Epal

buah pokok epal

Epal sedap dan rangup (Jawi: ايڤل), apel (Jawi: اڤل‎),[1] tufah atau topoh (Jawi: تفاح‎; nama saintifik: Malus domestica) merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Sebiji epal merah.
Epal

Pokok buah ini bertaburan asal dari Asia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama.[2]

Pengeluaran epal di seluruh dunia ialah 86 juta tan pada tahun 2018 dan negara China menyumbang hampir separuh daripada jumlah ini.[3]

Peristilahan

"Epal" (yang dominan di Malaysia[4] dan Singapura) dan "apel" (yang lebih diketahui di Riau)[5] masing-masing meminjam dari kata bahasa Inggeris apple dan kata bahasa Belanda appel yang kedua-duanya turunan akar Germanik *ap(a)laz.[6]

"Tuffah" atau "tufah" meminjam dari bahasa Arab iaitu تُفّاحtuffāḥ,[7][8] ia lebih diterapkan dalam dialek Kelantan di mana ia disebut sebagai topoh.

Maklumat botani

Bunga, buah, dan daun-daun pokok epal (Malus domestica)

Pokok epal kecil dan jenis meluruh, mencapai ketinggian 3 hingga 12 meter (9.8 hingga 39.4 ka), dengan silara yang lebar dan selalunya amat beranting.[9] Daun-daunnya disusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas sepanjang 4 – 13 sm dan selebar 3 hingga 7 sm[1] bentuknya petiol 2 hingga 5 sm dengan hujung yang tajam, tepi bergerigi dan bahagian bawahnya yang sedikit berbulu.

Bunga epal mekar pada musim bunga serentak dengan percambahan daun. Bunganya ini berwarna putih kemerahjambuan yang beransur pudar, ada lima kelopak sekuntum[1] kesemuanya mencapai diameter 2.5 hingga 3.5 sm. Buahnya masak pada musim luruh, dan biasanya berdiameter 5 hingga 9 sentimeter (2.0 hingga 3.5 in). Teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata, setiap satunya mengandungi satu hingga tiga biji benih.[9]

Leluhur liar

Leluhurr liar Malus domestica ialah Malus sieversii yang ditemui hidup secara liar di pergunungan Asia Tengah di Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dan Xinjiang, China,[10] and possibly also Malus sylvestris.[11]

Genom

Pada tahun 2010, sebuah konsortium pimpinan Itali mengumumkan bahawa mereka telah mentafsirkan seluruh genom epal (baka Golden Delicious).[12] Ia mengandungi kira-kira 57,000 gen, jumlah tertinggi pada genom tumbuhan yang dikaji setakat ini dan lebih banyak gen daripada genom manusia (kira-kira 30,000).[13]

Sejarah

Punca kepelbagaian genus Malus adalah di Turki timur. Pokok epal mungkin merupakan tumbuhan terawal yang menjadi tanaman pertanian[14]; buah-buahannya diperbaiki melalui proses pemilihan selama ribuan tahun. Iskandar Agung dihargai kerana menemui tumbuhan epal kerdil di Asia Minor pada 300 SM;[9] epal yang dibawanya kembali ke Macedonia mungkin dijadikan leluhur kepada pokok penanti kerdil. Epal musim sejuk yang dipetik pada akhir musim luruh lalu disimpan dalam suhu yang sedikit melebihi takat beku, telah menjadi makanan penting di Asia dan Eropah selama ribuan tahun, dan juga di Argentina dan Amerika Syarikat sejak kedatangan orang Eropah.[14] Epal dibawa masuk ke Amerika Utara bersama kolonis pada abad ke-17,[9] dan dusun orchard pertama di benua Amerika Utara dipercayai berdekatan Boston pada tahun 1625. Pada abad ke-20, projek pengairan di negeri Washington dilancarkan untuk memacu pembangunan industri buah-buahan bernilai ribu jutaan dolar yang diterajui oleh spesies epal.[9]

Sehingga abad ke-20, petani menyimpan epal dalam bilik kalis ibun pada musim sejuk untuk kegunaan diri atau perdagangan. Kemajuan pengangkutan epal segar dengan keretapi atau jalan raya menidakkan keperluan menyimpan.[15][16]

