Pahang FA

Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.

Pahang FA
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Pahang
GelaranTok Gajah
Diasaskan1959; 65 tahun yang lalu (1959)
StadiumStadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang
(Kapasiti: 45,000)
PresidenPahang YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Mohammed Suffian Awang
JurulatihMalaysia Dollah Salleh
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Sejarah

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang atau dikenali Pahang FA ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah pada tahun 1959 untuk mewakili negeri Pahang di Piala HMS Beagle. Pada tahun berikutnya, persatuan itu bermula dengan persiapan ersaingan terhadap negeri lain sebelum mengambil bahagian buat kali pertama dalam Piala HMS Beagle. Pembinaan gelanggang rasmi mereka sekarang iaitu Stadium Darul Makmur, telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan pada tahun 1970.

Diketuai oleh legenda Jamal Nasir, Pahang FA memenangi trofi pertama pada tahun 1983 apabila mereka memenangi Piala Malaysia, kejohanan paling berprestij di Malaysia selepas mengatasi Selangor FA dalam kejohanan itu, memecahkan status monopoli dua pasukan Selangor FA dan Singapura FA dan juga menjadi pasukan Pantai Timur yang pertama untuk memenanginya. Walau bagaimanapun, era yang paling berjaya adalah pada tahun 1990-an, apabila pauskan ini berjaya menjejakkan diri ke final Piala Malaysia 4 kali walaupun mereka hanya berjaya sekali pada tahun 1992. 1992 adalah tahun terbaik buat Pahang FA, apabila berjaya memenangi 2 kejohanan, Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro. Pahang FA pada tahun itu dikenang sebagai Pasukan Impian apabila beberapa pemain berprofil tinggi memainkan peranan dalam kejayaan pasukan seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamed, Abdul Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, legenda bola sepak Australia, Alan Edward Davidson dan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad. Pahang berjaya mengalahkan Kedah FA di peringkat akhir untuk memenangi Piala Malaysia, terima kasih kepada jaringan terpantas dalam sejarah kejohanan Piala Malaysia oleh Zulhamizan Zakaria. Pahang FA juga merupakan pemenang pertama Liga M dalam format barunya iaitu Liga Super Malaysia pada tahun 2004.

Sebagai salah satu pasukan bola sepak yang paling berjaya di Malaysia dari 1980-2007, Pahang FA telah menghasilkan ramai pemain tempatan yang berbakat dari akademi seperti Khairul Azman Mohamed, salah seorang penjaga gol terbaik di Asia pada tahun 1990-an, penyerang prolifik , Azizul Kamaluddin, Mohd Fadzli Saari yang bermain di SV Wehen Wiesbaden di Jerman dan Juzaili Samion yang juga bermain untuk Divisyen 4 kelab FCSR Haguenau di Ligue 1 Perancis pada tahun 2000.

Pada tahun 2008, ramai pemain muda berbakat dari pasukan Shahzan Muda F.C. diserap ke Pahang FA. Pada tahun 2012, Pahang FA bermain di bahagian 2 Liga M, iaitu Liga Premier Malaysia. Semasa di Liga Premier, Pahang FA menunjukkan peningkatan yang baik pada musim 2012 kerana mereka layak ke suku akhir Piala Malaysia, dan pada tahun itu juga menjadi naib juara Liga Premier. Seterusnya layak bermain dalam pertandingan "play-off" untuk Liga Super. Pahang FA menewaskan Kedah FA di perlawanan akhir "play-off", memenangi promosi ke Liga Super 2013.

Pada tahun 2012, persatuan itu perlu bermain di Stadium Mini Temerloh sebagai tempat asal untuk pertama kalinya selepas Stadium Darul Makmur di bawah pengubahsuaian untuk organisasi Sukma 2012. Setahun kemudian, kelab itu kembali ke Kuantam untuk bermain semula di Stadium Darul Makmur yang baru diubahsuai. Juga pada tahun yang sama menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga. Dipimpin oleh kapten setia Jalaluddin Jaafar, mereka menamatkan kemarau piala selama 21 tahun. Dengan memenangi piala itu, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh mengangkat status mereka sebagai lagenda pasukan Pahang FA, kerana mereka berjaya memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.


Stadium

Pasukan ini berpangkalan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Kapasiti stadium ini ialah 45,000 dan juga mempunyai trek larian.

