Bahagian pentadbiran di Taiwan

Pembahagian pentadbiran di Taiwan

Pentadbiran Taiwan (Republik China) terdiri daripada termasuk Pulau Taiwan dan pulau-pulau sekitar, serta Kepulauan Penghu. Bermula dari zaman penjajahan Belanda dan Sepanyol, ketika Sepanyol pernah mendirikan tiga wilayah di utara Taiwan. Seiring dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan Republik China, kini, pentadbiran Taiwan terbahagi kepada satu wilayah (iaitu Wilayah Taiwan) dan enam bandar raya tadbiran langsung (Taipei, Taipei Baru, Taoyuan, Taichung, Tainan, Kaohsiung). Wilayah Taiwan pula terbahagi lagi kepada 11 jajahan dan tiga bandar raya.[1]

Selain daripada pulau Taiwan, Kepulauan Matsu, Kinmen dan Wuqiu yang berhampiran dengan Tanah Besar China, juga terletak di bawah bidang kuasa pemerintahan Republik China. Pulau-pulau tersebut tidak terletak di bawah "Wilayah Taiwan", tetapi sebaliknya di bawah Wilayah Fujian. Republik China yang mentadbir Taiwan dan pulau-pulau tersebut sebenarnya juga secara teknikal menuntut Tanah Besar China (di bawah pentadbiran Republik Rakyat China) sebagai wilayahnya, dan hal ini disahkan oleh Konsensus 1992 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, di mana hanya wujud satu negara China di dunia, dan setiap pihak boleh mentafsir erti "satu negara China" ini mengikut definisi sendiri.[2] Negara Republik China ditubuhkan di Tanah Besar China pada tahun 1912, tetapi dilarikan ke Taiwan setelah Kuomintang kalah kepada Parti Komunis China yang menubuhkan Republik Rakyat China dalam Perang Saudara pada tahun 1949.

Bahagian-bahagian pentadbiran masa kini

Peta TaiwanNo.NamaBenderaLambangBahagianPusat pentadbiranKeluasan(km²)Bilangan penduduk
DaratanLaut
Kep. Matsu
Kinmen
Wuqiu
1
2
4
5
6
7
8
9
3
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Wilayah dan bandaraya tadbiran langsung
Wilayah Taiwan
臺灣省
3 bandaraya
11 jajahan
(Tiada)25110.003740837.03997,049,645
1Taipei
臺北市
12 daerahDaerah Xinyi271.799702,610,762
2Taipei Baru
新北市
29 daerahDaerah Banqiao2052.56672966.72654,029,205
3Taoyuan
桃園市
13 daerahDaerah Taoyuan1220.95401,130.23832,264,231
4Taichung
臺中市
29 daerahDaerah Xitun2214.89681,663.73942,816,779
5Tainan
臺南市
37 daerahDaerah Anping, Daerah Xinying2191.65312,592.73101,876,364
6Kaohsiung
高雄市
38 daerahDaerah Lingya, Daerah Fengshan2951.85242,726.83542,767,931
Jajahan dan bandaraya Wilayah Taiwan
7Bandaraya Keelung
基隆市
7 daerahDaerah Zhongzheng132.75893,585.4177368,020
8Bandaraya Hsinchu
新竹市
3 daerahDaerah Utara104.1526387.5623450,617
9Bandaraya Chiayi
嘉義市
2 daerahDaerah Timur60.02560266,442
10Jajahan Hsinchu
新竹縣
1 bandar
3 pekan
9 desa
Bandar Zhubei1427.5369333.9971569,199
11Jajahan Miaoli
苗栗縣
2 bandar
5 pekan
11 desa
Bandar Miaoli1820.31491,741.4762543,513
12Jajahan Changhua
彰化縣
2 bandar
6 pekan
18 desa
Bandar Changhua1074.39603,313.64811,267,988
13Jajahan Nantou
南投縣
1 bandar
4 pekan
8 desa
Bandar Nantou4106.43600491,743
14Jajahan Yunlin
雲林縣
1 bandar
5 pekan
14 desa
Bandar Douliu1290.83261,220.4274678,064
15Jajahan Chiayi
嘉義縣
2 bandar
2 pekan
14 desa
Bandar Taibao1903.6367336.1701500,316
16Jajahan Pingtung
屏東縣
1 bandar
3 pekan
29 desa
Bandar Pingtung2775.60035,771.4292814,210
17Jajahan Yilan
宜蘭縣
1 bandar
3 pekan
8 desa
Bandar Yilan2143.62512,145.3078453,452
     = Bandaraya tadbiran langsung (kerajaan pusat)

     = Bandaraya (tadbiran wilayah)

     = Jajahan (tadbiran wilayah)
18Jajahan Hualien
花蓮縣
1 bandar
2 pekan
10 desa
Bandar Hualien4628.57142,790.9131324,804
19Jajahan Taitung
臺東縣
1 bandar
2 pekan
13 desa
Bandar Taitung3515.252611,274.6894215,483
20Jajahan Penghu
澎湖縣
1 bandar
5 desa
Bandar Magong126.86417,936.0015105,794

Wilayah Taiwan dan bandaraya tadbiran langsung

Wilayah Taiwan (臺灣省) kini berada di bawah bidang kuasa Dewan Pentadbiran Republik China. Pada 20 Disember 1998, sejajar dengan pindaan perlembagaan Republik China yang melibatkan fungsi pentadbiran dan organisasi pemerintahan Wilayah Taiwan, tugas-tugas bekas pemerintahan wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat dan pemerintahan-pemerintahan peringkat bandar dan daerah. Pemerintahan wilayah telah berubah menjadi agensi kerajaan pusat; ia bukan lagi lembaga autonomi tempatan, tetapi telah menjadi wilayah nominal sahaja. Pada 1 Julai 2018, Dewan Pentadbiran mengumumkan pemansuhan fungsi-fungsi Kerajaan Wilayah Taiwan. Organisasi dan urusan pentadbiran wilayah yang selebihnya dipindahkan sepenuhnya ke Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Wilayah Taiwan pun dibubarkan. Kini, Wilayah Taiwan terbahagi kepada 11 jajahan dan 3 bandar raya.

Bandar raya tadbiran langsung (直轄市) ialah lembaga berautonomi tempatan yang tertakluk secara langsung di bawah Dewan Pentadbiran. Sesebuah kawasan yang mempunyai lebih 1.25 juta orang penduduk dan keperluan khas dari segi politik, ekonomi, budaya dan masyarakat, layak dijadikan bandaraya tadbiran langsung. Bandaraya tadbiran langsung dibahagikan kepada daerah-daerah "biasa" () dan daerah-daerah khas peribumi (直轄市山地原住民區). Setiap daerah terbahagi kepada kelurahan (), dan setiap kelurahan terbahagi kepada kejiranan ().

Kini, Taiwan mempunyai enam buah bandar tadbiran langsung, iaitu Taipei, Taipei Baru, Taoyuan, Taichung, Tainan, dan Kaohsiung.

Kepulauan Dongsha (Pratas), serta Pulau Taiping dan Terumbu Zhongzhou di Kepulauan Nansha (Spratly) terletak di bawah bidang kuasa Kelurahan Zhongxing, Daerah Qijin, Bandaraya Kaohsiung.

Jajahan dan bandar raya

Jajahan () dahulunya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Wilayah Taiwan, tetapi setelah penstrukturan semula dilakukan pada tahun 1998, kini ia terletak di bawah bidang kuasa salah satu daripada lima Pusat Perkhidmatan Bersama Setempat (區域聯合服務中心), ataupun pejabat pusat pelbagai kementerian dalam Dewan Pentadbiran, selaras dengan cara tadbir urus yang dijalankan. Jajahan terdiri daripada kawasan desa (), pekan () dan bandar tadbiran jajahan (縣轄市). Setelah pindaan Undang-undang Kerajaan Tempatan pada tahun 2007, sebarang jajahan yang mempunyai lebih 2 juta penduduk boleh tertakluk kepada undang-undang bandar raya tadbiran langsung sebelum dinaiktaraf menjadi bandar raya tadbiran langsung di bawah Kerajaan Pusat. Inilah yang pernah berlaku pada Jajahan Taipei dan Jajahan Taoyuan yang mengguna pakai peraturan yang berkenaan sebelum dinaikkan taraf menjadi bandar raya (kini Bandaraya Taipei Baru dan Bandaraya Taoyuan).

Bandar raya () berada di taraf yang sama dengan jajahan. Mengikut undang-undang, bandar raya ini terletak di bawah pentadbiran wilayah, tetapi setelah penstrukturan semula, kini ia tertakluk kepada Pusat Perkhidmatan Bersama Setempat atau pejabat pusat pelbagai kementerian dalam Dewan Pentadbiran. Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk dalam 500 ribu hingga 1.25 juta orang, dan mencapai kepentingan dari segi politik, ekonomi dan budaya, layak diberi taraf bandar raya. Bandaraya terbahagi kepada daerah (), daerah terbahagi kepada kelurahan (), dan kelurahan pula terbahagi kepada kejiranan ().