Hubungan dengan manusia

Kepercayaan pagan Eropah Utara

"Brita as Iduna" (1901) oleh Carl Larsson

Dalam mitos Norse, dewi Iðunn digambarkan dalam prosa Snorra Edda (karya Snorri Sturluson abad ke-13) sebagai pembekal epal yang providing memberikan kemudaan abadi kepada dewa-dewi. Cendekiawan Inggeris, H. R. Ellis Davidson mengaitkan epal dengan amalan keagamaan dalam paganisme Jermanik yang melahirkan agama Norse. Beliau menunjukkan bahawa timba-timba berisi epal ditemui di tapak pengebumian kapal Oseberg di Norway, apalagi buah-buahan dan kekacang (Iðunn dikisahkan berubah menjadi kacang dalam Skáldskaparmál) yang ditemui dalam kubur lama orang Jermanik di England dan benua Eropah, mungkin membawa erti simbolik, dan kekacang masih merupakan lambang kesuburan yang penting di England barat daya.[17]

Davidson memerhatikan hubungan antara epal dan Vanir, puak dewa-dewi yang dikaitkan dengan kesuburan dalam mitos Norse, dengan memetik contoh kisah Skírnir (utusan Freyr, dewa Vanir utama) menggunakan sebelas biji "epal emas" untuk memikat Gerðr, seperti yang diperikan dalam stanza 19 dan 20 Skírnismál. Davidson juga memerhatikan lagi hubungan antara kesuburan dan epal dalam mitos Norse, dalam bab 2 saga Völsunga ketika dewi utama Frigg menghantar epal kepada Raja Rerir yang merayu kepada dewa Odin untuk seorang putera, utusan Frigg (yang berbentuk burung gagak) menjatuhkan epal itu pada ribanya ketika baginda duduk di atas anak bukit.[17] Setelah memakan epal itu, permaisuri Rerir hamil selama selama enam tahun lalu melahirkan seorang putera, iaitu wira bernama Völsung.[18]

Mitos Yunani

Heracles dengan epal Hesperides

Kisah epal terdapat dalam pelbagai tradisi keagamaan, baik sebagai benda mistik mahupun terlarang. Antara masalah yang dihadapi ketika mengenal pasti epal dalam keagamaan, mitos dan cerita rakyat, adalah bahawa perkataan "epal" digunakan sebagai istilah am untuk segala buah-buahan asing selain beri, tetapi termasuk kacang, selewat abad ke-17.[19] Contohnya, dalam mitos Yunani, sang wira Heracles dikehendaki ke Kebun Hesperides untuk memetik epal emas dari Pokok Kehidupan di tengah-tengah kebun itu sebagai satu daripada Dua Belas Tugasnya.[20][21][22]

Dewi perbalahan Yunani, Eris, menjadi kecewa setelah disisihkan dari upacara perkahwinan Peleus dan Thetis[23], lalu membalas dengan melontarkan epal emas yang terukir perkataan Καλλίστη (Kalliste, 'Untuk yang paling terjelita'), ke dalam majlis perkahwinan itu. Epal itu dituntut oleh tiga dewi, iaitu Hera, Athena, dan Aphrodite. Paris dari Troy dilantik untuk memilih penerimanya. Setelah disuap oleh Hera dan Athena, Aphrodite memikat Paris dengan wanita paling jelita di dunia, iaitu Helen dari Sparta. Paris mengurniakan epal itu kepada Aphrodite, maka secara tidak langsung mencetuskan Perang Trojan.