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 15 November 2021

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
21FW Faizal Rani
22DF Fazly Mazlan (loan daripada Johor Darul Ta'zim)
23FW Izzat Awang
24DF Muslim Ahmad ( kapten )
25FW Hafiz Ramdan
27MF Arisazri Juhari
29MF Faisal Rosli
31GK Zarif Irfan
33DF Hasnul Zaim
34DF Akmal Afnan
35FW Syaahir Saiful
36MF Nasyrullah Zaki
37MF Zazrir Naim
88MF Manuel Hidalgo

Pemilikan dan Penajaan Kewangan

Penajaan

TahunPengeluar KitPenaja UtamaPenaja Lain
1989–1990 Schwarzenbach Dunhill Genting[pautan mati kekal]
1991 Puma
1992–1998 Diadora
1999–2000 Mikasa
2001–2003 Kronos
2004–2005 Adidas
2006–2007 TM
2008 Hummel
2009-2010 Lotto
2011 the ZON Hotel[pautan mati kekal]
2012 Resorts World Genting Aras Kuasa
2013 Stobi Chili's
2014–2016 Puma Aras Kuasa Resorts World Genting
2017 Jako
Julai 2017–2018 FILA
2019–2020 Umbro

Football Republic[pautan mati kekal]

Organisasi Pasukan

Staff Kejurulatihan

JawatanNama
Presiden Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Timbalan Presiden Dato' Sri Muhammad Safian Ismail
Pengurus Datuk Mohammed Suffian Awang
Pembantu Pengurus Datuk Che Nasir Salleh
Ketua Jurulatih Dollah Salleh
Pembantu Ketua Jurulatih Ahmad Yusof
Jurulatih Jalaluddin Jaafar
Shahrulnizam Sahat
Jurulatih Penjaga Gol Muadzar Mohamad
Jurulatih Kecergasan Mohd Hafiz Tajudin
Abdul Rahim Kadir Ku Jambu
Doktor Pasukan Shah Rezal
Fisioterapi Adam Zuhairy Zafri
Pegawai Hal Keselamatan Muhammaf Keny
Kitman Abdul Razak B Akil
Suffian Sulaiman
Pengurus U21 Jalaluddin Mohd Deli
Jurulatih U21 Tajuddin Nor
Pembantu Jurulatih U21 Mohd Shahrizan Salleh
Jurulatih Penjaga Gol U21 Abdul Samad Mat Salleh
Jurulatih Kecergasan U21 Mohd Kaizai Zainuddin
Fisioterapi U21 Muhd Hidayah Edenan
Pengurus U19 Abdul Razab Wahab
Jurulatih U19 Rusly Ghazali
Pembantu Jurulatih U19 Ali Tahar
Jurulatih Penjaga Gol U19 Zakaria Abu Bakar
Jurulatih Kecergasan U19 Kow Hok Nam
Fisioterapi U19 Nazila binti Mohd Nadzir

Pengurus

TahunPengurus
1999 Talib Sulaiman
2000–2003 Datuk Jamal Nasir Abdul Nasir Ismail
2004–2005 Dato' Shahiruddin Abdul Moin
2006–2007 Zainal Abidin Hassan
2008 Dato' Omar Othman
2009–2017 Datuk Che Nasir Salleh
2018–kini Datuk Mohammed Suffian Awang

Jurulatih

TahunJurulatih
1994–1996 Ahmad Yunus Mohd Alif
1997–1998 Jorgen Erik Larsen
1999 Alan Davidson
1999–2000 Fuzzeimi Ibrahim
2001–2002 Ahmad Yunus Mohd Alif
2003 Ralf Borges Ferreira
2004 Ahmad Yunus Mohd Alif
2005–2006 Zainal Abidin Hassan
2007 Hj. Ahmad Yusof
2008 Zainal Abidin Hassan
2009 Tajuddin Noor
2010–2013 Dollah Salleh
Disember 2013 – Mac 2014 Ron Smith
Mac 2014 – Disember 2015 Zainal Abidin Hassan
Disember 2015 – Mac 2016 Ahmad Shaharuddin Rosdi
Mac 2016— Disember 2016 Razip Ismail
Disember 2016 — Dollah Salleh


Rekod Pasukan

Sehingga 27 Disember 2019

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara      Ke-2 atau Naib-juara      Ke-3      Promosi      Tersingkir

TahunLigaPialaAsia
DivisyenPMSKJBMtKedSumbangsihMalaysiaFAPiala AFC
2004Liga Super2114524829471 –Separuh-AkhirSeparuh-Akhir –
2005Liga Super211056372935Ke-2 –Suku-AkhirPusingan 1Peringkat Kumpulan
2005–06Liga Super21768212427Ke-7 –Peringkat KumpulanJuara –
2006–07Liga Super247611324127Ke-9 –Peringkat KumpulanPusingan 2Peringkat Kumpulan
2007–08Liga Super248610263130Ke-8 –Peringkat KumpulanSeparuh-Akhir –
2009Liga Super265219326317Ke-13 –Peringkat KumpulanPusingan 1 –
2010Liga Super2610313315033Ke-8 –Suku-AkhirPusingan 1 –
2011Liga Super265714193622Ke-13 –Pusingan KelayakanSeparuh-Akhir –
2012Liga Premier221444602946Ke-2 –Suku-AkhirPusingan 2 –
2013Liga Super221057363235Ke-5 –JuaraSeparuh-Akhir –
2014Liga Super221147363037Ke-3JuaraJuaraJuara –
2015Liga Super221354432938[a]Ke-3Naib-juaraSeparuh-AkhirSeparuh-AkhirSuku-Akhir
2016Liga Super226610254024[b]Ke-9 –Peringkat KumpulanPusingan 3 –
2017Liga Super221246442640Ke-2 –Suku-AkhirNaib-juara –
2018Liga Super22976352134Ke-4 –Suku-AkhirJuara –
2019Liga Super221273372143Ke-2 –Separuh-AkhirSeparuh-Akhir –

