Pandemik COVID-19 di Arab Saudi

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Arab Saudi pada 2 Mac 2020. Setakat kini, Arab Saudi mempunyai kira-kira hampir 354 ribu kes, menjadikan Arab Saudi sebagai negara dengan kes COVID-19 terbanyak dalam kalangan negara Teluk Arab.

Pandemik COVID-19 di Arab Saudi
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiArab Saudi
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan2 Mac 2020
Kes yang disahkan354,527[1]
Sembuh341,956[1]
Kematian
5,729[1]
Laman web rasmi
(Inggeris) Kementerian Kesihatan

Garis masa

COVID-19 di Arab Saudi  ()
     # kematian        Sembuh        Kes aktif
Tarikh
# kes
2020-03-021(n.a.)
2020-03-03
2020-03-042(+100%)
2020-03-05
5(+150%)
2020-03-06
2020-03-07
7(+40%)
2020-03-08
11(+57%)
2020-03-09
15(+36%)
2020-03-10
20(+33%)
2020-03-11
45(+125%)
2020-03-12
62(+38%)
2020-03-13
86(+39%)
2020-03-14
103(+20%)
2020-03-15
118(+15%)
2020-03-16
133(+13%)
2020-03-17
171(+28%)
2020-03-18
238(+39%)
2020-03-19
274(+15%)
2020-03-20
344(+25%)
2020-03-21
392(+14%)
2020-03-22
511(+30%)
2020-03-23
562(+10%)
2020-03-24
767(+36%)
2020-03-25
900(+17%)
2020-03-26
1,012(+12%)
2020-03-27
1,104(+9.1%)
2020-03-28
1,203(+9%)
2020-03-29
1,299(+9.0%)
2020-03-30
1,453(+12%)
2020-03-31
1,563(+7.6%)
2020-04-01
1,720(+10%)
2020-04-02
1,885(+9.6%)
2020-04-03
2,039(+8.2%)
2020-04-04
2,179(+6.9%)
2020-04-05
2,385(+9.5%)
2020-04-06
2,523(+5.7%)
2020-04-07
2,795(+11%)
2020-04-08
2,932(+4.9%)
2020-04-09
3,287(+12%)
2020-04-10
3,651(+11%)
2020-04-11
4,033(+10%)
2020-04-12
4,462(+11%)
2020-04-13
4,934(+11%)
2020-04-14
5,369(+8.8%)
2020-04-15
5,862(+9.1%)
2020-04-16
6,380(+8.8%)
2020-04-17
7,142(+12%)
2020-04-18
8,274(+16%)
2020-04-19
9,362(+13%)
2020-04-20
10,484(+16%)
2020-04-21
11,631(+11%)
2020-04-22
12,772(+9.8%)
2020-04-23
13,930(+9.0%)
2020-04-24
15,102(+8.4%)
2020-04-25
16,299(+7.9%)
2020-04-26
17,552(+7.3%)
2020-04-27
18,811(+7.4%)
2020-04-28
20,077(+6.7%)
2020-04-29
21,402(+6.6%)
2020-04-30
22,753(+6.3%)
2020-05-01
24,097(+5.9%)
2020-05-02
25,459(+5.7%)
2020-05-03
27,011(+6.1%)
2020-05-04
28,656(+6.1%)
2020-05-05
30,251(+5.6%)
2020-05-06
31,938(+5.6%)
2020-05-07
33,731(+5.3%)
2020-05-08
35,432(+5.0%)
2020-05-09
37,136(+4.8%)
2020-05-10
39,048(+5.1%)
2020-05-11
41,014(+5.0%)
2020-05-12
42,925(+4.7%)
2020-05-13
44,830(+4.4%)
2020-05-14
46,869(+4.5%)
2020-05-15
49,176(+4.9%)
2020-05-16
52,016(+5.8%)
2020-05-17
54,752(+5.3%)
2020-05-18
57,345(+4.7%)
2020-05-19
59,854(+4.3%)
2020-05-20
62,545(+4.5%)
2020-05-21
65,077(+4.0%)
2020-05-22
67,719(+4.1%)
2020-05-23
70,161(+3.6%)
2020-05-24
72,560(+3.4%)
2020-05-25
74,765(+3.0%)
2020-05-26
76,726(+2.6%)
2020-05-27
78,541(+2.4%)
2020-05-28
80,185(+2.1%)
2020-05-29
81,766(+2.0%)
2020-05-30
83,384(+2.0%)
2020-05-31
85,261(+2.3%)
2020-06-01
87,142(+2.2%)
2020-06-02
89,011(+2.1%)
2020-06-03
91,182(+2.4%)
2020-06-04
93,157(+2.2%)
2020-06-05
95,748(+2.8%)
2020-06-06
98,869(+3.3%)
2020-06-07
101,914(+3.1%)
2020-06-08
105,283(+3.2%)
2020-06-09
108,571(+3.1%)
2020-06-10
112,288(+3.3%)
2020-06-11
116,021(+3.3%)
2020-06-12
119,942(+3.4%)
2020-06-13
123,308(+2.8%)
2020-06-14
127,541(+3.4%)
2020-06-15
132,048(+3.5%)
2020-06-16
136,315(+3.2%)
2020-06-17
141,234(+3.6%)
2020-06-18
145,991(+3.4%)
2020-06-19
150,292(+2.9%)
2020-06-20
154,233(+2.6%)
2020-06-21
157,612(+2.2%)
2020-06-22
161,005(+2.2%)
2020-06-23
164,144(+1.9%)
2020-06-24
167,267(+1.9%)
2020-06-25
170,069(+2.0%)
2020-06-26
174,577(+2.3%)
2020-06-27
178,504(+2.2%)
2020-06-28
182,493(+2.2%)
2020-06-29
186,436(+2.2%)
2020-06-30
190,823(+2.4%)
2020-07-01
194,225(+1.8%)
2020-07-02
197,608(+1.7%)
2020-07-03
201,801(+2.1%)
2020-07-04
205,929(+2.0%)
2020-07-05
209,509(+1.7%)
Rujukan: [2][3][4][5][6]


