Perlawanan Akhir Piala AFC 2015

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 adalah perlawanan akhir Piala AFC 2015, edisi yang ke-12 Piala AFC, pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk kelab-kelab daripada "negara membangun" dalam Asia.[2]

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 2015
PeristiwaPiala AFC 2015
Tarikh31 Oktober 2015
TempatStadium Pamir, Dushanbe
Permain terbaikMalaysia Safiq Rahim
PengadilMinoru Tōjō (Jepun)
Kehadiran18,000
CuacaMendung
16 °C (61 °F)[1]
← 2014
2016

Perlawanan akhir ialah perlawanan tunggal antara pasukan dari Tajikistan Istiklol dan pasukan dari Malaysia Johor Darul Ta'zim. Perlawanan itu dihoskan oleh Istiklol di Stadium Pamir di Dushanbe pada 31 Oktober 2015.[3]

Johor Darul Ta'zim memenangi perlawanan akhir dengan menewaskan Istiklol dengan keputusan 1–0.

Venue

Stadium Pamir ialah sebuah stadium pelbagai guna di Dushanbe, Tajikistan. Ia adalah stadium utama daripada Istiklol dan memegang 24,000 penonton.

Latar Belakang

Istiklol layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2015 sebagai pemenang Liga Tajik 2014 dan Piala Tajik 2014. Ini merupakan penampilan pertama mereka dalam Piala AFC.

Johor Darul Ta'zim melayakkan diri ke Kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2015 sebagai juara Liga Super Malaysia 2014, tetapi gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, dan memasuki peringkat kumpulan Piala AFC. Ini adalah penampilan kedua mereka dalam Piala AFC.

Kedua-dua pasukan mara ke perlawanan akhir Piala AFC buat kali pertama, dan Johor Darul Ta'zim ialah pasukan pertama dari Zon Asia Timur berjaya mara ke Perlawanan Akhir.

Perjalanan ke Perlawanan Akhir

Nota: Dalam semua keputusan di bawah, keputusan peserta itu diberikan terlebih dahulu (R: tuan rumah; P: pelawat).

IstiklolPusingan Johor Darul Ta'zim
Piala AFCKelayakan play-offLiga Juara-Juara AFC
TentanganKeputusanTentanganKeputusan
ByePusingan 1 Bengaluru FC2–1 (s.m.t.) (R)
Pusingan 2 Bangkok Glass0–3 (P)
Piala AFC
TentanganKeputusanPeringkat KumpulanTentanganKeputusan
Erbil1–3 (R)Hari Perlawanan 1 East Bengal4–1 (R)
Ahal2–1 (P)Hari Perlawanan 2 Balestier Khalsa1–0 (P)
Al-Qadsia2–2 (P)Hari Perlawanan 3 Kitchee0–2 (P)
Al-Qadsia2–0 (R)Hari Perlawanan 4 Kitchee2–0 (R)
Erbil0–0 (P)Hari Perlawanan 5 East Bengal1–0 (P)
Ahal5–2 (R)Hari Perlawanan 6 Balestier Khalsa3–0 (R)
Juara Kumpulan C
PasukanBP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
Istiklol6321128+411
Al-Qadsia631276+110
Erbil62138807
Ahal6204813−56
Kedudukan AkhirJuara Kumpulan F
PasukanBP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
Johor Darul Ta'zim6501113+815
Kitchee6321106+411
East Bengal6123810−25
Balestier Khalsa6105313−103
TentanganAgg.PertamaKeduaPeringkat kalah MatiTentanganAgg.PertamaKedua
Al-Wahda1–1 (s.m.t.) (4–2 p) (R) (perlawanan tunggal)Pusingan 16 Ayeyawady United5–0 (R) (perlawanan tunggal)
Pahang5–34–0 (R)1–3 (P)Suku Akhir South China4–21–1 (R)3–1 (P)
Al-Kuwaitk/p0–4 (P)Dibatalkan (R)Separuh Akhir Al-Qadsiak/p1–3 (P)Dibatalkan (R)

Peraturan

Perlawanan akhir dimainkan sebagai perlawanan tunggal, dengan pasukan tuan rumah ditentukan oleh undian. Jika terikat selepas peraturan, masa tambahan dan, jika perlu, penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang.[4]

Perlawanan

Istiklol 0 – 1 Johor Darul Ta'zim
LaporanLeandro Velázquez  23'
Kehadiran: 18,000
Pengadil: Minoru Tōjō (Jepun)


Istiklol
Johor Darul Ta'zim


GK1 Nikola Stošić
DF2 Siyovush Asrori 77'
DF11 Dzhakhongir Dzhalilov
DF15 Petro Kovalchuk
DF22 Mehdi Chahjouyi
MF8 Nuriddin Davronov
MF9 Khurshed Makhmudov 73'
MF18 Fatkhullo Fatkhuloev
MF63 Manuchekhr Dzhalilov
FW10 Manuel Rodríguez 86'
FW17 Dilshod Vasiev (c)
Pertukaran
GK16 Alisher Tuychiev
GK35 Kurban Boboev
DF19 Akhtam Nazarov 86'
MF7 Umedzhon Sharipov
MF21 Romish Jalilov
MF39 Parvizdzhon Umarbayev 73'
Jurulaith
Mubin Ergashev
GK1 Farizal Marlias 54'
DF6 Marcos António
DF7 Aidil Zafuan
DF12 S. Kunanlan
DF42 Fazly Mazlan
MF8 Safiq Rahim (c)
MF14 Hariss Harun
MF21 Jasazrin Jamaluddin
FW9 Leandro Velázquez 86' 51'
FW10 Safee Sali 60' 53'
FW19 Luciano Figueroa
Pertukaran
GK24 Izham Tarmizi
DF18 Mahali Jasuli 60'
DF26 Amer Saidin
MF13 Gary 86' 90+5'
MF16 Shakir Shaari
MF23 S. Chanturu
FW17 Amri Yahyah
Jurulatih
Mario Gomez

Pemain Terbaik Perlawanan AFC:
Safiq Rahim (Johor Darul Ta'zim)

Penolong Pengadil:
Toshiyuki Nagi (Jepun)
Ochi Shinji (Jepun)
Pengadil Keempat:
Jumpei Iida (Jepun)

Media Penyiaran

Bawah tajaan Uber Men, TV9 telah menyiarkan Perlawanan Akhir secara siaran langsung.

Rujukan

Pautan luar