Parit

Parit adalah sebuah jenis penggalian atau tekanan di tanah yang umumnya lebih dalam berbanding lebarnya (berlawanan dengan lombong yang lebih lebar, atau selokan), dan sempit dibandingkan dengan panjangnya (berlawanan dengan lubang sederhana).[1]

Parit

Dalam geologi, parit tercipta akibat hakisan dari sungai atau gerakan geologi dari plat tektonik. Dalam bidang kejuruteraan awam, parit sering kali diciptakan untuk memasang infrastruktur atau peralatan bawah tanah (seperti saluran-saluran gas dan air, atau kabel telefon) atau kemudian untuk mengakses pemasangan tersebut. Parit juga sering dipakai untuk tujuan pertahanan ketenteraan. Dalam bidang arkeologi, "kaedah parit" atau "metode parit" (trench method) dipakai untuk mencari dan menggali sebarang runtuhan kuno atau menggali strata material termendap.

Rujukan

Pautan luar