General Motors

syarikat automotif multinasional Amerika Syarikat

General Motors Company, Inc., atau dikenali sebagai GM (General Motors Corporation sebelum tahun 2009), merupakan sebuah syarikat automotif multinasional Amerika Syarikat. Ibu pejabat General Motors terletak di Detroit, Michigan, dan merupakan salah sebuah pengeluar kereta yang terbesar di dunia dengan jualan unit kenderaan,[2] mengupah 202,000 orang,[3] dan menjalankan perniagaan di 157 negara. General Motors dibahagikan kepada lima segmen perniagaan: GM North America (GMNA), GM Europe (GME), GM International Operations (GMIO), GM South America (GMSA), and GM Financial.

General Motors
Nama dahuluGeneral Motors Corporation
Jenis/bentuk sahCommercial organization, automobile manufacturer, syarikat awam, syarikat penerbitan Sunting ini di Wikidata
ISINUS37045V1008
IndustriIndustri automotif Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan16 September 1908 Sunting ini di Wikidata
PengasasCharles Stewart Mott
William Crapo Durant Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatDetroit Sunting ini di Wikidata, Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh penting
Keluaran
  • Automobiles
  • Performance vehicles
  • Luxury vehicles
  • Commercial vehicles
  • Military vehicles
  • Automobile parts
Hasil pengeluaran 5,939,000 vehicles (sales, 2022)[1]
Perkhidmatan
  • Automotive finance
  • Vehicle leasing
  • Vehicle service
Hasil US$156.74 billion (2022)[1]
Pendapatan kendalian US$10.32 billion (2022)[1]
Pendapatan bersih US$9.71 billion (2022)[1]
Modal48,062,172,304 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$264.04 billion (2022)[1]
Jumlah ekuiti US$71.93 billion (2022)[1]
Bilangan kakitangan167,000 (December 2022)[1]
PembahagianBuick, GMC, Chevrolet, Cadillac, Pontiac, Oldsmobile Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatHolden, Vauxhall Motors, GM Financial, GM Daewoo, General Motors of Canada, GM Global Technology Operations, General Motors do Brasil, General Motors India Private Limited, OnStar, General Motors, Baojun, ACDelco, UzAuto Motors, Geo, Cruise, General Motors de Chile, General Motors of Argentina, General Motors de México, General Motors Europe, General Motors OBB, General Motors Colmotores, Marquette, General Motors China, General Motors (China) Investment, GM Defense, General Motors Specialty Vehicles, GM Certified Service, General Motors Japan, Cadillac Europe, Saturn Corporation, GM Uzbekistan, General Aviation Corp., Yellow Coach Manufacturing Company Sunting ini di Wikidata
Tapak webgm.com
Facebook: generalmotors Twitter: GM Instagram: generalmotors Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki/rujukan
[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

General Motors menghasilkan kereta dan trak di 37 negara, dan menjual kenderaan mereka melalui jenama berikut: Chevrolet, Buick, GMC, Cadillac, Baojun, Holden, Isuzu, Jie Fang, Opel, Vauxhall, and Wuling.[4]

GM beroperasi di kebanyakan negara di luar Amerika Syarikat melalui anak-anak syarikat mereka, tetapi di China, melalui 10 syarikat usahasama.

Anak syarikat GM, OnStar, menyediakan perkhidmatan keselamatan dan maklumat kenderaan.

Sejarah

Barisan pemasangan kereta General Motors GMT800.

General Motors bermula pada 27 September 1908 di Flint, Michigan diketuai oleh William C Durant. Pada tahun 1909 Durant membawa masuk Cadillac, Elmore, Oakland dan beberapa orang lain. Pada tahun 1909, General Motors menguasai Reliance Motor Truck Company Owosso, Michigan. Durant hilang kawalan terhadap GM pada tahun 1910 disebabkan hutang. Durant memulakan syarikat Chevrolet dan membeli kepentingan GM secara rahsia.

GM mempunyai seramai 266,000 pekerja di seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Pada 2007, 9.35 Juta buah kereta dan trak dihasilkan di 19 negara. GM juga pemegang saham majoriti dalam GM Daewoo & Technology Co. Korea Selatan membuat pembelian dengan Suzuki Motor Corp dan Isuzu Motor Bhd Jepun. Selain itu, kerjasama teknologi dengan Toyota Corporation dan BMW AG Jerman. Selain itu menjalin kerjasama dengan Toyota, Suzuki, Industri Automotif Shanghai, China, AvtoVAZ Rusia, Renault SA Perancis dan terbaru dengan UzAvtosanoa Uzbekistan. GM juga menjalin kerjasama dengan Fiat dan syarikat Ford Motor.

GM mencari bantuan daripada kerajaan Eropah pada 2009 bagi mendapatkan bantuan wang tunai.

Lembaga pengarah

Ahli-ahli lembaga pengarah General Motors ialah: Percy Barnevik, Erskine Bowles, John Bryan, Melissa Armando Codina, Erroll Davis, George Fisher, Mark Guildenstern, Karen Katen, Kent Kresa, Philip Laskawy, Kathryn V Marinello, dan Eckhard Pfeiffer.

GroupNumber of Employees as of September 2008[5]
GMAP (GM Asia-Pacific)35,000
GME (GM Europe)56,000
GM LAAM (GM Latin America, Africa and the Middle East)36,000
GMNA (GM North America)123,000
GMAC (GM Acceptance Corporation - finance and insurance services)
SPO (Service, Parts and Operations)
Other operations2,000
Total number of employees252,000

Perbezaan jenama

Pada 1958, perbezaan jenama GM bermula berikutan penggunaan engin yang berbeza.Antaranya ialah Chevrolets dan PontiacsChevrolet Impala dan Pontiac Bonneville,Oldsmobile dan Buick


Kereta elektrik

Plug-in hybrid Chevrolet Volt.
Chevrolet Tahoe Hybrid 2009.

Pada 1990, GM memperkenalkan kereta konsep di Los Angeles Auto Show. Pada 2003 GM memutuskan berhenti pengeluaran kereta elektrik itu. Semua EV1 dimusnahkan atau dihantar ke muzium atau ke universiti.

GM abad ke-21

Ekoran September 11, 2001 pasaran saham semakin teruk. Pada 2004, GM mengalihkan kepada trak ringan dan SUVs .Pada 2005, GM mengumumkan lambang krom korporat "Mark" dan dijual di Amerika Utara.

Pada 2008, harga gas meningkat dan menyebabkan 30% jualan SUV turun.Jualan SUV merosot semenjak 2004.Pada Oktober 2008 sahamnya jatuh 76% dan merancang bergabung dengan Chrysler.Pada 23 Disember, 2008 di Janesville, Wisconsin mengeluarkan Chevrolet Tahoe , GMC Yukon, dan Morain.

Kejayaan GM di China

General Motors mengeluarkan kereta jenama Buick Excelle subkompak. Cadillac memulakan jualan di China pada 2004.Kilang Shanghai GM, usahasama antara syarikat China SAIC dan General Motors, bermula pada Mac 25, 1997. Automobil SAIC-GM-Wuling mengeluarkan trak dan van di bawah jenama Wuling.GM merancang mewujudkan kemudahan penyelidikan di Shanghai dengan kos $250m bagi membangunkan kereta hibrid dan kereta-kereta tenaga alternatif.


Kemelesetan ekonomi global 2008-2009

Pada Disember 12, 2008, General Motors menyatakan bahawa ialah hampir tiada wang, dan mungkin lumpuh pada 2009.Pada Disember 18, 2008, Presiden Bush mengumumkan alternatif kepada General Motors dan Cerberus milik Chrysler LLC. Pada Disember 19, 2008, Presiden Bush meluluskan rancangan ikat jamin dengan memberi General Motors dan Chrysler bantuan berjumlah $13.4 bilion.

Sebagai Februari 2009, anak syarikat Saab mendaftarkan tuntutan perlindungan kebankrapan di Sweden.

Pada March 29, 2009, Pengerusi GM dan CEO, Rick bersetuju meletakkan jawatan sebagai memenuhi inisiatif Obama untuk penyusunan semula automotif.

Pada Mac 30, 2009, Presiden Barack Obama menyatakan GM dan Chrysler berhadapan dengan masalah bangkrap jika tidak segera dibantu. Pada March 31, 2009, Presiden Barack Obama memberi GM, 60 hari tambahan bagi menstruktur semula syarikat.

CEO GM yang baru ialah Fritz Henderson . Pada April 22, 2009 Pada April 24, 2009, GM mengumumkan bahawa mereka 'berperang' bagi mengeluarkan kereta jenama Pontiac . Antaranya ialah Buick, Cadillac, Chevrolet dan GMC.

Pada 1 Jun 2009, GM mendaftarkan tuntutan Kebankrapan Bab 11 .Pemfailan ketiga terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat selepas Lehman Brothers dan Worldcom.


Rekod alam sekitar

Pada 1999, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mengutip sisa buangan berjumlah 18,000 m3 keladak tercemar daripada tapak kilang General Motors di Massena, New York. Pada September 2006, negeri California menfailkan tuduhan terhadap General Motors, Chrysler, Nissan, Toyota, Honda dan Ford berhubung masalah pencemaran alam sekitar. Syarikat-syarikat itu dituduh mengeluarkan kereta yang mengeluarkan hampir 20% karbon di Amerika Syarikat dan 30% karbon di California.

GM Burhand

Pelan penstrukturan

PlantsLocationClosingRole# Employees
Doraville AssemblyGeorgiaSeptember 26 2008Minivans (Buick, Pontiac, Chevrolet, Saturn)?
Moraine AssemblyOhioDecember 23 2008Mid-size SUV assembly4,165
Oklahoma City AssemblyOklahomaFebruary 20 2006Mid-size trucks and SUV assembly2,734
Lansing Craft CentreMichiganMarch 17 2006Chevrolet SSR roadster assembly398
Janesville AssemblyWisconsinDecember 23 2008Full Size SUV Assembly2,800
Lansing Metal CenterMichigan2006Metal fabricating1,398
Portland Distribution CenterOregon2006Parts distribution95
Saint Louis Distribution CenterMissouri2006Parts distribution182
Pittsburgh MetalPennsylvania2007Metal fabricating613
Willow Run TransmissionMichigan2007Transmission Parts processing278
Flint North 3800Michigan2008Engines2,677
Massena Castings Plant 250New York2008Foam500
Muncie Transmission PlantMuncie, IN2004Transmissions?

Rujukan

Pautan luar