Justeru itu, di Yunani kuno, epal adalah buah suci dewi Aphrodite, maka tindakan membaling epal ke arah seseorang adalah melambangkan luahan cinta kepadanya; begitu juga, orang menyambut epal sebagai lambang penerimaan cinta.[24]

Atalanta, juga dari mitos Yunani, berlumba dengan kesemua pelamarnya dalam cubaan mengelakkan perkahwinan. Beliau mengatasi mereka semua kecuali Hippomenes (atau Melanion, nama yang mungkin berasal dari melon, iaitu perkataan Yunani yang bererti "epal" atau buah-buahan secara amnya),[21] yang menumpaskannya bukan kerana pantas tetapi dengan cara licik. Hippomenes sedar bahawa dirinya tidak boleh memenangi perlumbaan secara adil, jadi dia menggunakan tiga biji epal emas (kurniaan Aphrodite, dewi cinta) untuk mengalih perhatian Atalanta. Selepas berlari sepantas boleh sambil memanfaatkan ketiga-tiga epal itu, Hippomenes akhirnya berjaya memenangi perlumbaan dan hati Atalanta.[20]

Epal di Taman Firdaus

Walaupun tidak dipastikan buah khuldi dalam Kitab Genesis itu apa, namun ramai penganut Kristian percaya bahawa buah itu merupakan sebiji epal yang digunakan untuk Siti Hawa untuk memujuk Adam agar berkongsi dengannya.[25] Ini mungkin berpunca daripada para pelukis zaman Renaissance yang menokokkan unsur mitos Yunani dalam adegan injili (walaupun adakalanya epal digantikan oleh buah delima mengikut tafsiran pihak tertentu). Dalam hal ini, buah khuldi Firdaus menjadi epal kerana dipengaruhi kisah epal emas dari Kebun Hesperides. Justeru itu, dalam kisah Genesis ini, epal menjadi lambang pengetahuan, hidup abadi, godaan, kejatuhan manusia kerana dosa, dan dosa itu sendiri. Dalam bahasa Latin, perkataan untuk "epal" dan "kejahatan" adalah serupa dalam bentuk tunggal (malus—epal, malum—jahat), dan seiras dalam bentuk jamak (mala), dan mungkin ini juga yang mempengaruhi gagasan epal sebagai buah khuldi dalam kitab Injil.

Kultivar epal

Beraneka jenis kultivar epal dalam pasaraya.
Kultivar epal 'Sundown' dan keratan rentasnya.

Terdapat lebih 7,500 kultivar (baka) epal yang diketahui setakat ini[26] di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan subtropika. Kebanyakan kultivar epal ini ditanam untuk dimakan mentah, dimasak atau dijadikan sider. Epal untuk sider biasanya terlalu masam dan pedar untuk dimakan mentah, tetapi memberikan perisa yang cukup memuaskan (dan tidak tertanding oleh epal makan mentah) kepada sider.[27]

Kultivar epal komersil biasanya lembut tetapi rangup. Selain itu, epal komersil sewajarnya ada kulit yang berwarna terang, tidak keperangan, mudah diangkut, boleh disimpan lama-lama, berhasil tinggi, kalis penyakit, berbentuk biasa 'Red Delicious', dan berasa enak.[2] Epal moden biasanya lebih manis daripada kultivar lama kerana rasa epal yang diingini berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Kebanyakan orang Amerika Utara dan Eropah menggemari epal subasid yang manis, tetapi epal masam juga tidak kurang peminatnya.[28] Epal yang teramat manis tanpa rasa asid adalah hangat di Asia,[28] khususnya di India.[27]

Kultivar epal lama selalunya berbentuk ganjil, keperangan dan pelbagai tekstur dan warna. Ada yang mendapati bahawa epal lama ini lebih rasanya berbanding kultivar moden,[29] tetapi mengalami masalah lain yang menjadikannya kurang sesuai untuk diperdagangkan, seperti hasil rendah, kerentanan kepada penyakit, atau kurang tahan lama dalam simpanan atau pengangkutan. Masih ada beberapa kultivar lama yang dihasilkan secara besar-besaran, tetapi selalunya dihidupkan oleh pekebun rumah dan petani yang menjual terus ke pasar setempat. Banyak kultivar epal ganjil yang mempunyai rasa dan rupa tersendiri yang masih wujud; kempen pemuliharaan epal dilancarkan di merata dunia untuk memelihara kultivar-kultivar berkenaan daripada pupus. Di United Kingdom, kultivar lama seperti 'Cox's Orange Pippin' dan 'Egremont Russet' masih menjadi hasil dagangan utama walaupun berhasil rendah dan mudah dijangkiti penyakit dari segi pemahaman moden.[9]