Sumber:[1][2]

Ranking Kelab AFC

Sehingga 2 Julai 2017 [3]
Ranking SemasaPasukanMata
94 Selangor FA9.951
95 Ayeyawady United9.878
96 Naft Al-Wasat9.704
97 Al-Suwaiq9.643
98 Pahang FA9.617

Pencapaian

Domestik

KejohananJuaraNaib Juara
Divisyen 1 : Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen I / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super
1987, 1992, 1995, 1999, 2004 (5x)
1984,1991,1998, 2005
Divisyen 2 : Liga Semi-Pro Divisyen II / Liga Perdana 2 / Liga Premier
2012
Piala Malaysia
1983, 1992 ,2013, 2014 (4x)
1984, 1994, 1995, 1997
Piala FA Malaysia
2018, 2014, 2006 (3x)
1995, 2017
Piala Sumbangsih
1992, 1993, 2014 (3)
1985, 1988, 1995, 2007, 2015

Belia

KejohananJuaraNaib Juara
Piala Presiden
2002, 2014

Bekas Pemain Luar

Asia (AFC)

  • Alan Edward Davidson (1992–96)
  • Gus Cerro (1995)
  • Matthew Bingley (2004)
  • Simon Colosimo (2004)
  • Ante Milicic (2004)
  • Ante Juric (2005–07)
  • John Tambouras (2006)
  • Mitchell Prentice (2006–07)
  • Terry Pathmanathan (1983)
  • R. Suriamurthy (1986)
  • Varadaraju Sundramoorthy (1991–92)
  • Fandi Ahmad (1991–92)
  • Borhan Abu Samah (1991–92)
  • Piyapong Pue-on (1986–89)
  • Vithoon Kijmongkolsak (1986–90)
  • Ronnachai Sayomchai (1987–90)
  • Attaphol Buspakom (1989–91)(1994–96)
  • Azamat Abduraimov (1994–95)
  • Igor Shkvyrin (1995–96)
  • Zesh Rehman(2014-2016)
  • Faysal Shayesteh (2016)
  • Heo Jae Won (2017)
  • Chan Vathanaka (2018)
  • Issey Nakajima-Farran (2018)
  • Safuwan Baharudin (2018-2019)
  • Saddil Ramdani (2019)
  • Khalil Khamis (2020)
  • Adam Reed (2020)

Afrika (CAF)

  • Bernard Tchoutang (2005)
  • Emmanuel Kofi Ampiah (1997)
  • Nana Yaw Agyei (2012)
  • Oussame Camara (2004)
  • Mulloh Matpioh Gateh Sikka (2004–05)
  • Josiah Seton (2005–06)
  • Tarik El Janaby (2006–07)
  • Redouane Barkaoui (2008)
  • Mohamed Borji (2013)
  • Binawari Williams Ajuwa (2005)
  • Mamadou Diallo (2004–05)
  • Arbade Bironze (2006–07)
  • Bright Dike (2017)
  • Francis Forkey Doe (2018)
  • Austin Amutu (2018)
  • Lazarus Kaimbi (2019)
  • Dickson Nwakaeme (2014-2015,2019-2020)

Eropah (UEFA)

  • Jon Bass (2005)
  • György Fabulya (1991–92)
  • Zsolt Bücs (1997)
  • Istvan Borsos (1997)
  • Dénes Váczi (1997)
  • Johsef Duro (1998)
  • Vyatcheslav Melnikov (1998)(2002)
  • Eduard Sakhnevich (2012)
  • Borris Kochkin (2012)
  • Nikolce Klečkarovski (2013)
  • Nejc Potokar (2016)
  • Dalibor Volas (2016)

Amerika Utara (CONCACAF)

Amerika Selatan (CONMEBOL)

  • Jose Iriarte (1996)
  • Alberto Naves (1996)
  • Lucas Ariel Cominelli (2004)
  • Fernando Horacio Spinelli (2005)
  • Cristiano Lopez Figueredo (2006–07)
  • Maycon Carvalho Inez (2012)
  • Matias Reuben Conti (2013-2015)
  • German Pacheco (2016)
  • Pablo Vranjicán (2016)
  • Jailton (2016)
  • Claudio Meneses (2016)
  • Yamil Romero (2017)
  • Matheus Alves (2017)
  • Sergio Unrine (2018)
  • Alex Moraes (2018)
  • Patrick Cruz (2018)
  • Ze Love (2019)
  • Ivan Carlos Franca Coelho (2020)

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Persatuan yang menyelia

Lihat juga

Rujukan