Makkah

(Dilencongkan dari Mekah)

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73 km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah.

Makkah
Makkah al-Mukarramah
مكة المكرمة
Masjidil Haram, pusat Mekah
Masjidil Haram, pusat Mekah
Lokasi Makkah dalam Arab Saudi
Lokasi Makkah dalam Arab Saudi
WilayahMakkah
Pentadbiran
 • Datuk BandarUsama Al-Barr
Penduduk
 (2004)
 • Jumlah1,294,168
Zon waktuUTC+3

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira tempat mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Orang bukan Islam dilarang daripada memasuki Makkah.[1] Sekatan jalan raya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.

Sejarah Makkah

Catatan Islam (Sejarah Makkah)

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim AS menerima perintah daripada Allah SWT supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail AS dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Ismail yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Ismail yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah, maka air keluar daripada tanah yang dihentak Ismail tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Ibrahim melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi.

Setelah Nabi Ibrahim lulus dugaan menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail, maka Allah menghadiahkan kepada Ibrahim dan Ismail perintah untuk membina Kaabah.

Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci didalam Islam

Pada tahun kelahiran Muhammad, Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah, tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.

Zaman Nabi Muhammad SAW

Makkah juga merupakan tanah kelahiran Muhammad. Muhammad hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Muhammad tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim.

Satu hari sewaktu Muhammad yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah. Wahyu itu memerintahkan supaya Muhammad menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Muhammad menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Muhammad kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

Demografi

Makkah terletak pada ketinggian 277 meter (910 kaki) daripada aras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjidil Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid terdapatnya kawasan bandar lama. Jalan-jalan utama di situ adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan juga diluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. Bandar raya ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fardu haji menetap.[2]

Pengangkutan

Kemudahan pengangkutan berkaitan dengan Haji atau Umrah (haji kecil) merupakan perkhidmatan utama yang boleh didapati. Makkah tidak mempunyai lapangan terbang atau perkhidmatan landasan. Jalan-jalan berturap dan lebuh raya moden di Makkah menghubungkannya dengan bandar raya lain di Arab Saudi. Kebanyakan jemaah haji mengakses bandar ini melalui terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz atau Pelabuhan Islam Jeddah yang kedua-duanya terletak di Jeddah.

Geografi

Makkah seperti yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa

Kota Makkah terletak 600 km dari kota Madinah dan lebih 200 km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F).

Iklim

Data iklim untuk Makkah
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)37.0
(98.6)
38.3
(100.9)
42.0
(107.6)
44.7
(112.5)
49.4
(120.9)
49.4
(120.9)
49.8
(121.6)
49.6
(121.3)
49.4
(120.9)
46.8
(116.2)
40.8
(105.4)
37.8
(100.0)
49.8
(121.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)30.2
(86.4)
31.4
(88.5)
34.6
(94.3)
38.5
(101.3)
41.9
(107.4)
43.7
(110.7)
42.8
(109.0)
42.7
(108.9)
42.7
(108.9)
39.9
(103.8)
35.0
(95.0)
31.8
(89.2)
37.9
(100.3)
Purata suhu harian, °C (°F)23.9
(75.0)
24.5
(76.1)
27.2
(81.0)
30.8
(87.4)
34.3
(93.7)
35.7
(96.3)
35.8
(96.4)
35.6
(96.1)
35.0
(95.0)
32.1
(89.8)
28.3
(82.9)
25.5
(77.9)
30.7
(87.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)18.6
(65.5)
18.9
(66.0)
21.0
(69.8)
24.3
(75.7)
27.5
(81.5)
28.3
(82.9)
29.0
(84.2)
29.3
(84.7)
28.8
(83.8)
25.8
(78.4)
22.9
(73.2)
20.2
(68.4)
24.6
(76.2)
Rekod rendah suhu, °C (°F)11.0
(51.8)
10.0
(50.0)
13.0
(55.4)
15.6
(60.1)
20.3
(68.5)
22.0
(71.6)
23.4
(74.1)
23.4
(74.1)
22.0
(71.6)
18.0
(64.4)
16.4
(61.5)
12.4
(54.3)
10.0
(50.0)
Purata curahan hujan, mm (inci)20.6
(0.81)
1.4
(0.06)
6.2
(0.24)
11.6
(0.46)
0.6
(0.02)
0.0
(0.0)
1.5
(0.06)
5.6
(0.22)
5.3
(0.21)
14.2
(0.56)
21.7
(0.85)
21.4
(0.84)
110.1
(4.33)
Purata bilangan hari kerpasan4.10.92.01.90.70.00.21.62.31.93.93.623.1
Purata kelembapan relatif (%)58544843363334394550585946
Sumber: [3]

Kepentingan dalam Islam

Nabi Muhammad

Seorang jemaah haji berdoa di Masjidil Haram, Makkah

Muhammad ialah rasul terakhir umat Islam dan dilahirkan pada tahun 570 Masihi di Makkah. Semasa baginda berusia 40 tahun, baginda menerima wahyu daripada Allah menerusi Malaikat Jibril di sebuah gua bernama Gua Hira di Jabal al-Nur (Bukit Cahaya). Pada tahun 622 Masihi, baginda berhijrah ke Yathrib (sekarang Madinah) selepas Perjanjian Aqabah Kedua dan kini Madinah juga menjadi kota suci Islam kedua.

Haji

Kaabah di Masjidil Haram

Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno