Parti Konservatif (Norway)

Parti Høyre (Parti Konservatif, secara harfiah "Kanan") ialah parti politik pertengahan kanan terbesar di Norway. Ketuanya ketika ini (sejak 2004) ialah Erna Solberg. Sejak 1920-an, parti ini secara konsisten merupakan parti kedua terbesar di Norway, namun diatasi perkembangan Parti Kemajuan pada akhir 1990-an dan 2000-an. Pada 2005, parti ini mendapat keputusan terburuknya dalam pilihan raya, namun telah naik kembali sejak pilihan raya 2009 dan akhir0akhir ini kembali menjadi parti kedua atau ketiga terbesar menurut tinjauan pendapat.[9] Dalam pilihan raya umum pada September 2013, para pengundi mengakhiri pemerintahan lapan tahun Parti Buruh. Satu campuran politik, antara Parti Konservatif dan Parti Kemajuan anti-imigrasi populis, berjaya terpilih selepas menjanjikan potongan cukai, perkhidmatan lebih baik dan peraturan imegresen lebih ketat. Perubahan ini berlaku job Opportunity ketika ekonomi Norway dalam keadaan bagus dengan pengangguran rendah. Ketua parti ini Erna Solberg dijangka membentuk kerajaan tidak lama lagi, menggantikan kerajaan PM Jens Stoltenberg. Solberg berkata kemenangannya merupakan "kemenangan pilihan raya bersejarah bagi parti berhaluan kanan".[10]

Parti Konservatif
PemimpinErna Solberg
Ketua parlimenErna Solberg
Ditubuhkan1884
Ibu pejabatOslo
Sayap beliaKonservatif Muda Norway
Keanggotaan~100,000 (puncak, 1980-an)
28,000 (2011)[1]
IdeologiKonservatisme,[2][3]
Konservatisme liberal,[4][5]
Pro-Eropanisme[6]
Kedudukan politikPertengahan kanan
Penggabungan EropahParti Rakyat Eropah (Sekutu)
Penggabungan antarabangsaKesatuan Demokrat Antarabangsa
Warnabiru
Slogan"Nye ideer, bedre løsninger" (New ideas, better solutions)
Parlimen
48 / 169
Majlis Kawasan[7]
210 / 728
Majlis Bandar[8]
2,349 / 10,781
Parlimen Sami
1 / 39
Laman sesawang
www.hoyre.no
Politik Norway
Parti politik
Pilihan raya

Diasaskan pada 1884, Parti Konservatif ialah parti politik kedua tertua di Norway, selepas Parti Liberal.

Prestasi pilihan raya

Pilihan raya parlimen Norway 2013 berakhir dengan kemenangan empat parti berhaluan kanan pembangkang, mendapat 96 daripada 169 kerusi (85 diperlukan bagi majoriti). Pertambahan terbanyak ialah oleh Parti Konservatif,[11] yang mendapat 26.9% undi. Parti Buruh bagaimanapun kekal parti terbesar di parlimen dengan 30.8% undi popular. Mengikut resam kerajaan Buruh Stoltenberg akan menyerahkan kuasa kepada Solberg pada Oktober.[10]

Rujukan

Pautan luar