Pengeluaran epal

Pembiakan epal

Bunga epal dari varian Ayrshire lama

Di alam liar, pokok epal agak mudah bercambah dari benih, tetapi sama dengan buah-buahan saka, epal biasanya membiak secara asepsis dengan bercantum, kerana kecambah epal merupakan sejenis "heterzigot melampau", iaitu tidak mewarisi DNA dari induk untuk menghasilkan epal baru dengan sifat-sifat induk, sebaliknya menjadi berbeza sangat dari induknya.[30] Kebanyakan kultivar epal baru memulakan kitaran hidup sebagai kecambah yang wujud secara kebetulan atau dibiakkan dengan menyilangkan kultivar yang mempunyai ciri-ciri yang diingini.[31] Pokok epal juga boleh tumbuh tunas ganjil (mutasi pada satu dahan) yang merupakan strain yang diperbaharui dari kultivar induk, ataupun membentuk kultivar baru yang jauh berbeza dari pokok induk.[32]

Penanam epal menghasilkan epal yang lebih kukuh menerusi proses penyilangan.[33] Misalnya, sejak 1930-an, Stesen Ujikaji Excelsior di Universiti Minnesota telah memperkenalkan kultivar epal lasak penting yang ditanam secara meluas di seluruh negeri Minnesota dan Wisconsin, baik secara komersil mahupun untuk kegunaan sara diri. Antara kultivar-kultivar baru itu termasuk 'Haralson' (tanaman epal yang paling meluas di Minnesota), 'Wealthy', 'Honeygold', dan 'Honeycrisp'.

Tanaman epal juga disesuaiiklimkan di kawasan beraltitud tinggi di Ecuador, di mana ia berbuah dua kali setahun kerana keadaan beriklim sederhana sepanjang tahun.[34]

Pendebungaan

Pokok epal berbunga
Lebah Orchard Mason hinggap di atas bunga epal di British Columbia, Canada.

Pokok epal perlu didebunga silang untuk berbuah. Pada setiap musim berbunga, petani epal menyediakan pendebunga untuk mengangkut debunga, seperti lebah madu. Lebah Orchard Mason turut digunakan sebagai pendebunga tambahan dalam dusun epal komersil. Adakalanya, ratu kumbang dengung hadir dalam dusun, tetapi tidak mengangkut jumlah yang cukup untuk menjadi pendebunga yang penting.[32]

Pokok epal terbahagi kepada empat hingga tujuh kumpulan pendebungaan mengikut iklim:

  • Kumpulan A – Berbunga awal musim, 1 hingga 3 Mei di England (Gravenstein, Red Astrachan)
  • Kumpulan B – 4 hingga 7 Mei (Idared, McIntosh)
  • Kumpulan C – Berbunga tengah musim, 8 hingga 11 Mei (Granny Smith, Cox's Orange Pippin)
  • Kumpulan D – Berbunga tengah/akhir musim, 12 hingga 15 Mei (Golden Delicious, Calville blanc d'hiver)
  • Kumpulan E – Berbunga akhir musim, 16 hingga 18 Mei (Braeburn, Reinette d'Orléans)
  • Kumpulan F – 19 hingga 23 Mei (Suntan)
  • Kumpulan H – 24 hingga 28 Mei (Court-Pendu Gris)

Satu kultivar boleh didebungakan oleh kultivar yang serasi dari kumpulan yang sama atau dekat dengannya (A sama A, atau A sama B, tetapi bukan A sama C atau D).[35]

Pematangan dan pemetikan

Kultivar epal berbeza dari segi kadar hasil dan saiz mutlak pokoknya, walaupun tumbuh di atas pokok penanti yang sama. Ada sesetengah kultivar, pokoknya akan tumbuh menjadi amat besar jika dibiarkan tanpa dipangkas, sehingga boleh lebih berbuah lagi, tetapi menyukarkan kerja memetik buah. Pokok yang matang biasanya mampu berbuah 40–200 kilogram (88–441 lb) setahun. Buah epal dipetik dengan menggunakan tangga tiga penjuru yang direka untuk melalui celah-celah dahan pokok. Pokok kerdil boleh berbuah 10–80 kilogram (22–176 lb) setahun.[32]

