Pembaharuan Harlem

Pembaharuan Harlem (bahasa Inggeris: Harlem Renaissance) merupakan suatu fenomena pemesatan intelektual, sosial, dan kesenian yang berpusat di kejiranan Harlem, Manhattan, Bandar Raya New York sepanjang tahun 1920-an. Kejiranan ini banyak menarik perhatian orang kulit hitam yang duduk tersebar di kawasan-kawasan utara Amerika Syarikat setelah penghijrahan besar-besaran[2] dari kawasan selatan kerana kesusahan ekonomi dan penindasan dialami malah juga banyak penulis bahasa Perancis kelahiran jajahan-jajahan Caribbean dan Afrika yang menduduki Paris pada zaman itu.[3][4][5][6]

Gambar orkestra jazz Duke Ellington membuat persembahan di Washington, D.C., 1940. Ellington sering melatih kemahiran muziknya di Harlem.[1]

Pergerakan ini mengumpul dalam gagasan Negro Baru yang cuba menerapkan ketinggian intelek dan produksi sastera, seni, dan muzik untuk menentang sentimen perkauman dan tanggapan sempit berleluasa terhadap kaum ini sambil mempromosikan politik progresif atau sosialis, "menaikkan" bangsa kulit hitam sambil bersatupadu dengan bangsa kulit putih.

Fenomena ini dilihat sebagai pelonjak dan pemberi pengaruh utama kepada budaya Afrika Amerika[7] seterusnya memberi kesan kepada budaya umum Amerika Syarikat itu sendiri. Ia menyaksikan perkembangan genre muzik jazz bawaan para penghijrah ini yang dipersembahkan banyak kelab dan panggung teater kawasan kejiranan Harlem membentuk gubahan muzik yang lebih rumit, bersemangat dan rancak[8] dipelopori banyak seniman handal termasuk Fats Waller, Duke Ellington dan Louis Armstrong antara lainnya[9][10][11] yang menyohor tinggi sehingga menarik perhatian pemuzik kulit putih yang menerapkan dalam gubahan muzik konsert dan orkestra mereka.

Lihat juga

  • Roaring Twenties

Rujukan

Pautan luar