Naim Daniel

Pelakon, penyanyi dan penulis lagu Malaysia

Muhammad Naim Daniel Baharin (Jawi: نعيم دانيال; lahir 9 September 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan komposer Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema Emyliana, Pia, Projek: High Council dan Lelaki Lingkungan Cinta Lelaki Lingkungan Cinta dan filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, "Sekali Lagi" yang dikeluarkan pada 2018.

Naim Daniel
Kelahiran
Muhammad Naim Daniel bin Baharin

(1997-09-09) 9 September 1997 (umur 26)
PendidikanSMK Yaacob Latiff ,Diploma Muzik (UiTM Shah Alam)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penulis lagu, komposer
Tahun aktif
  • 2008–kini (sebagai pelakon)
  • 2018–kini (sebagai penyanyi)
Ketinggian167 cm (5 ka 6 in)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
World Peace Entertaiment
Pengkarya berkait
Tuju (K-Clique), Man Keedal, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Sekumpulan Orang Gila, Dato Jamal Abdillah

Kehidupan awal

Naim dilahirkan di hospital bersalin, kuala lumpur. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[2][3]

Kerjaya lakonan

Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak.[4] Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz Fairuz, Ezany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.

Pada tahun 2012, Naim memegang watak sebagai Ibrahim dalam telefilem bertajuk Sebelum Kiamat yang berkisarkan tentang Ibrahim yang berhasrat ingin bertemu dengan ibu kandungnya yang telah terpisah daripadanya sejak kecil, sebelum kedatangan Hari Kiamat. Telefilem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Zamarul Hisham, Sherie Merlis dan Noorkhiriah. Pada tahun 2022, Naim meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi siri televisyen astro iaitu Projek: High Council yang turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar dan lain-lain.

Kerjaya muzik

Kerjaya muzik Naim bermula apabila kerap membuat lagu saduran di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu.[5] Pada tahun 2018, Naim mengikat kontrak dengan syarikat rakaman World Peace Entertainment yang baru ditubuhkan dan muncul bersama dua single serentak, iaitu"Sekali Lagi" dan "Sempurna".[6][7]

Kontroversi

Hak cipta bersama "Sumpah"

Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[8] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[9] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[10]

Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34

Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[11]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
201229 FebruariBudi (kecil)Filem pertama
2014Dendam Orang MatiHalim
2017Bisik Pada LangitIqram
2020TyickoounsMannan (kecil)
2021Siapa Tutup Lampu?Akmal[12]

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008–2009JelmaRezagua.com.myDrama pertama
2009Cucu BetongRaqibTV3
2010Mr. Mama (Musim 3)Afif
2011GemilangSaifullah (kecil)
Cinta ElysaImran
2012Jangan Ambil Padang KamiNikAstro Ria
2013AyamAidilTV3
2013–2015Ema EmylianaKhairul
2015WadiFaris
2016Kemboja Di HatiZafiriTV AlHijrah
2018Love At The First SwipeAmirtonton
2019PIABudiTV3
2020–2022Pak Kodi 5GNaim
2020Lelaki Lingkungan CintaAdib
2022RoxyFahmiTV3
2023Projek: High CouncilAyamAstro Ria
Lecturerku OppaNizamiQIYI
Tanah Kubur (Musim 16)KamilAstro OasisEpisod: "Suara Iblis"
2024I.D.Aidi Zabran / Tengku RemyAstro Premier
Projek: ExitUsop

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2010Taubat NasuhaAzzrinTV3
Pun PunHafizTV2
2012Sebelum KiamatIbrahimTV3
2013Menanti Hari ItuAdiAstro Ria
2015Menantu Saat Adik SupiatJijoeTV1
2016NiqabiTV2
Dari Asar Ke IsyakRadhi
Ketika Daun BerzikirDarwishTV3
2017Tali KasutShahmiTV9
Dosa TerlindungIrfanTV3
Daniel HaikalDanielTV2[13]
2018Vlog LauraFahmintv7
Kurindu KibarmuHazriqTV1[14]
2019Derita PiaBudiTV3
2020Lagu Untuk SuriJohan Akbahar
Aku OCDHakimiAstro Citra
Aku, BungaKahoeAstro First Eksklusif
Next Station, JodohHaikalAwesome TV
2021Khilaf TerakhirSyafiqTV1
2022Amshar Bukan AshaAmshar Rusli / Asha RusliAstro Ria
2023Rombongan Cik Kiah Ke AJLUdintonton

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2022Terpaling JuaraKaptenTV3
Famili Duo (musim 2)Peserta pasangan selebritibersama Sissy Imann

Diskografi

Album

TajukButiran albumSenarai runut
Fobia
  • Dikeluarkan: 22 Februari 2022
  • Label: World Peace Entertainment
  • Format: Digital download, streaming
  1. "Fobia"
  2. "Heaven"
  3. "OK (You OK ke tak tu?)" (bersama ALYPH)
  4. "Biar Tuhan"
  5. "Terpisah"
  6. "Adakah Engkau Menungguku" (Akustik)
  7. "Mainan"
  8. "Sumpah" (versi AJL)
  9. "D.U.A"

Single

Sebagai artis utama

Lagu-lagu lain

TahunTajukAlbumCatatan
2018"Sekali Lagi"
"Sempurna"
2019"Sumpah"Lagu juara AJL34
"Adakah Engkau Menungguku"
(menampilkan Tuju)
2020"Apa Sebenarnya"
"Bila"
"Malam"
"Sembah"
(menampilkan Man Keedal)
"Sedih"
(bersama Ismail Izzani)
"Lara"
(bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli)
Lagu finalis AJL36
"Purnama"
2021"Bring It On"
(bersama Shalma Eliana)
"Janji Happy"
(bersama Alif Satar)
Lagu tema TV9
"Mainan"FobiaLagu finalis

AJL37

2022"Habis Sini"
(bersama Joe Flizzow)
"Fobia"Fobia
"Ya Rasulullah 1444"
(bersama Raihan)
"Mungkin Ini Adalah Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat"
(bersama Dolla)
"Ruaidah"
2023"Kudrat"
(bersama Sekumpulan Orang Gila)
Runut bunyi rasmi Projek: High Council
2024"Urat"
(bersama Dato' Jamal Abdillah)
"Jangan Mati Di Hari Ini"
TahunTajuk
2019"Only U"
(bersama Priscilla Abby, Santesh dan Juzzthin)
2020"With You"
(bersama Ismail Izzani, Khai Bahar, Daniesh Suffian dan Harris Baba)
"Harmoni Aidilfitri"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
"#RayaBersamaKITKAT"
(Bersama SonaOne, MK, Sweetqismina dan Empty Page!)
"Warna Merdeka"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
2021"Raya Jelma"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat)
"Darahku"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat, Hao Ren, Alan D dan Audi Mok)
2023"OPPO Raya Gempak"

(bersama OPPO Malaysia)

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
2013Festival Filem Malaysia ke–25Pelakon Kanak-Kanak Terbaik29 FebruariTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31Artis Baru Lelaki PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
2020Anugerah Juara Lagu ke-34SumpahJuara
Hot FM Fabulous FebruaryArtis Fabulous February[15]Menang
Dewan Bahasa dan Pustaka MalaysiaMenggunakan tulisan jawi dalam klip video, "Sembah"[16]Menang
2023The Malaysia Book of RecordsFirst to sing upside down in a live performanceThe song of mainan during Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Lelaki PopularDirinya sendiriTercalon
ContentAsia AwardsSilver - Best Supporting ActorProjek: High CouncilMenang

Rujukan

Pautan luar