Penyimpanan

Buah epal untuk tujuan komersil boleh disimpan selama berbulan-bulan dalam bilik beratmosfera terkawal untuk menangguhkan bermulanya proses menjadi masak yang teraruh oleh etilena. Buah-buah epal biasanya disimpan dalam bilik yang mengandungi karbon dioksida yang lebih pekat dengan pengembungan udara yang tinggi untuk menghalang kepekatan etilena daripada mencecah jumlah yang lebih tinggi serta memperlahankan proses menjadi masak. Buah epal masih meneruskan proses menjadi masak walaupun dipetik.[36]Untuk simpanan dalam rumah, kebanyakan jenis epal boleh disimpan selama kira-kira dua minggu apabila disimpan di bahagian paling sejuk dalam peti sejuk (iaitu di bawah 5 °C). Ada juga kultivar epal yang lebih tahan lama, termasuk Granny Smith dan Fuji.[37]

Perosak dan penyakit

Daun epal yang teruk dirosakkan oleh serangga

Pokok epal terdedah kepada beberapa penyakit kulat dan bakteria serta ancaman serangga perosak. Kebanyakan dusun komersil menjalankan rancangan menyembur kimia secara agresif untuk memastikan mutu tinggi buah, kesihatan pokok, dan kadar hasil yang tinggi, tetapi kaedah organik semakin disambut baik dalam pengurusan dusun kerana menggunakan cara yang kurang agresif, yang mana kimia kuat tidak digunakan kerana dikhuatiri mengancam kesihatan pokok pada jangka masa lama, sebaliknya kaedah organik termasuk menggalakkan kitar pertanian tertentu atau membendung pembiakan hidupan perosak tertentu.

Untuk membendung perosak tertentu, penanam organik usah membunuh terus perosak itu sehingga menjejaskan biokimia semula jadi pokok epal, sebaliknya boleh menggalakkan kehadiran pemangsa semula jadinya. Epal organik biasanya lebih kurang sama sedapnya dengan epal yang dicucuk tanam secara kaedah biasa, tetapi rupanya tidak semenarik.[38]

Pokok epal terdedah kepada apa sahaja perosak dan penyakit, dan tiga daripadanya yang paling kerap ditemui adalah kulapuk, afid and hampas epal.

  • Kulapuk: Tompok kelabu muda bertempek bedak pada daun, pucuk dan bunga, biasanya timbul pada musim bunga. Bunganya bertukar warna menjadi kuning bak krim dan tidak berkembang dengan betul. Ini boleh dirawat dengan cara yang serupa dengan Botrytis, termasuk menghapuskan keadaan yang menyebabkan penyakit itu pada mulanya serta membakar and tumbuhan yang terjangkit.[39][39]
Afid sedang makan.
  • Afid: Terdapat lima spesies afid yang terdapat pada pokok epal, iaitu afid bijian epal, afid epal merah, afid epal, afid spirea dan afid epal berbulu. Spesies afid boleh dikenal pasti dengan warnanya, musim kehadirannya dan perbezaan pada kornikel, iaitu sepasang juluran di bahagian belakang afid.[39] Afid memakan dedaun dengan bahagian mulut seakan jarum untuk menghisap air tumbuhan. Spesies afid tertentu dalam bilangan yang banyak boleh membantutkan pertumbuhan dan kesuburan pokok.[40]
  • Hampas epal: Simptomnya termasuk tompok-tompok berwarna zaitun atau perang pada daun.[41] Tompok itu makin lama makin keperangan, kemudian hampas perang tumbuh pada buah epal.[39] Daun yang berpenyakit gugur awal dan buahnya semakin dilitupi hampas lalu merekah kulitnya. Walaupun ada kimia untuk merawat hampas, namun penggunaannya tidak digalakkan kerana mudah diserap oleh pokok lalu merebak ke dalam buah.[41]

Antara penyakit lebih serius yang dihadapi oleh pokok epal termasuk penyakit hawar perang bawaan bakteria; dan penyakit kulat seperti karat Gymnosporangium dan tompok hitam.[40] Pokok epal muda juga terdedah kepada ancaman mamalia perosak seperti tikus dan rusa yang memakan kulit kayu yang lembut, terutamanya pada musim sejuk.

Rekod

Guinness World Records melaporkan bahawa epal terbesar yang diketahuinya mempunyai berat 1.849 kg (4 lb 1 oz) dan pernah ditanam di bandaraya Hirosaki, Jepun pada tahun 2005.[42]

Perdagangan

Pengeluaran epal sedunia

Sekurang-kuranya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada tahun 2005, dengan nilai kira-kira $10 bilion. Pengeluar epal terbesar di dunia, China menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut.[43] Amerika Syarikat pula jauh di belakang sebagai pengeluar kedua terbesar, dengan hanya lebih 7.5% keluaran dunia.[31]

Di Amerika Syarikat, lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washington.[44] Epal yang diimport dari New Zealand dan kawasan lebih sederhaan semakin memberi saingan hebat kepada pengeluar AS.[43]

10 Pengeluar Epal Terbesar — 11 Jun 2008
NegaraPengeluaran (tan)Nota kaki
 Republik Rakyat China27 507 000F
 Amerika Syarikat4 237 730
 Iran2 660 000F
Turki2 266 437
Rusia2 211 000F
 Itali2 072 500
 India2 001 400
 Perancis1 800 000F
Chile1 390 000F
 Argentina1 300 000F
 Dunia64 255 520A
No symbol = official figure, F = FAO estimate, A = Aggregate (may include official, semi-official, or estimates);

Source: FAO

Epal sebagai makanan

Kultivar berlainan dari epal mempunyai perasa berlainan berbeza, dan ini boleh dipisahkan kepada dua faktor terasing dari perasa dan tekstur.

Epal boleh ditinkan, dijuskan, dan secara pilihan ditapaikan bagi menghasilkan jus epal, tuak, siderkin, cuka, dan pektin. Tuak epal suling menghasilkan spirit, applejack dan Calvados. Wain epal boleh juga dibuat. Mereka membuat buah lunchbox popular juga.

Epal merupakan ramuan penting dalam banyak pencuci mulut salju, contohnya pai epal, krumble epal, epal garing dan kek epal. Mereka selalunya dimakan dipanggang atau direbus, dan mereka juga boleh dikeringkan dan dimakan atau dijadikan semula (direndam dalam air, alkohol atau sesetengah cecair lain) untuk kegunaan kemudian. Epal Puréed umumnya dikenali sebagai sos epal. Epal juga dibuat kepada mentega epal dan epal agar-agar. Mereka juga gunakan masak dalam hidangan daging.

  • Di UK, epal tofi adalah konfeksi tradisional yang dibuat dengan mensalutkan epal dalam tofi panas dan membenarkannya menyejuk. Perlakuan sama di AS adalah epal gula-gula (disalutkan dengan cangkerang keras dari sirap gula yang dikristalkan), dan epal karamel, disalutkan dengan karamel yang disejuk.
  • Epal dimakan dengan madu pada tahun Baru Yahudi dari Rosh Hashanah untuk melambangkan tahun baru yang manis.
  • Kebun dengan dusun epal mungkin membukakan mereka kepada awam, jadi pengguna mungkin pada diri mereka memetik epal yang akan mereka beli.

Epal dikerat menjadi perang dengan pendedahan kepada air berpunca kepada penukaran dari bahan fenolik semulajadi kepada melanin atas pendedahan kepada oksigen. Kultivar berlainan berbeza dalam kecenderungan untuk memerang selepas mengerat. Buah dikerat boleh dilakukan dengan air diasidkan bagi menghalang kesan ini.

