Perkuburan

Sebuah perkuburan atau tanah kubur (serapan Arab: قُبُور qubūr bentuk jamak قَبْر qabr terbitan kata kerja قَبَرَ qabara "memakamkan";[1] "mengebumikan") ialah sebuah tempat yang dikhususkan untuk mengebumikan atau meletakkan jasad orang yang sudah mati dalam bawah tanah. Sebuah perkuburan boleh menempatkan orang maut sama ada di dalam tanah mahupun tidak, dan juga meliputi jenis-jenis lain seperti makam, kolumbarium atau struktur lain. Dalam sesetengah budaya, upacara pengebumian juga dijalankan di perkuburan berdasarkan adat dan keagamaan setempat.

Perkuburan Al-Baqi', Madinah, Arab Saudi.

Sejarah

Perkuburan prasejarah kadangkala digelar sebagai "lapangan kubur", dan berperanan sebagai tempat penemuan serta maklumat utama arkeologi berkenaan kemasyarakatan prasejarah. Pelbagai budaya arkeologi ditakrifkan berdasarkan adat pengebumian seperti budaya Urnfield dari Zaman Gangsa Eropah.

Perkuburan di tebing Sungai Danube, berdekatan Cernavodă, Romania.

Dalam Zaman Pertengahan Awal, pembukaan semula perkuburan serta olahan semula mayat atau bahan-bahan sampingan yang ditanam menjadi kelaziman di kawasan Eropah Barat dan Tengah.[2] Pembukaan semula perkuburan lazimnya berlaku dalam sistem perkuburan berjalur Eropah, terutamanya dari abad kelima hingga kelapan Masihi.[2]

Amalan ini mula merudum dan ditinggalkan pada awal abad ke-19 oleh kerana perkembangan Revolusi Perindustrian, penyebaran penyakit berjangkit berdekatan perkuburan serta ruang pengebumian yang semakin terhad. Di samping itu, kebanyakan negara Eropah bertindak mengharamkan pembongkaran semula kubur menerusi kaedah perundangan.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno