Penambahan

operasi aritmetik

Penambahan (selalu ditandakan oleh simbol tambah "+") ialah satu daripada empat operations asas bagi aritmetik; Tiga operasi yang lain ialah penolakan, pendaraban dan pembahagian. Penambahan dua nombor bulat ialah jumlah amaun nilai itu digabungkan. Misalnya, dalam gambar sebelah, terdapat gabungan tiga biji epal dan dua biji epal bersama, menjadikan jumlahnya lima biji epal. Pemerhatian ini setara dengan ungkapan matematik "3 + 2 = 5" i.e., "3 tambah 2 adalah sama dengan 5".

3 + 2 = 5 dengan epal, pilihan popular dalam buku teks[1]

Selain mengira barang, penambahan boleh juga ditakrifkan pada jenis nombor yang lain, seperti integer, nombor nyata dan nombor kompleks. Hal ini sebahagian daripada aritmetik, suatu cabang matematik. Dalam algebra, bidang matematik yang lain, penambahan boleh dijalankan pada objek abstrak seperti vektor dan matriks.

Penambahan ada beberapa sifat yang penting. Ia merupakan kalis tukar tertib, bermakna urutan tidak penting, dan ia merupakan sekutuan, bermakna apabila sesuatu tambah dengan lebih daripada dua nombor, susunan penambahan yang dijalankan tidak penting (lihat Penghasiltambahan). Penambahan berulang 1 adalah sama dengan mengira; penambahan 0 tidak mengubah sebarang nombor. Penambahan mematuhi petua boleh ramal mengenai operasi yang berkaitan seperti penolakan dan pendaraban.

Menjalankan penambahan merupakan satu daripada tugas berangka yang paling senang. Penambahan nombor yang amat kecil boleh didapat oleh kanak-kanak; tugas yang paling asas, 1 + 1, boleh dijalankan oleh bayi seusia lima bulan dan termasuk beberapa spesies haiwan yang lain. Dalam pendidikan rendah, pelajar diajar menambah nombor dalam sistem perpuluhan, bermula dengan digit tunggal dan mengatasi masalah yang lebih susah secara progresif. Bantuan mekanik dari sempoa kuno ke komputer moden, penyelidikan pelaksanaan penambahan yang paling cekap sambung ke hari ini.

Tatatanda dan peristilahan

Simbol tambah

Penambahan ditulis menggunakan tanda tambah "+" di antara sebutan; iaitu, dalam tatatanda sisipan. Hasilnya diungkap dengan tanda sama dengan. Misalnya,

("satu tambah satu sama dengan dua")
("dua tambah dua sama dengan empat")
("satu tambah dua sama dengan tiga")
(lihat "kesekutuan" di bawah)
(lihat "pendaraban" di bawah)

Nota

Nota kaki

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Baroody, Arthur; Tiilikainen, Sirpa (2003). The Development of Arithmetic Concepts and Skills. Two perspectives on addition development. Routledge. m/s. 75. ISBN 080583155X.
  • Davison, David M.; Landau, Marsha S.; McCracken, Leah; Thompson, Linda (1999). Mathematics: Explorations & Applications (ed. TE). Prentice Hall. ISBN 0134358171.
  • Bunt, Lucas N.H.; Jones, Phillip S.; Bedient, Jack D. (1976). The Historical roots of Elementary Mathematics. Prentice-Hall. ISBN 0133890155.
  • Poonen, Bjorn (2010). "Addition". Girls' Angle Bulletin. Girls' Angle. 3 (3–5). ISSN 2151-5743.
  • Weaver, J. Fred (1982). Addition and Subtraction: A Cognitive Perspective. Interpretations of Number Operations and Symbolic Representations of Addition and Subtraction. Taylor & Francis. m/s. 60. ISBN 0898591716.

Templat:Hiperoperasi