Epal organik biasanya ditanam di Amerika Syarikat.[45] Pertanian organik sukar diusahakan di Eropah, tetapi ada sebilangan kecil dusun organik yang berjaya memasarkan hasilnya[45] dengan memilih kultivar yang kalis penyakit kawalan kultur yang terhebat. Kaedah organik terbaru adalah menyemburkan salut kaolin nipis untuk membentuk perintang kepada haiwan perosak sambil mencegah buah epal daripada terlepuh oleh matahari.[32][45]

Epal gugur

Umumnya, adalah selamat untuk memakan buah epal yang gugur (bukan dipetik), namun terdapat risiko keracunan makanan jika dusunnya juga tempat menternak haiwan yang boleh mencemar pokok epal dengan membuang tinja, apatah lagi risikonya makin tinggi jika epal itu digunakan untuk membuat sider atau jus buatan sendiri (tanpa pempasteuran) sehingga menggandakan bakteria E. coli.[46]

Sebaliknya, jika epal itu dimakan mentah tanpa risiko pencemaran dari tinja haiwan, maka adalah selamat untuk memakan epal gugur, walaupun sedikit reput atau bercacing, ataupun direndam dalam air yang dibubuh garam untuk membunuh cacing.[47] Kulapuk pada buah boleh ditanggalkan dengan merendamkan buah itu dalam air yang dibubuh cuka,[47] tetapi jika kulapuknya terlalu banyak, maka mungkin masih ada kulapuk yang tinggal sehingga menimbulkan masalah kesihatan seperti tindak balas alergi dan masalah pernafasan.

Alahan epal

Sindrom alahan mulut merupakan tindak balas alergi yang dialami oleh sesetengah orang kerana kesan debunga yang tertinggal pada buah epal.[48][49] Disebabkan debunga itu adalah perengsa utamanya, hanya epal mentah yang menyebabkan tindak balas alergi, terutama pada bahagian kulitnya. Epal yang dimasak tidak menimbulkan tindak balas alergi kerana protein debunga dinyahaslikan oleh haba sehingga tidak menyusahkan sesiapa yang sensitif kepadanya. Seseorang yang alah dengan epal juga berdepan dengan alahan dengan buah-buahan lain dalam famili Rosaceae termasuk pic dan kacang hazel.[48]

Simptom alahan epal selalunya ringan sahaja, seperti merasai kegatalan atau bengkak pada mulut dan bibir, mata berair, hidung berair dan bersin. Sesiapa yang terlalu sensitif mungkin akan mengalami geligata, sakit abdomen dan cirit-birit.[48]

Kesihatan

Epal, berkulit (boleh dimakan)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga218 kJ (52 kcal)
Karbohidrat13.81 g
- Gula10.39 g
- Serabut diet2.4 g
Lemak0.17 g
Protein0.26 g
Air85.56 g
Vitamin A setara3 μg (0%)
Tiamina (vit. B1)0.017 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.026 mg (2%)
Niasin (vit. B3)0.091 mg (1%)
Asid pantotenik (B5)0.061 mg (1%)
Vitamin B60.041 mg (3%)
Folat (vit. B9)3 μg (1%)
Vitamin C4.6 mg (6%)
Kalsium6 mg (1%)
Besi0.12 mg (1%)
Magnesium5 mg (1%)
Fosforus11 mg (2%)
Kalium107 mg (2%)
Zink0.04 mg (0%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Mengikut kajian, epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru.[50] Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlah vitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatian antioksidan yang lain.[51] Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandungan serabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. Serat epal juga membendung penyakit jantung,[52] mengawal berat badan[52] dan tahap kolesterol,[52] kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula.[53][52]

Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secara in vitro memiliki sebatian fenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktiviti antioksidan.[54] Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalah kuersetin, epikatekin, dan prosianidin B2.[55]

Namun demikian, benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikit amigdalin, sejenis glikosida sianogen; meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.[56]

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Iowa, Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungi asid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan. (Kosmo 24 Jun 2011)

Lihat juga

  • Pesta epal
  • Pemetikan epal
  • Biji epal
  • Memasak epal
  • Tuak epal
  • Penyebaran pokok buah
  • Pendebungaan pokok buah
  • Bentuk pokok buah
  • Herefordshire Pomona
  • Senarai kultivar epal
  • Memangkas pokok buah

Rujukan

Pautan luar

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi