Asian Miracle. M.E. Sharpe, 2002. ISBN 9780765603562.
  • Some materials taken from Kodansha Encyclopedia of Japan, article on "names"

Bacaan lanjut

  • Hoffman, Michael. "What's in a (Japanese) name?" Japan Times. Sunday October 11, 2009.
  • "Which names are to be found where?" Japan Times. Sunday October 11, 2009.
  • Koop, Albert J., Hogitaro Inada. Japanese Names and How to Read Them 2005 ISBN 0-7103-1102-8 Kegan Paul International Ltd.
  • Nichigai Associates, Inc. (日外アソシエーツ株式会社 Nichigai Asoshiētsu Kabushiki Kaisha) 1990. Nihon seimei yomifuri jiten (日本姓名よみふり辞典 "Dictionary of readings of Japanese names in Chinese characters"), vols. Sei-no bu (family names) and Mei-no bu (given names). Tokyo: Nichigai Associates.
  • O'Neill, P.G. Japanese Names 1972 ISBN 0-8348-0225-2 Weatherhill Inc.
  • Plutschow, Herbert. Japan's Name Culture 1995 ISBN 1-873410-42-5 Routledge/Curzon
  • Poser, William J. (1990) "Evidence for Foot Structure in Japanese," Language 66.1.78-105. (Describes hypochoristic formation and some other types of derived names.)
  • Throndardottir, Solveig. Name Construction in Medieval Japan 2004 ISBN 0-939329-02-6 Potboiler Press
  • Society of Writers, Editors and Translators. Japan Style Sheet 1998 ISBN 1-880656-30-2 Stone Bridge Press

Pautan luar