Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan

parti politik di Myanmar

Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (Bahasa Burma: ပြည်ထောင်စုကြံ့ခိုင်ရေးနှင့်ဖွံ့ဖြိုးရေးပါတီ merupakan sebuah parti politik Myanmar. Parti ini didaftarkan pada 8 Jun 2010 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan dan kini berdiri sebagai parti pembangkang terbesar dalam Perhimpunan Kesatuan. Parti ini juga adalah penerus bagi pertubuhan massa junta tentera yang dahulunya berkuasa, Persatuan Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan. Parti ini diketuai oleh Presiden Thein Sein hingga 2013, dan markasnya berada di Perbandaran Dekkhinathiri Naypyidaw.[7] Ia terkenal kerana mempunyai hubungan rapat dengan tentera dan juga, kebanyakan pegawai parti itu merupakan bekas anggota tentera.[8][9][10]

Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan
Bahasa Burma: ပြည်ထောင်စုကြံ့ခိုင်ရေးနှင့်ဖွံ့ဖြိုးရေးပါတီ
PengerusiThein Sein
Setiausaha agungThet Naing Win
JurucakapNandar Hla Myint
Naib PengerusiMyat Hein, Khin Yi
Ditubuhkan2 Jun 2010 (2010-06-02)
Didahului olehPersatuan Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan
Ibu pejabatDekkhinathiri, Naypyidaw
IdeologiUltranasionalisme[1][2][3]
Konservatisme kebangsaan[4]
Konservatisme sosial[5]
Kedudukan politikHaluan kanan hingga kanan jauh[1][6]
WarnaHijau
Kerusi di dalam Amyotha Hluttaw
11 / 224
Kerusi di dalam Pyithu Hluttaw
30 / 440
Kerusi di dalam Hluttaws Negeri dan Wilayah
38 / 879
Menteri Hal Ehwal Etnik
0 / 29
Bendera parti
Laman sesawang
www.usdp.org.mm
Politik Myanmar
Parti politik
Pilihan raya

Kepimpinan

Pada 16 Oktober 2012, Thein Sein dipilih semula sebagai ketua Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) pada persidangan parti pertama USDP di Naypyidaw.[11] Ini bertentangan langsung dengan Perlembagaan Burma 2008, yang menyatakan[12]

Sekiranya Presiden atau Naib Presiden ialah ahli kepada parti politik, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam kegiatan partinya selama tempoh jawatan mereka sejak hari pemilihan mereka.

Setakat Oktober 2012, kepemimpinan USDP disusun semula untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang dianggotai oleh 44 orang, termasuk:[11]

  • Pengerusi: Thein Sein
  • Naib Pengerusi: Aye Myint
  • Naib Pengerusi: Shwe Mann
  • Naib Pengerusi: Htay Oo
  • Setiausaha Agung: Maung Maung Thein
  • Setiausaha Agung Bersama : Thein Zaw
  • Setiausaha: Khin Aung Myint
  • Setiausaha: Thein Swe
  • Setiausaha: Aung Ko

Kerana banyak kritikan atas peranannya yang dua kali ganda, Thein Sein menyerahkan jawatan ketua USDP kepada Shwe Mann pada 1 Mei 2013. [13]

Lihat juga

  • Senarai parti politik di Myanmar
  • Politik Myanmar

Rujukan

Pautan luar