Nicole Scherzinger

Nicole Prescovia Elikolani Valiente Scherzinger (juga dikenali sebagai Nicole Kea; lahir pada 29 Jun 1978) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, penari, model dan pelakon Amerika Syarikat. Nicole juga dikenali sebagai penyanyi utama The Pussycat Dolls.

Nicole Scherzinger
Scherzinger di Hollywood, 2012
Latar belakang
Nama lahirNicole Elikolani Prescovia Valiente
Juga dikenali sebagai
Nicole Kea, Queen Doll
GenrePop, R&B, pop-tarian
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penari, pelakon, model, penerbit muzik
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Polydor, A&M, Interscope
Pengkarya berkait
The Pussycat Dolls, Days of the New, Timbaland, Sean Combs, Keri Hilson, T.I., Will.I.Am, Sean Garrett, Will Smith, Nelly, Rihanna, Eden's Crush, Violet UK, Missy Elliot
Laman sesawang
www.hernameisnicole.com

Awal hidup

Nicole Prescovia Elikolani Valiente lahir di kota Honolulu, Hawai'i pada 29 Jun 1978.[1] Ayahnya, Alfonso Valiente, seorang keturunan Filipino[2] manakala ibunya Rosemary Elikolani kacukan peribumi Hawaii and Ukraine.[3] Beliau dibesarkan dalam anutan Gereja Katolik.

Ibu bapa Nicole bercerai semasa kecil di mana beliau duduk bersama keluarga ibunya. Beliau dan keluarga ibunya berpindah ke Louisville, Kentucky berusia enam tahun untuk duduk bersama ayah tirinya, Gary Scherzinger.[4][5]

Kerjaya muzik

Beliau pernah cuba menguji bakat sebagai anggota keempat dalam grup rap The Black Eyed Peas, namun beliau gagal; sebaliknya Fergiedipilih.[6] Pada Disember 2002, beliau bekerjasama dengan ketua kugiran X Japan, Yoshiki untuk projek Violet UK diuruskan Yoshiki.

Pada Ogos 2003, Scherzinger ke Bandar Raya New York mencuba nasib sebagai artis rakaman Arista Records di bawah nama Nicole Kea namun terganggu akibat suatu insiden bekalan terputus di kota tersebut. Beliau turut menceburi bidang lakonan termasuk suatu kameo dalam filem komedi indie Love Don't Cost a Thing.[7]

Dalam Pussycat Dolls

Lewat tahun sama, seorang kenalan dari The Black Eyed Peas, Will "Will.i.am" Adams, berhubung semula dengan Nicole untuk mengajaknya kepada suatu undangan uji bakat oleh Jimmy Iovine dan Ron Fair untuk Interscope Records mewujudkan suatu grup vokal wanita baharu.[8][6] Beliau berjaya bersama-sama Melody Thornton, Carmit Bachar, Ashley Roberts, Jessica Sutta dan Kimberly Wyatt menjadi kumpulan Pussycat Dolls,[7][9] Scherzinger menjadi ketua kumpulan serta penulis lagu album debut mereka, PCD yang terbit pada September 2005.[9]

Salah satu lagu ini, "Don't Cha" memasyhurkan mereka memasuki tangga kedua carta Billboard Hot 100.[10]

Kerjaya solo

Diskografi

Album studio

  • Killer Love (2011)
  • Big Fat Lie (2014)

Penampilan undangan

  • 2006: "Lie About Us" - Avant
  • 2006: "Come to Me" - P.Diddy
  • 2008: "Scream" - Timbaland (bersama Keri Hilson)
  • 2008: "Yes We Can" - will.i.am (bersama seberapa artis lain)

Filemografi

Televisyen

  • Popstars (2001)
  • Sabrina the Teenage Witch - siri ke-5 episode "Finally!" (2001)
  • My Wife and Kids (2002)
  • Half & Half (2002)
  • Wanda at Large (2003)
  • The Pussycat Dolls Present (2007–2008)
  • Big Time Rush (2009)
  • Dancing with the Stars (2010)
  • How I Met Your Mother (2011)
  • The X Factor (US) (2011)
  • The X Factor (UK) (2012–2013, 2016–2017)
  • I Can Do That (2015)
  • Best Time Ever with Neil Patrick Harris (2015)
  • Bring the Noise (2015)
  • Lip Sync Battle (2017, 2018)
  • Drop the Mic (2017)
  • The Masked Singer (2019–kini)
  • Australia's Got Talent (2019)
  • The X Factor: Celebrity (2019)
  • The X Factor: The Band (2019)

Filem

Rujukan

Pautan luar