Pertempuran Alam el Halfa

Pertempuran Alam el Halfa berlangsung antara 30 Ogos dan 5 September 1942 di selatan El Alamein semasa Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II. Panzerarmee Afrika—sebuah ketumbukan Jerman–Itali yang diperintah oleh Generalfeldmarschall Erwin Rommel—cuba mengepung Tentera Darat Kelapan British yang diperintah oleh Leftenan Jeneral Bernard Montgomery. Dalam serangan besar terakhir kuasa Paksi (Operasi Brandung/Unternehmung Brandung) di Kempen Gurun Barat, Rommel merancang untuk mengalahkan Tentera Darat Kelapan sebelum ketibaan bala bantuan Bersekutu yang boleh menyebabkan kemenangan Paksi di Afrika terbantut.

Pertempuran Alam el Halfa
Sebahagian daripada Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II

Peta medan tempur (dalam bahasa Jerman)
Tarikh30 Ogos – 5 September 1942
Lokasi
30°40′N 29°10′E / 30.667°N 29.167°E / 30.667; 29.167 29°10′E / 30.667°N 29.167°E / 30.667; 29.167
Berhampiran El Alamein, Mesir
KeputusanKemenangan British[1]
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 New Zealand
 Jerman Nazi
 Itali
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Bernard MontgomeryJerman Nazi Erwin Rommel
Kekuatan
Kor XIII (Tentera Darat Kelapan):
4 divisyen
Tentera Darat Panzer Afrika:
6 divisyen
Kerugian dan korban
1,750 terbunuh, cedera atau ditawan[2]
68 kereta kebal[2]
67 pesawat[3]
2,900 terbunuh, cedera atau ditawan[2]
49 kereta kebal[2]
36 pesawat
60 meriam[2]
400 kenderaan pengangkut[2]

Montgomery, yang telah diberi amaran oleh niat Rommel melalui alat pemintas kod Ultra, membiarkan satu jurang di sektor selatan barisan depan, mengetahui yang Rommel akan menyerang disana, dan mengerah sebahagian besar daripada pasukan armor dan artileri disekitar Rabung Alam el Halfa, 20 batu (32 km) di belakang barisan itu. Dalam taktik baru, kereta kebal berperanan sebagai anti-kereta kebal, kekal di posisi mereka di rabung itu. Montgomery berhasrat menyembunyikan pasukan armor ini, tidak membenarkan mereka menyerang seperti yang berlaku pada masa lalu.

Setelah serangan terhadap rabung itu gagal dan keadaan bekalan tidak mencukupi, Rommel mengarahkan pengunduran. Montgomery memilih untuk tidak mengeksploitasi kemenangan defensifnya, beliau lebih suka meneruskan pembinaan teratur kekuatannya untuk ofensif musim gugur, iaitu Pertempuran El Alamein Kedua. Namun, Divisyen Ke-2 New Zealand, dibawah Leftenan Jeneral Bernard C. Freyberg, melancarkan satu serangan yang gagal terhadap kedudukan Itali, telah mengalami kerugian yang besar.

Rommel mendakwa bahawa penguasaan udara British memainkan peranan penting dalam memenangi pertempuran, dan tidak mengetahui peranan risikan Ultra British. Rommel menyatakan bahawa serangan hebat itu memberikan impak yang besar ke atas pasukan motoris Paksi dan memaksa beliau membatalkan serangannya.[4] Rommel mengetahui penguasaan udara Bersekutu yang semakin meningkat dengan membiarkan ketumbukannya berselerak. Nilai bagi pihak Paksi bukan hanya kekalahan taktikal dan pengunduran.[1] Dengan kegagalan Alam Halfa, Rommel telah kehilangan bukan hanya keupayaan operasi untuk memulakan serangan, beliau juga kehilangan keupayaan operasi dan taktikal untuk mempertahankan pangkalan Jerman di Afrika.[1] Sasaran strategik Paksi di kancah Afrika tidak lagi boleh dilaksanakan.[1]

Lihat juga

Nota kaki

Footnotes
Petikan

Rujukan

Pautan luar