Henti jantung

(Dilencongkan dari Pegun jantung)

Pegun jantung atau henti jantung ialah keadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan jantung dan tekanan darah.[11] Tanda-tandanya ialah hilang kesedaran dan pernafasan yang ganjil atau terhenti.[1] Sesetengah individu boleh mengalami sakit dada, sesak nafas, atau loya sebelum berlakunya pegun jantung.[2] Jika ia tidak dirawat dengan serta-merta, ia boleh menyebabkan kematian.[12]

Pegun jantung
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Henti jantung, pegun kardiopulminari, jantung terhenti, jantung berhenti, pegun peredaran darah, pegun kardium, pegun kardiak, pegun kadium mengejut (SCA), kematian kardium mengejut (SCD)[1]
RKP dilakukan semasa jantung berhenti.
PengkhususanKardiologi, perubatan kecemasan
GejalaHilang kesedaran, pernafasan ganjil atau tiada[1][2]
Permulaan biasa
Lanjut usia[3]
PuncaPenyakit arteri koronari, penyakit jantung kongenital, kehilangan darah yang banyak, kekurangan oksigen, kekurangan kalium yang banyak, kegagalan jantung[4]
Nadi tiada[1]
PencegahanJangan merokok, kekal cergas, mengawal berat badan yang sihat[5]
RawatanResusitasi kardiopulmonari (CPR), defibrilasi[6]
PrognosisKadar penakatan ~ 10% (luar hospital) 25% (dalam hospital)[7][8]
Kekerapan13 bagi setiap 10,000 orang setahun (luar hospital di AS)[9]
Kematian> 425,000 per year (U.S.)[10]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebab yang biasa berlakunya pegun jantung ialah penyakit jantung koronari.[4] Sebab-sebab lain ialah kehilangan darah, kekurangan oksigen, kekurangan kalium, kegagalan jantung, dan senaman yang melampau.[4] Masalah keturunan juga boleh meningkatkan risikonya seperti sindrom QT panjang. Denyutan awal jantung biasanya ialah pemfibrilan ventrikel.[4] Diagnosis ini disahkan apabila tiada nadi.[1] Biarpun pegun jantung boleh disebabkan oleh serangan jantung atau kegagalan jantung, ia bukan perkara yang sama.[12]

Langkah pencegahan termasuklah tidak merokok, mengamalkan gaya hidup yang cergas, dan engekalkan berat badan yang sihat.[5] Rawatan untuk pegun jantung termasuklah pemulihan kardiopulmonari segera (CPR) dan, seandainya perenjat denyutan ada, defibrilasi.[6] Dalam kalangan penakat dan penyintas, pengawalan suhu bersasar boleh mengelokan pemulihan.[13][14] Sebuah implan defibrilator kardioversi boleh diletakkan untuk merendahkan peluang untuk mati akibat keterjadiannya.[5]

In the United States, approximately 535,000 cases occur a year. About 13 per 10,000 people (326,000 or 61%) experience cardiac arrest outside of a hospital setting, while 209,000 (39%) occur within a hospital.[9] Cardiac arrest becomes more common with age. It affects males more often than females.[3] The percentage of people who survive with treatment is about 8%. Many who survive have significant disability. However, many American television programs have portrayed unrealistically high survival rates of 67%.[7]

Tanda dan gejala

Pegun jantung tidak memberikan gejala amaran dalam 50 peratus individu.[15] Mereka yang ada gejala akan mengalami gejala yang tidak khusus, seperti sesak dada, keletihan, pitam, pening, sesak nafas, lesu dan muntah yang baharu atau melarat.[16][17] Apabila jantung terhenti, petanda yang paling jelas pegun jantung ialah ketiadaan nadi yang dapat dirasa pada mangsa. Dan, akibat kehilangan pengaliran darah ke otak (perfusi serebrum), mangsa akan hilang kesedaran secara mendadak dan berhenti bernafas. Kriteria utama untuk mendiagnosis pegun jantung ialah kekurangan peredaran darah, lain daripada pegun pernafasan walaupun mempunyai ciri-ciri yang serupa; namun, ada beberapa kaedah untuk menentukannya. 10 - 20 peratus individu penakat pegun jantung melaporkannya sebagai pengalaman nyaris-maut.[18]

Sesetengah tindakan segera dapat memulihkan jantung terhenti, tetapi jika tindakan tersebut langsung tidak dilakukan maut akan susuli.[19] Dalam sesetengah kes, pegun jantung ialah akibat yang dijangka dalam penyakit serius melibatkan maut.[20]

Rujukan