Nasabandi Jumat

Nasabandi bin Jumat (lahir 15 September 1967) ataupun dikenali menerusi dua nama pena iaitu Nasha Febians ataupun Bandi Amuk adalah seorang penyanyi di Malaysia. Pada awal kemunculaan, beliau merupakan vokalis kepada kumpulan Rock Febians yang memenangi pertandingan Juara Rock 1983 dan album pertama ialah Febians (1988), diikuti 1001 Malam (1989), Satu Antara Sejuta (1991) dan Lang Buana (1994). Selepas itu beliau telah mengundurkan diri dan menubuhkan kumpulan yang beraliran muzik metal yang diberi nama Amuk. Album pertama Tanpa Prejudis diterbitkan pada tahun 1998.

Nasabandi Jumat
Nama lahirNasabandi bin Jumat
Juga dikenali sebagai
Nasha Febians, Bandi Amuk
Kelahiran (1967-09-15) 15 September 1967 (umur 56)
GenreHeavy Metal, Rock, Rock Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1983–kini
Pengkarya berkait
Febians, Amuk

Kerjaya

Gegar Vaganza 2021

Bandi terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Laguku SendiriAkar Dan BumiAmukKe-3
Minggu 2Masih Aku TerasaUntukmu SayangFebiansKe-9
Minggu 3Segalanya Ku TerimaNak Dara RinduTan Sri P. RamleeKe-8
Minggu 4Berdiri Bulu RomakuSatu Kesan AbadiIklimKe-10
Minggu 5Dulu Lain Sekarang LainPurnamaNaim DanielKe-10
Minggu 6Langkah SeiringanSeparuh Nafas (Duet Bersama Ewal Kristal)Dewa 19Ke-10
Minggu 7Kelentang KelentongI Want to Break FreeQueenKe-10 (Tersingkir)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2003Aku Kaya The MovieDirinya sendiri
2023Syaitan Munafik

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2022Bintang GV Dikejar ZombiAstro Citra

Pautan luar