Perisian sistem

Perisian sistem ialah sejenis perisian komputer yang direka untuk menyediakan platform kepada perisian-perisian lain[1] serta membenarkan pengurusan dan pengaturcaraan keseluruhannya oleh pengguna.[2] Antara contoh-contoh sistem sebegini termasuk sistem operasi, sistem pengkomputeran, enjin permainan, automasi industri serta aplikasi perisian perkhidmatan.[3]

Perisian penggunaan pula lebih merujuk kepada membenarkan pengguna membuat kerja seperti dokumen teks, bermain permainan, mendengar musik atau melayari Internet melalui pelayar web tertentu.[4]

Rujukan

Pautan luar