Hafiz Suip

penyanyi lelaki Malaysia

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia. Hafiz telah memenangi 23 anugerah dalam industri seni.

Hafiz Suip

JBK, ABK (Sarawak)
Hafiz (kanan) bersama Cakra Khan semasa sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert.
Kelahiran
Mohd Hafiz bin Mohd Suip[1]

(1990-02-27) 27 Februari 1990 (umur 34)
Nama lainHafiz AF
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNureffy Jesreel Abdullah (k. 2016)
Anak-anakMuhammad Riyadh Zafri
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia
Pengkarya berkait
Akim
Aril
Adira
Dato' Sri Siti Nurhaliza
Misha Omar

Biografi

Hafiz ialah anak sulung daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.[3]

Ketika beraksi di konsert akhir AF7, Hafiz memperkenalkan single pertamanya, "Masih Jelas", yang turut menerima sambutan hangat di radio. Bagaimanapun, lain ceritanya bagi video muzik lagu ini apabila pernah dikhabarkan terpaksa dibuat penggambaran semula kerana didapati video asalnya "kurang sesuai ditonton oleh peminat muda".[4] Apapun, lagu ini layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 anjuran TV3 pada awal tahun 2010.[5]

Pada tahun yang sama, Hafiz menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm, sekaligus mengikut jejak langkah bekas pelajar AF terdahulu dan personaliti Astro lain yang pernah menyumbangkan suara mereka kepada versi BM filem-filem seumpamanya.[4] Selepas itu, beliau mengikuti rakan-rakan semusim AFnya, Aril dan Akim, serta Black dan Choo Hou Ren untuk menjayakan kempen Brand's Generasi Hebat yang menyaksikan kelima-lima mereka ini menyanyikan lagu temanya, "Juara".[6]

Hafiz juga terlibat dalam dunia teater pada Jun 2010 dengan teater berjudul KITA The Musical, melakonkan watak utama, Rahman, yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan mendapat sambutan hangat. Produksi tersebut yang diinspirasikan oleh gagasan 1 Malaysia juga turut menampilkan Eric Lin, Michael Rao dan Adila AF sebagai teraju utama.

Single kedua dari Hafiz, ciptaan komposer ternama, Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam, berjudul Noktah Cinta semakin melonjakkan nama Hafiz dalam industri muzik Malaysia. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah merangkul gelaran Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat Tempat Ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-25 pada Januari 2011.

Baru-baru ini pula, Hafiz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.

Hafiz yang menikahi Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016,baru sahaja menimang cahaya mata pertama ,bayi lelaki pada 31 Disember 2017 yang bernama Muhammad Riyadh Zafri.[7]

Akademi Fantasia 7

KonsertLagu (penyanyi)Ked.
Minggu 1"Lagu Kita" (Aizat Amdan)1
Minggu 2"Cinta Ini Membunuhku" (d'Masiv) / "Toyol"(Sudirman)1
Minggu 3"Mat Disko" (Sudirman)2
Minggu 4"Cinta Ini" (Siti Nurhaliza)2
Minggu 5"Terlanjur Cinta" (Rossa & Pasha Ungu)2
Minggu 6"Nujum Pak Belalang" (Kristal)1
Minggu 7"Kau Yang Punya" (Najwa Mahiaddin & Malique)1
Minggu 8"Di Manakan Ku Cari Ganti" (P. Ramlee)2
Minggu 9"I Believe I Can Fly" (R. Kelly)1
"Laskar Pelangi" (Nidji)
Minggu 10"Kau Bunga Cintaku" (Anuar Zain)Juara
"Masih Jelas" (Hafiz)
(Lagu: Aidit Alfian / Lirik: Ad Samad)

Mania!

KonsertLagu (penyanyi)Ked.
Minggu 2"Permintaan Hati" (Letto)Empayar Hijau
Minggu 4"Someone Like You" (Adele)1
Minggu 5"Bukan Cinta Biasa" (Afgan)4
Minggu 6"Karma" (Faizal Tahir)4
Minggu 7"Ombak Rindu"
(Hafiz & Adira)
4
Minggu 8"Legenda" / "Sinaran" (Sheila Majid)2
Minggu 9"Kaulah Segalanya" (Hazrul Nizam)2
"My Baby You" (Marc Anthony)
Minggu 10"Beribu Sesalan" (Shila, Ning & Jaclyn)Juara
"I Believe I Can Fly"
(R. Kelly)

Anugerah Juara Lagu

Peringkat Akhir AJL

TahunEdisiKarya tercalonGubahanLirikKeputusan
2009Ke-24"Masih Jelas"Aidit AlfianAd SamadFinalis
2010Ke-25"Noktah Cinta"AjaiAd SamadTempat Ketiga
Vokal Terbaik
2011Ke-26"Awan Nano"Dato' M. NasirBuddhi HekayatJuara Lagu
Vokal Terbaik
2012Ke-27"Ku Akui"AjaiTempat Ketiga
Vokal Terbaik
2013Ke-28

Diskografi

Album Studio

  1. Masih Jelas (2009)
  2. Hafiz (2012)
  3. Luahan Hati Anak Seni (2013)

Single

Solo

TahunJudulAlbum
2009"Masih Jelas"Masih Jelas
2010"Nokhtah Cinta"
"Lebih Dewasa"OST Kau & Aku 2
"Memori & Memori"
2011"Awan Nano"Masih Jelas
"Untuk Kamu"OST Ombak Rindu
2012"Watak"Hafiz
"Kita Satu"Single
"Ku Akui"Hafiz
2013"Bahagiamu Deritaku"
"Patah Hati"Luahan Hati Anak Seni
2014"Kesimpulan"
"Matahari"
2016"Andai"Single
2017"Kejar"
"Lepaskan Ku Pergi"OST Pinjamkan Hatiku
2018"Hari Ini Dalam Sejarah"Single
2019"Kisah Cinta Kita"OST Dia Menantu Rahsia
2020"Sinar Cinta"OST Seindah Tujuh Warna Pelangi
2021"Takluk Cinta"OST Saat Kau Takluk Cinta Ini
2023"Terus Bersinar"OST Surat Dari Tuhan

