Pensuisan paket

Pensuisan paket adalah merujuk kepada sebuah protokol di mana data dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil yang dipanggil paket (apabila ia melebihi panjang maksimum yang ditentukan rangkaian) sebelum dihantar. Setiap paket yang akan dihantar turut disertakan dengan pengepala yang menyimpan maklumat destinasi dan kedudukan asal paket di dalam data asalnya.

Jenis pensuisan paket

Pensuisan paket boleh dibahagikan kepada dua jenis asas iaitu:

  • Rangkaian pensuisan paket litar maya
  • Rangkaian pensuisan paket datagram

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar