Perang total

Perang total atau perang menyeluruh ialah peperangan yang merangkumi seluruh sumber awam dan infrastruktur berkaitan sebagai sasaran sah tentera, mengerah semua sumber masyarakat untuk melawan peperangan, dan memberi keutamaan peperangan ke atas keperluan bukan kombatan. Kamus Amerika-Inggeris mentakrifkan perang total sebagai "perang yang tidak terbatas dari segi penggunaan senjata, pembabitan wilayah atau kombatan, atau mengejar objektif, terutama apabila salah satu undang-undang perang diabaikan."

Awan berbentuk cendawan yang dihasilkan oleh pengeboman atom ke atas Hiroshima semasa Perang Dunia II.

Pada pertengahan abad ke-19, para cendiakawan mengenal pasti "perang total" sebagai satu kelas peperangan yang berasingan. Dalam perang total, sehingga ke tahap yang tidak boleh dipakai kepada konflik yang kurang menyeluruh, perbezaan antara pejuang dan bukan pejuang berkurangan dan walaupun kadangkala hilang sepenuhnya kerana pihak menentang boleh menimbangkan hampir setiap sumber manusia, walaupun yang bukan pejuang, namun sebagai sebahagian daripada usaha perang.[1]

Tindakan-tindakan yang boleh mencirikan konsep perang total pasca abad ke-19 termasuklah:

  • Pengeboman strategik, seperti semasa Perang Dunia II, Perang Korea, dan Perang Vietnam (Operasi-operasi Rolling Thunder dan Linebacker II)
  • Sekatan dan pengepungan pusat-pusat penduduk, seperti Kepungan Leningrad dan Sekatan Jerman oleh Pihak Berikat semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua
  • Dasar bumi hangus, seperti Mara ke Laut semasa Perang Saudara Amerika dan "Dasar Serba Tiga" Jepun semasa Perang China-Jepun Kedua
  • Penyerbuan dagang, perang tanan, dan peperangan kapal selam tanpa batas, seperti kapal perang milik peribadi, kempen U-Boot Jerman dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan kempen kapal selam Amerika terhadap Jepun semasa Perang Dunia II
  • Hukuman kolektif, operasi pendamaian, dan tindakan balas terhadap penduduk yang dianggap musuh, seperti hukuman mati dan pengusiran suspek Communards susulan dari kejatuhan Komun Paris tahun 1871 atau dasar pembalasan Jerman yang menyasarkan gerakan penentang, pemberontak, dan Untermensch seperti di Perancis (contohnya Pembunuhan Maillé) dan Poland semasa Perang Dunia II
  • Penggunaan orang awam dan tawanan perang sebagai buruh paksa untuk operasi ketenteraan, seperti penggunaan besar-besaran Jepun dan Jerman ke atas buruh paksa negara lain semasa Perang Dunia II (lihat Perhambaan di Jepun dan Buruh paksa dibawah pemerintahan Jerman semasa Perang Dunia II)[2]
  • Tiada belas kasihan diberikan (iaitu tidak mengambil tahanan), seperti Perintah Komando Hitler semasa Perang Dunia II

Lihat juga

Nota

Rujukan

  • Baylis, John; Wirtz, James J.; Gray, Colin S., penyunting (2012), Strategy in the Contemporary World (ed. 4, illustrated), Oxford University Press, m/s. 55, ISBN 9780199694785

Bacaan lanjut

  • Bell, David A. (2007), The First Total War: Napoleon's Europe and the Birth of Warfare as We Know It
  • Broers, Michael. "The Concept of Total War'in the Revolutionary—Napoleonic Period." War in History 15.3 (2008): 247-268.
  • Craig, Campbell. Glimmer of a new Leviathan: Total war in the realism of Niebuhr, Morgenthau, and Waltz (Columbia University Press, 2004), Intellectual history.
  • Förster, Stig, and Jorg Nagler. On the Road to Total War: The American Civil War and the German Wars of Unification, 1861-1871 (Cambridge University Press, 2002).
  • Hewitson, Mark. "Princes’ Wars, Wars of the People, or Total War? Mass Armies and the Question of a Military Revolution in Germany, 1792–1815." War in History 20.4 (2013): 452-490.
  • Markusen, Eric; Kopf, David (1995), The Holocaust and Strategic Bombing: Genocide and Total War in the Twentieth Century
  • Neely Jr., Mark E., "Was the Civil War a Total War?", Civil War History, 50: 2004
  • Sutherland, Daniel E.; McWhiney, Grady (1998), The Emergence of Total War, US Civil War Campaigns and Commanders Series
  • Walters, John Bennett. Merchant of terror: General Sherman and total war (1973).

Pautan luar