Februari 2020

Pada 27 Februari 2020, Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan untuk individu dan pelancong yang ingin menunaikan Umrah di Mekah atau melawat Masjid Nabawi di Madinah. Peraturan ini juga diperluaskan kepada pengunjung yang melancong dari negara-negara di mana SARS-CoV-2 menimbulkan risiko.[7]

Pada 28 Februari, Menteri Luar Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke Mekah dan Madinah. Warga GCC yang telah berada di Arab Saudi selama lebih dari 14 hari berterusan dan tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 akan dikecualikan daripada peraturan ini.[7]

Mac 2020

Arab Saudi mengesahkan kes pertama pada 2 Mac, sebuah warga Arab yang kembali dari Iran melalui Bahrain.[8] Pada 5 Mac, Arab Saudi mengumumkan langkah berjaga-jaga berikutan Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi, termasuk penutupan sementara harian di Masjid al-Haram untuk tujuan pembersihan.[9] Pada 17 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi mengarahkan perintah untuk menghentikan solat berjemaah di semua masjid di Arab Saudi kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.[10] Pada 20 Mac, kawasan dataran kedua-dua masjid suci tersebut telah ditutup kepada orang awam bagi tujuan solat berjemaah serta solat Jumaat.[11] Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten mengarahkan umat Islam untuk menangguhkan persediaan haji dan umrah sementara melihat kepada perkembangan pandemik negara, dengan mengambil kira keselamatan golongan Muslim secara amnya.[12]

Pihak Arab Saudi mencatatkan kematian pertama akibat pandemik ini pada 24 Mac yang melibatkan seorang ekspatriat dari Afghanistan.[13]

Kesan dan tindakan

Pendidikan

Kementerian Pendidikan pada 8 Mac mengumumkan bahawa semua sekolah dan universiti akan ditutup dari 9 Mac untuk mengekang wabak yang tersebar.[14]

Pengangkutan dan pelancongan

Pada 6 Februari, pihak Arab Saudi mula mengeluarkan larangan perjalanan ke China kepada penduduk negara.[15] Kementerian Dalam Negeri pada 14 Mac mengumumkan bahawa semua penerbangan antarabangsa ke Arab Saudi melainkan perkara-perkara istimewa selama dua minggu mulai hari keesokannya.[16] Pada 20 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi menghentikan semua penerbangan dan pengangkutan rel domestik bermula pada hari keesokannya.[17]

Perintah berkurung

Pada 8 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi mengumumkan larangan keluar masuk di Qatif kecuali penduduk Qatif memandangkan semua kes yang disahkan pada masa itu berasal dari Qatif.[18] Pada 29 Mac, pihak Arab Saudi menjalankan perintah berkurung di wilayah Jeddah bermula 3 petang (waktu tempatan) pada hari itu, serta menghalang laluan keluar masuk wilayah Jeddah.[19] Kawasan Makkah dan Madinah dikenakan perintah berkurung sepanjang masa dari 2 April.[20]

Pada 23 Mac, Raja Salman, ketua negara Arab Saudi mengeluarkan arahan perintah berkurung di seluruh negara selama 21 hari dari 7 malam hingga 6 pagi, dengan semua rakyat mesti duduk di rumah masing-masing melainkan pekerja-pekerja sektor kritikal.[21]

Sukan

Pada 7 Mac, pihak Kementerian Sukan mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan dianjurkan secara tertutup.[22][23] Selain itu, pihak kementerian juga mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Saudi 2020 yang sepatutnya diadakan pada 23 Mac hingga 1 April akan ditunda.[24]

Pada 14 Mac, pihak kementerian mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan ditunda, dan semua stadium, pusat sukan dan gimnasium akan ditutup.[25]

Lain-lain

Pada Mac 14, Kementerian Hal-Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar mengumumkan penutupan semua taman hiburan serta kawasan hiburan dalam pusat beli-belah, dan semua restoran akan dijalankan proses pensterilan dan pengudaraan. Semua aktiviti sosial, termasuk majlis pengebumian dan perkahwinan akan diharamkan.[26] Pada hari berikutnya, kementerian itu mengumumkan semua pusat beli-belah, restoran dan taman awam kecuali farmasi dan pasar raya.[27]

Ramadan, Umrah dan Haji

Sekatan ibadah

Sejak pertengahan Mac 2020, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik[28] bagi memerangi penularan COVID-19 dengan menggantung pelaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram. Pada bulan Ramadan, Arab Saudi turut menggantung sembahyang tarawih di kedua-dua masjid suci tersebut[29]. Solat tarawih diadakan tanpa jemaah awam[29][30], tetapi hanya akan membabitkan kakitangan masjid berkenaan sahaja[29]. Ibadah iktikaf turut dibatalkan[29].

Kebanaran haji terhad

Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai 2020[31], dengan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat. Ibadah haji dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik. Keputusan mengecualikan jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi adalah yang pertama dalam sejarah moden kerajaan

Liga Dunia Islam yang berpusat di Arab Saudi dan Pertubuhan Kerjasama Islam turut menyokong langkah Arab Saudi untuk kesihatan dan keselamatan jemaah[31].

Dibuka untuk umrah

Pada Oktober 2020, Masjid al-Haram kembali dibuka[32] dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober 2020. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjid al-Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjid al-Haram. Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjid al-Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah. Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos 2020 turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjid al-Haram.

Yang Dipertua Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi juga mengumumkan bahawa jemaah juga dibenarkan untuk menziarahi Raudhah yang terletak dalam Masjid Nabawi[32].

Statistik

Graf

Rujukan