Norman bin Abdul Halim

Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studio Malaysia

Dato' Norman Abdul Halim (lahir 5 Februari 1971) merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia pada 2010.


Norman KRU

Norman di pejabat KRU Studios
Kelahiran
Norman bin Abdul Halim

(1971-02-05) 5 Februari 1971 (umur 53)
Nama lainNorman KRU
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios
Tahun aktif1992–kini
Terkenal keranaKRU
PasanganDatin Dr. Shireen Mardziah Hashim (k. 2009)
IbuZarina Abdul Wahab Fenner
BapaAbdul Halim Kamal
SaudaraDatuk Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim

Biografi

Norman dilahirkan pada 5 Februari 1972 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Beliau bersama dua adik lelakinya, Yusry dan Edry menubuhkan KRU pada 1992, yang mana beliau merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini. Antara lagu nyanyiannya bersama KRU ialah "Cherrina", "Diari Metropolitan", "Fanatik", "Won’t Look Back" dan "C’mon Lah" yang kesemuanya menampilkan nyanyian rap beliau.

Pada 8 Julai 2009, Norman berkahwin dengan Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim yang tujuh tahun lebih tua daripadanya, pasangan ini berkahwin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Shireen ialah sepupu kepada Emilia Mohamad, isteri kepada adik Norman, Edry.[1]

Pada Januari 2016, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersempena dengan keputeraan baginda.[2] Beliau merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato', penerima lain termasuk penerbit Ziela Jalil dan pelakon Hans Isaac.[2] Beliau juga berhasrat untuk membangunkan industri kreatif di Pahang.[2][3]

Pada 18 April 2018, Norman mewakili anggota KRU - Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[4] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[5]

Diskografi

Filemografi

Sebagai pelakon

Sebagai penerbit

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2016)[6][7]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar