Neil Armstrong

Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) ialah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Beliau juga seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan pensyarah universiti. Mulanya bekerja dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau berkhidmat dalam Perang Korea. Selepas perang, beliau menjadi juruterbang ujian Suruhanjaya Penasihat Aeronautik Negara.

Neil Armstrong
Gambar Neil Armstrong, Julai 1969, dalam sut angkasa lepas dengan topi keledar dipegang
Armstrong pada 1969
Kelahiran(1930-08-05)5 Ogos 1930
Wapakoneta, Ohio, A.S.
Meninggal dunia25 Ogos 2012(2012-08-25) (umur 82)
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainNeil Alden Armstrong
AnugerahTemplat:Presidential Medal of Freedom Templat:CS Medal of Honor
Kerjaya angkasa
Angkasawan NASA
Pekerjaan sebelum
Penerbang tentera laut, juruterbang ujian
Tempoh di angkasa
8 hari, 14 jam, 12 minit dan 30 saat
Pemilihan1958 Man In Space Soonest
1960 Dyna-Soar
1962 NASA Group 2
Jumlah EVA
1
Jumlah masa EVA
2 jam 31 minit
MisiGemini 8, Apollo 11
Lambang misi

Awal hidup

Neil lahir pada 5 Ogos 1930 di sebuah perkampungan berdekatan bandar Wapakoneta, Ohio[1] kepada Stephen Koenig Armstrong, seorang juruaudit untuk pemerintah negeri Ohio,[2] dan Viola Louise Engel. Beliau berketurunan kacukan bangsa Jerman, Scotland dan Ulster.[3][4] Kerjaya ayahnya sebagai seorang pegawai pemerintah memaksa keluarga Neil berpindah randah sekitar negeri ini, di mana mereka bermukim di 16 buah bandar selama 14 tahun ayahnya bekerja.[5]

Neil mula menaruh minat kepada bidang penerbangan apabila ayahnya membawanya ke suatu perlumbaan kapal terbang di Cleveland pada usia 2 tahun. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang ketika berusia hampir enam tahun di sebuah lapangan terbang di Warren, Ohio di mana beliau dan ayahnya menaiki sebuah pesawat Ford Trimotor berjolokan "Tin Goose".[6][7]

Kerjaya dalam tentera laut

Armstrong menyertai NASA pada 1962.

Kerjaya dalam NASA

Penerbangan pertamanya ialah misi Gemini 8 pada 1966, sebagai juruterbang perintah, menjadi antara orang awam A.S. pertama ke angkasa lepas. Penerbangan kedua dan terakhirnya ialah sebagai komander misi Apollo 11 yang mendarat di Bulan pada 20 Julai 1969.

Apollo 11

Dalam misi ini, Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dan menghabiskan masa 2½ jam menjelajah, manakala Michael Collins kekal di orbit dalam Modul Perintah. Jutaan orang menonton peristiwa ini melalui TV. Ucapannya yang terkenal ialah:

Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, sebuah langkah besar bagi kemanusiaan.

Senja hidup

Armstrong meninggal dunia di Cincinnati, Ohio, pada 25 Ogos 2012, pada usia 82 tahun akibat komplikasi arteri koronari tersekat.

Rujukan

Pautan luar