Kini terdapat 11 jajahan dan tiga bandar raya di dalam lingkungan "Wilayah Taiwan".

Desa, pekan, bandar, daerah

Desa, pekan, bandar dan daerah (鄉鎮市區) merujuk kepada tingkat pentadbiran di bawah taraf jajahan/bandar raya yang terdiri daripada enam kategori yang sama taraf sesama sendiri.

Sebuah jajahan terbahagi kepada empat kategori bahagian iaitu desa pedalaman (山地鄉), desa (), pekan (), dan bandar tadbiran jajahan (縣轄市), dan semuanya ialah lembaga berautonomi tempatan yang berhak untuk memilih ketua (datuk bandar atau penghulu), mengumpul suara penduduk, dan mengurus sumber kewangan sendiri, antara lainnya. Undang-undang menetapkan bahawa kawasan dengan populasi lebih dari 100,000 hingga 300,000 orang, perusahaan yang maju, sumber kewangan kendiri yang kaya, dan kemudahan awam dan pengangkutan yang lengkap dan memuaskan, layak diberi status bandar di bawah bidang kuasa daerah, walhal tiada syarat yang seumpamanya ditetapkan untuk taraf desa dan pekan.

Daerah () merupakan bahagian pentadbiran bandar raya (tadbiran pusat mahupun wilayah) yang tidak mempunyai kuasa autonomi. Ketua daerah dilantik oleh datuk bandar, dan tidak disediakan agensi untuk mengumpul suara penduduk. Daerah khas peribumi (直轄市山地原住民區, "daerah peribumi pedalaman bandar raya tadbiran langsung") pula ialah lembaga berautonomi tempatan yang dipecahkan dari desa pedalaman di bawah bandar jajahan, dengan hak untuk memilih penghulu, mengumpul suara penduduk, dan mengurus sumber kewangan sendiri, antara lainnya.

Kini, Taiwan terdiri daripada 358 kawasan peringkat perbandaran, iaitu: 24 desa pedalaman, 115 desa, 35 pekan, 14 bandar tadbiran jajahan, 164 daerah, dan 6 daerah khas peribumi.

Desa dan desa pedalaman terbahagi kepada kampung (), sementara pekan, bandar jajahan, daerah, dan daerah khas peribumi pula terbahagi kepada kelurahan (). Penduduk kampung dan kelurahan memilih penghulu dalam pilihan raya tempatan yang paling asas di Taiwan. Kampung dan kelurahan pula terbahagi kepada kejiranan ().

Kawasan 'luaran' Republik China

Selain daripada kawasan Taiwan, bidang kuasa Republik China turut meliputi beberapa buah pulau yang terletak berhampiran dengan pesisir Tanah Besar China, iaitu: Pulau Kinmen dan Kepulauan Wuqiu (Jajahan Kinmen), dan Kepulauan Matsu (Jajahan Lienchiang). Kedua-dua jajahan ini tidak tergolong dalam Wilayah Taiwan, sebaliknya tergolong dalam "Wilayah Fujian" yang secara teknikalya sama dengan Wilayah Fujian di Republik Rakyat China. Sama seperti Wilayah Taiwan, "Wilayah Fujian" dalam konteks Republik China juga telah dibubarkan dan kini hanya wujud secara nominal sahaja.

Jajahan "Wilayah Fujian"
NamaTanahBenderaLambangBahagianPusat
pentadbiran
KeluasanBilangan
penduduk
Jajahan Kinmen
金門縣
Pulau Kinmen dan Kepulauan Wuqiu 3 pekan
3 desa
Pekan Jincheng151.6560140,329
Jajahan Lienchiang
連江縣
Kepulauan Matsu 4 desaDesa Nangan28.800013,132

Lihat juga

Rujukan

Bibilografi

  • LIU Ningyan (penyunting), 《重修臺灣省通志》 ("Sejarah Wilayah Taiwan Edisi Baharu"), Bandaraya Taipei: 臺灣省文獻委員會, (Jawatankuasa Persuratan Wilayah Taiwan), 1994
  • SHI Yaxuan, 《臺灣的行政區變遷》 ("Perubahan Pembahagian Pentadbiran Taiwan"), Taipei: 遠足文化出版社 (Syarikat Penerbitan Walkers Cultural Enterprise Ltd.), 2003.