Duet/Kolaborasi

TahunJudulBersamaAlbum
2009"Sehati Berdansa"Farhan AzizanLagu tema Sehati Berdansa
"Juara"Akim, Aril, Black & Chou Hou RenLagu tema Iklan Brands Generasi Hebat
2010"Mari Menari"AdiraLagu tema Mari Menari
"Apizz Soeppp Aku Selalu Tersenyum"Anak SalimSingle
2011"Ombak Rindu"AdiraOST Ombak Rindu
2012"Sandarkan Pada Kenangan"Mimi ShamOST Azura 2012
"Muara Hati"Dato' Sri Siti NurhalizaOST Adam & Hawa
2013"Salahkah"Dato' Sri RossaOST Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2015"Untuk Cinta"AdiraOST Pilot Cafe
"Inspirasi"Faizal TahirSingle
2016"Terimaku Seadanya"Misha OmarOST Uda & Dara
2017"Aku Negaraku"Jaclyn VictorSingle
2020"Takdir Tercipta"AdiraOST Lelakimu Yang Dulu
2021"Berakhirlah Pencarianku"Ernie ZakriOST Kisah Cinta Kita

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010–2011Kau & Aku 2HafizAstro RiaDrama pertama
2012Tanah Kubur (Musim 4)JamalAstro OasisEpisod: "Fitnah"

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbum / MaterialKeputusanTewas Kepada
2010 (AIM17)Lagu Pop TerbaikMasih JelasMasih JelasTercalonYuna - Dan Sebenarnya
Susunan Muzik Terbaik di Dalam LaguTercalonKaren Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor - Cinta Ada
2012/2013 (AIM20)Album TerbaikLuahan Hati Anak SeniMenang
Rakaman Album TerbaikMenang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)Bahagiamu DeritakuMenang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam LaguMungkinkah (Penggubah: AG Coco) TercalonAnuar Zain & Dayang Nurfaizah - Bila Resah
2013/2014 (AIM21)Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar NegaraSalahkah (duet bersama Rossa) Menang

Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu (AJL)
TahunLaguAlbumPencipta LaguPenulis LirikKategoriKeputusan
2009 (AJL24)Masih JelasMasih JelasAidit AlfianAd SamadTerbukaTercalon
2010 (AJL25)Noktah CintaAjaiSheikh QalamTerbukaMenang
Tempat Ketiga
Vokal TerbaikMenang
2011 (AJL26)Awan NanoM. NasirBudi HekayatTerbukaMenang
Juara Lagu
Vokal TerbaikMenang
2012 (AJL27)Ku AkuiAjaiAjaiTerbukaMenang
Tempat Ketiga
Vokal TerbaikMenang
2013 (AJL28)Bahagiamu DeritakuLuahan Hati Anak SeniLYBaiduriTerbukaMenang
Juara dan persembahan terbaik
2014 (AJL29)MatahariAjaiTransformers MelayuTerbukaTercalon
2016Terimaku SeadanyaTempat KeduaMenang
2020 (AJL34)Kisah Cinta KitaKisah Cinta KitaIkhwan Fatanna & Ayden AliDato' A. AidaPersembahan Terbaik & Vokal TerbaikMenang

Anugerah Planet Muzik

Anugerah Planet Muzik
TahunKategoriKarya TercalonAlbumKeputusanTewas Kepada
2011Artis Lelaki TerbaikMasih JelasTercalonFaizal Tahir - Adrenalin
Lagu Terbaik MalaysiaNokhtah CintaTercalonHafiz - Awan Nano
Awan NanoMenang
Lagu TerbaikMenang
2013Artis Lelaki TerbaikBahagiamu DeritakuLuahan Hati Anak SeniTercalonJudika - Aku Yang Tersakiti
Lagu Terbaik MalaysiaTercalonShila Amzah - Masih Aku Cinta
Muara Hati (bersama Dato' Siti Nurhaliza)Tercalon
Duo / Kolaborasi TerbaikMenang
Lagu Serantau Paling PopularMenang
Artis Serantau Paling PopularMenang
Ikon Media SosialTercalonSleeq
2014Kolaborasi Terbaik (Artis)Salahkah (duet bersama Dato' Rossa)TercalonAltimet ft. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya
Duo / Kumpulan TerbaikMenang
Artis Terbaik (Lelaki)MatahariLuahan Hati Anak SeniTercalonJudika - Mama Papa Larang
Artis Paling Popular APMTercalonNOAH
Ikon Media SosialTercalonTaufik Batisah

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
2009Artis Baru Lelaki PopularTercalon
2011Penyanyi Lelaki PopularMenang
2012Penyanyi Lelaki PopularMenang
2013Penyanyi Lelaki PopularMenang
2014Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2018Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2019Penyanyi Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira)Tercalon
Lagu Paling Boom Popular (Kisah Cinta Kita)Tercalon
Lagu Paling Boom Popular (Takdir Tercipta)Tercalon
2023Penyanyi Lelaki PopularTercalon

SHOUT! Awards

Shout! Awards
TahunKategoriKeputusan
2013Popstar AwardMenang
Power Vocal AwardMenang

Kerajaan Negeri Sarawak

  •  Sarawak
    • Johan Bintang Kenyalang (JBK)
    • Ahli Bintang Kenyalang (ABK)[8]

Rujukan


Pautan luar