Opel

Opel (Opel, disebut [ˈoːpl̩]) merupakan pengilang automobil Jerman, anak syarikat pembuat kenderaan Perancis Groupe PSA sejak Ogos 2017. Dari 1929 sehingga 2017, Opel dimiliki oleh pembuat kenderaan Amerika General Motors. Kenderaan Opel dijual di United Kingdom di bawah jenama Vauxhall.

Opel Automobile GmbH
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriAutomotif
Ditubuhkan21 Januari 1862; 162 tahun yang lalu (1862-01-21)[1]
PengasasAdam Opel
Ibu pejabatRüsselsheim am Main, Hesse, Jerman
Kawasan perkhidmatanAfrika
Asia
Eropah
Amerika Selatan[2](pp. 40, 41)
Tokoh penting
  • Michael Lohscheller (CEO)
KeluaranAutomobil
Kenderaan komersial
Hasil pengeluaran 1.2 juta kenderaan (2016)[3]
Hasil $18.7 bilion (2016)[4]
PemilikStellantis Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan37,000 (2017)[3]
Syarikat indukGeneral Motors (1929–2017)
Groupe PSA (2017–present)[1]
PembahagianOpel Performance Center[5]
Anak syarikatOpel Eisenach
Opel Special Vehicles[6](Exhibit 21)
Vauxhall
Tapak webopel.com
Facebook: OpelDE Twitter: Opel Instagram: opelturkiye LinkedIn: opelautomobile Youtube: UCSr5PuKiJ5Zi00zfsiT-7jA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Opel menjejak akarnya kepada pengeluar mesin jahit yang diasaskan oleh Adam Opel pada tahun 1862 di Rüsselsheim am Main. Syarikat itu mula membuat basikal pada tahun 1886 dan menghasilkan kereta pertama pada tahun 1899. Selepas penyenaraian di pasaran saham pada tahun 1929, General Motors mengambil alih kepentingan utama dalam Opel dan kemudiannya penuh kawalan pada tahun 1931, mewujudkan pemerintahan Amerika ke atas pembuat kereta Jerman selama hampir 90 tahun.[1]

Pada Mac 2017, Groupe PSA bersetuju untuk membeli Opel dadi General Motors pada harga €2.2 bilion, menjadikan pembuat kereta Perancis sebagai kedua terbesar di Eropah, selepas Volkswagen.[7]

Opel beribupejabat di Rüsselsheim am Main, Hesse, Jerman. Syarikat ini merekabentuk, menjuruerakan, mengilang dan mengedarkan kenderaan penumpang, kenderaan komersial biasa dan bahagian kenderaan berjenama Opel bersama-sama dengan jenama kembar British Vauxhall di 50 negara di seluruh dunia.[8]

Rujukan

Pautan luar