Nizhny Novgorod

Nizhny Novgorod (Bahasa Rusia: Нижний Новгород,IPA: [ˈnʲiʐnʲɪj ˈnovɡərət]), secara ringkas Nizhny, sebelumnya Gorky (Горький) (1932-1990), ialah pusat pentadbiran Oblast Nizhny Novgorod, Rusia. Bandar ini terletak di pertemuan sungai Oka dan Volga di Rusia Tengah dengan populasi lebih dari 1.2 juta penduduk,[14] sehingga kira-kira 1.7 juta penduduk di kawasan bandar raya.[15] Nizhny Novgorod ialah bandar keenam terbesar di Rusia, bandar kedua terpadat di pesisir Volga serta Daerah Persekutuan Volga. Bandar ini merupakan pusat ekonomi, pengangkutan, ilmiah, pendidikan dan budaya yang penting di Rusia dan wilayah ekonomi Volga-Vyatka yang luas, dan merupakan pusat utama pelancongan sungai di Rusia. Di bahagian bersejarah bandar ini, terdapat banyak universiti, teater, muzium dan gereja.

Nizhny Novgorod
Нижний Новгород
Bandar[1]
Dmitrievskaya Tower and Minin and Pozharsky Square
Alexander Nevsky Cathedral and Nizhny Novgorod StadiumMinin and Pozharsky Monument
GAZChkalov Stairs
Nizhny Novgorod Fair
Atas ke bawah, kiri ke kanan: Menara Dmitrievskaya di Kremlin Nizhny Novgorod dan Dataran Minin dan Pozharsky, Katedral Alexander Nevsky dan Stadium Nizhny Novgorod, Monumen Minin dan Pozharsky, GAZ, Tangga Chkalov, Pesta Nizhny Novgorod.
Bendera Nizhny Novgorod
Jata
Lokasi bagi Nizhny Novgorod
Map
Nizhny Novgorod is located in Bumi
Nizhny Novgorod
Nizhny Novgorod (Bumi)
Koordinat: 56°19′37″N 44°00′27″E / 56.32694°N 44.00750°E / 56.32694; 44.00750 44°00′27″E / 56.32694°N 44.00750°E / 56.32694; 44.00750
NegaraRusia
Subjek persekutuanNizhny Novgorod Oblast[1]
Ditubuhkan1221[2]
Status Bandar sejak1221[2]
Pentadbiran
 • BadanDuma[3]
 • Datuk Bandar[5]Yury Shalabaev[4]
Keluasan
 • Jumlah460 km2 (180 batu persegi)
Aras
200 m (700 ft)
Penduduk
 (Banci 2010)[7]
 • Jumlah1,250,619
 • Estimate 
(2018)[8]
1,259,013 (+0.7%)
 • Pemeringkatanke-5 pada tahun 2010
 • Kepadatan2,700/km2 (7,000/batu persegi)
Status pentadbiran
 • Subordinat kepadaBandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod[1]
 • Ibu kota ofOblast Nizhny Novgorod[1], Bandar berkepentingan oblast Nizhny Novgorod[1]
Status perbandaran
 • Urban okrugNizhny Novgorod Urban Okrug[9]
 • Ibu kota bagiNizhny Novgorod Urban Okrug[9]
Zon waktuUTC+3 (Waktu Moscow Edit this on Wikidata[10])
Poskod[11]
603000-603999
Kod panggilan+7 831[12]
OKTMO ID22701000001
Hari BandarSabtu ketiga bulan Ogos[13]
Laman sesawangadmgor.nnov.ru

Sejarah

Penamaan

Pada asalnya, nama bandar ini hanyalah Novgorod ("bandar baharu"), tetapi sebagai pembezaan daripada satu lagi Novgorod (Veliky Novgorod) yang lain serta lagi tua dan terkenal di sebelah barat, kota ini biasanya disebut sebagai "Novgorod bawahan". Tanah ini diberi nama "bawahan" (nizhniy, нижний) meskipun berkedudukan lebih tinggi daripada Veliky Novgorod, tetapi dinamakan sebegitu kerana terletak di hilir kota-kota Rusia yang lain seperti Moscow, Vladimir dan Murom.

Rujukan

Pautan luar